Anda di halaman 1dari 24

Edisi 2011

Modul Perdagangan Tingkatan 5


Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4 Bab 5 Bab 6 Bab 7 Bab 8 Perbankan dan Institusi Kewangan Insurans Pengangkutan Komunikasi Pergudangan Promosi Peranan Kerajaan dalam Perniagaan Konsumerisme

KERTAS PERCUBAAN SPM 1 KERTAS PERCUBAAN SPM 2 KERTAS PERCUBAAN SPM 2

oleh Pn. Maggie Low SMJK Phor Tay

www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Bab 1 Perbankan dan Institusi Kewangan


Konsep Kilat

PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN

Sistem Perbankan

Jenis Bank

Institusi Kewangan Lain

Perkhidmatan Bank Perdagangan

Cek

Konvensional Islam

Bank Pusat Syarikat Kewangan Bank Perdagangan Bank Islam Syarikat Pajakan Bank Saudagar Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Syarikat Pemfaktoran
Cek terbuka Cek berpalang Mudah Selamat Kepelbagaian Bukti bayaran

Jenis Cek Dan Penggunaan

Faedah

Cek Lain

Bank Koperasi

Bank Badan Berkanun

Cek bertarikh hadapan Cek mati Cek dalaman Cek kosong

Bank Pembangunan & Infrastruktur

Bank Simpanan Nasional

Bank Pertanian

Simpanan

Pembayaran

Pembiayaan

Perkhidmatan Lain

Akaun Simpanan Akaun Semasa Akaun Simpanan Tetap

Arahan tetap Pindahan kredit Pindahan Draf bank Cek jurubank

Pinjaman Overdraf

Kad kredit Peti simpan selamat Perbankan elektronik Tukaran mata

mlpl/smjkpt

Page 1
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Revisi Kilat
1.1 Sistem Perbankan

Sistem Perbankan

Konvensional

Islam

1. Sistem perbankan merujuk kepada pelbagai jenis aktiviti kewangan yang dijalankan oleh bank dan institusi kewangan. Sistem Perbankan Konvensional 1. Sistem perbankan tertua di dunia ini beroperasi berasaskan kapitalisme serta menegaskan kebebasan menguruskan wang. 2. Keuntungan, yang menjadi motif utama sistem ini, didapati melalui pelaburan. 3. Perbezaan antara faedah yang diperolehi dan faedah yang dicajkan juga menghasilkan keuntungan. Sistem Perbankan Islam 1. Perbankan Islam ditadbir berlandaskan lunas syariah. 2. Operasinya tidak mengandungi unsur gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba (bunga). 1.2 Jenis-Jenis Bank
Jenis Bank

Bank Pusat Bank Perdagangan

Bank Saudagar Bank Badan Berkan un

Bank Koperasi

mlpl/smjkpt

Page 2
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Bank Pusat 1. Tugas utama bank pusat ialah mengawas dan mengawal perlaksanaan dasar dan peraturan perbankan dan kewangan sesebuah negara. 2. Selain itu, bank pusat menjalankan fungsi berikut: a. Mengeluar dan mengawal mata wang negara b. Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan c. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan d. Menjadi jurubank kepada semua bank perdagangan Bank Perdagangan 2. Bank perdagangan ialah institusi kewangan yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak swasta. 3. Bank perdagangan boleh diuruskan secara konvensional ataupun secara Islam. 4. Bank Islam menjalankan aktiviti berlandaskan syariah Islam tetapi fungsinya adalah sama dengan bank perdagangan yang lain. 5. Konsep kongsi untung digunakan untuk menggantikan konsep faedah atau bunga dalam sistem perbankan . 6. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut: a. Menerima simpanan b. Kemudahan pembayaran c. Memberikan pembiayaan d. Perkhidmatan lain 7. Terdapat dua jenis milikan bank perdagangan, iaitu: a. Milikan tempatan b. Milikan asing 8. Antara bank perdagangan yang terdapat di Negara kita termasuklah Bank BumiputraCommerce Berhad (milikan tempatan), Citibank Berhad (milikan asing) dan Bank Islam Malaysia Berhad (bank Islam). Bank Saudagar 1. Bank ini memberikan perkhidmatan perbankan dan kewangan kepada badan-badan berkanun dan institusi perniagaan yang besar sahaja. 2. Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad dan Commerce International Merchant Bankers Berhad adalah antara contoh bank saudagar. 3. Bank ini menawarkan perkhidmatan: a. Menerima simpanan b. Memberikan pinjaman c. Memberi khidmat nasihat kepada syarikat d. Menguruskan pelaburan e. Menjamin terbitan syer

mlpl/smjkpt

Page 3
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Bank Badan Berkanun 1. Bank jenis ini ditubuhkan oleh kerajaan. 2. Tujuannya ialah membantu sektor penting dalam negara seperti sektor pertanian, perikanan, pembangunan dan penternakan. 3. Antara bank jenis ini ialah:
Contoh bank badan berkanun Perkhidmatan yang disediakan Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Pembiayaan aset tetap Pembiayaan modal kerja Skim Kilang Bimbingan Tabung Usahawan Baru Skim Modal Asas untuk Industri Kecil dam Sederhana (IKS) Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang industri dan perniagaan Bank Pertanian Malaysia Pinjaman/Pembiayaan - Pembiayaan pusingan - Pembiayaan dagangan - Dana Khas Simpanan Bank Simpanan Nasional Simpanan Pembiayaan Kad kredit Perkhidmatan bank Islam

Tujuan

Membangun dan memodenkan sektor pertanian

Menggalakkan tabiat berjimat cermat dan menabung

Bank Koperasi 1. Operasi bank ini mematuhi prinsip koperasi. 2. Bank ini tidak menjalankan tugas bank dengan sepenuhnya. Pengendalian akaun semasa, mendiskaunkan bil dan pertukaran mata wang asing tidak dibenarkan. 3. Perkhidmatan ditawarkan kepada ahlinya sahaja. 1.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan
Perkhidmatan Bank Perdagangan

Menerima Simpanan

Memberi Pembiayaan

Kemudahan Pembayaran

Perkhidmatan Lain

mlpl/smjkpt

Page 4
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Menerima Simpanan Jenis Simpanan Akaun Simpanan Biasa

Akaun Simpanan Tetap

Akaun Semasa

Huraian Penyimpan boleh menyimpan jumlah kecil. Bebas memasukkan dan mengeluarkan wang pada bilabila sahaja. Faedah adalah tidak tinggi. Penyimpan menyimpan jumlah yang tertentu untuk tempoh yang dipersetujui. Hanya boleh mengeluarkan wang pada tempoh matang. Faedah adalah tinggi. Pemegang akaun memerlukan seorang perujuk untuk membuka akaun. Penyimpan boleh mengeluarkan cek. Tiada faedah yang diberikan kepada penyimpan.

Kemudahan Pembayaran Jenis Perkhidmatan Arahan Tetap

Pindahan Kredit

Pindahan Elektronik Pindahan Mel

Pindahan Telegraf Draf Bank

Cek Jurubank

Huraian Arahan diberikan oleh pemegang akaun kepada pihak bank untuk membayar pemiutangnya secara berterusan pada tarikh-tarikh tertentu dan dalam jumlah yang ditetapkan. Contoh: membayar premium insurans, sewa dan ansuran. Pelanggan membayar dengan menggunakan sekeping cek sahaja dan pihak bank akan membayar terus ke dalam akaun penerima. Contoh : membayar gaji kaki tangan, bil elektrik. Akaun penerima dapat dikreditkan serta-merta dengan jumlah pembayaran yang diarahkan. Merupakan perintah bertulis yang dihantar oleh bank kepada cawangannya untuk membuat pembayaran. Contoh: Pindahan mel biasa dan pindahan mel udara Pihak bank menghantar telegraf kepada cawangannya untuk mengarahkan pindahan. Merupakan sejenis cek yang dikeluarkan oleh bank kepada pelanggannya yang hendak membuat bayaran dengan menggunakan cek. Dikeluarkan atas permintaan pelanggan bank yang hendak membuat bayaran kepada penerima yang berada di tempat yang sama dengannya.

mlpl/smjkpt

Page 5
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Memberi Pembiayaan Jenis Pembiayaan Pinjaman Bercagar

Pinjaman Tidak Bercagar

Overdraf

Huraian Peminjam perlu mencagarkan hartanya yang mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada jumlah pinjamannya. Contoh : Pinjaman perumahan Cagaran tidak diperlukan tetapi peminjam perlu dijamin oleh beberapa orang penjamin Contoh : Pinjaman persendirian dan pinjaman pendidikan Diberikan kepada pemegang akaun semasa. Membolehkan pemegang akaun semasa mengeluarkan cek melebihi amaun yang ada dalam akaunnya.

Perkhidmatan Lain Jenis perkhidmatan Kad Kredit

Peti Simpan Selamat

Perbankan Elektronik (e-banking) Tukaran Mata Wang Cek Kembara

Jaminan Juru Bank

Perbankan Islam

Huraian Sekeping kad yang membolehkan pemiliknya membuat pembelian barang atau perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Pemilik membayar pada akhir bulan setelah menerima penyata atau bil. Merupakan peti keluli yang disimpan di bilik kebal bank. Pelanggan perlu menyewanya untuk menyimpan barang berharga ataupun dokumen penting mereka. Pelanggan boleh melakukan urusan 24 jam dalam keadaan mudah, cepat, efisien dan selamat. Contoh : Mesin ATM, Mesin deposit cek dan lain-lain. Menukarkan mata wang asing ke mata wang tempatan dan sebaliknya, mengikut kadar pertukaran semasa. Dibeli dalam mata wang asing tetapi dibayar dalam mata wang tempatan. Sesuai, mudah dan selamat digunakan oleh pengembara ke luar negara. Bank menjamin pelanggannya terhadap bayaran yang dikenakan, seperti barang bercukai yang belum dibayar cukainya kepada pihak kastam. Aktiviti perbankan adalah sama dengan bank konvensional yang lain tetapi dijalankan atas landas prinsip syariah. Sistem perbankan ini melarang ciri Gharar (ketidak pastian), Maisir (perjudian) dan Riba (bunga atau faedah) Menggalakkan perkongsian untung. Menawarkan produk simpanan, pelaburan dan pembiayaan. Page 6
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

mlpl/smjkpt

1.4 Cek 1. Cek merupakan arahan bertulis kepada jurubank untuk membayar. 2. Tiga pihak yang penting dalam cek: a. Pesuruh bayar - Bank yang membayar nilai wang untuk cek berkenaan b. Penerima - Nama orang atau syarikat yang tertulis atas cek c. Penyuruh bayar - Orang yang mengeluarkan cek 3. Cek dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu cek terbuka dan cek berpalang. Cek

Terbuka

Berpalang

Pembawa

Perintah

Palang Am

Palang Khas

Cek Terbuka Tidak perlu dimasukkan ke dalam akaun bank. Tidak selamat kerana boleh ditunaikan di kaunter bank. Cek Pembawa Cek Perintah
Sesiapa sahaja boleh menunaikan cek di kaunter. Tanda tangan tidak diperlukan di belakang semasa menunaikan cek. Hanya nama yang tertulis pada cek yang boleh menunaikan cek. Tanda tangan diperlukan di belakang sebelum dibenarkan menunaikan cek

Cek Berpalang Perlu dimasukkan ke dalam akaun bank. Adalah selamat kerana tidak boleh ditunaikan di kaunter bank. Palang Am Palang Khas
Tidak dinyatakan dengan spesifik nama bank yang perlu dimasukkan cek. Adalah lebih mudah secara bandingan dengan menerima cek palang khas. Menyatakan dengan spesifik nama bank dan cawangannya. Dianggap tidak fleksibel dan menyusah -kan sekiranya tiada akaun di bank tersebut.

Biro Kredit 1. Ditubuhkan oleh Bank Negara dengan menggabungkan Biro Maklumat Cek dengan Biro Kredit untuk mengatasi masalah cek tak layan. 2. Diberikan tugas mengumpul dam menyebar maklumat kredit (termasuk maklumat cek tak layan) kepada bank dan institusi kewangan yang lain. 3. Bertujuan menghapuskan rasa was-was masyarakat terhadap penggunaan cek. 4. Berfungsi untuk mencegah atau menghalang penipuan dengan mengenakan dendaan kepada pemegang akaun semasa yang tidak jujur.

mlpl/smjkpt

Page 7
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

1.5 Institusi Kewangan Lain 1. Selain bank, institusi kewangan yang memberikan perkhidmatan perbankan, menjadi semakin penting dan popular dalam dunia perniagaan.
Institusi Kewangan Syarikat Kewangan Tugas Menerima simpanan Pembiayaan Sewa Beli Perkhidmatan lain Membeli invois daripada pelanggan dan mengutip bayaran daripada pembeli Menawarkan kaedah pembiayaan dengan membeli peralatan mahal yang diperlukan dan membenarkan pelanggannya membayar ansuran. Menjamin pinjaman yang dipohon oleh peniaga. Memberikan khidmat nasihat kepada peniaga yang dijaminnya. Sumbangan Berfungsi seperti bank yang membantu hal kewangan peniaga. Wang peniaga tidak terikat dengan hutang pembelipembelinya. Peniaga berkesempatan menggunakan peralatan mahal untuk memajukan perniagaan dengan membayar ansuran bulanan sahaja. Memberi peluang kepada syarikat untuk maju. Membolehkan perkembangan ekonomi dan kenaikan taraf hidup rakyat Contoh Eon Finance Arab Malaysian Finance Bhd. Mayban Finance PB International Factors Sdn. Bhd. Public Leasing and Factoring Sdn.Bhd.

Syarikat Pemfaktoran

Syarikat Pajakan

Syarikat Jaminan Kredit Malaysia

mlpl/smjkpt

Page 8
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Pengukuhan Konsep
1. ( a ) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat. Perkhidmatan Bank Perdagangan

Perkhidmatan lain

( b ) Senaraikan empat perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh bank perdagangan. i. _______________________________ ii. _______________________________ iii. _______________________________ iv. _______________________________ 2. Isikan ketinggalan dalam jadual di bawah. Berbezaan antara Sistem Perbankan Konvensional dan Sistem Perbankan Islam Perbankan Konvensional Aspek Perbankan Islam Perbezaan Mengamalkan konsep Dasar perkongsian untung Perniagaan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) Bebas melabur dalam semua jenis pelaburan yang menjanjikan keuntungan asalkan tidak bertentangan dengan undang-undang. Penasihat Kewangan

mlpl/smjkpt

Page 9
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

3. Senaraikan empat institusi kewangan yang lain selain bank. i. ________________________________ ii. ________________________________ iii. ________________________________ iv. ________________________________

4.(a) Isikan ketinggalan dalam rajah di bawah Cek

Pembawa

Palang Am

(b) Nyatakan tiga kelebihan menggunakan cek. i. __________________________________ ii. __________________________________ iii. __________________________________ (c) Penuhkan kekosongan pada jadual di bawah. Jenis Cek Cek Bertanda Cek kosong Huraian Cek yang tarikh pembayarannya ditundakan. Cek yang melepasi tempoh pembayarannya.

(d) Tuliskan enam sebab cek menjadi tidak layan. i. ______________________________________________________ ii. ______________________________________________________ iii. ______________________________________________________ iv. ______________________________________________________ v. ______________________________________________________ vi. ______________________________________________________

mlpl/smjkpt

Page 10
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Pengukuhan Objektif Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik sahaja. 1.1 Sistem Perbankan 1. Pilih huraian yang tepat menggambarkan sistem perbankan. A. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh bank untuk kemudahan orang ramai. B. Pelbagai aktiviti kewangan yang dijalankan oleh bank dan institusi kewangan yang lain. C. Aktiviti simpanan dan pembiayaan yang disediakan oleh bank untuk kemudahan peniaga. D. Operasi perbankan yang tidak melibatkan unsur gharar, maisir dan riba. 2. Pilih pernyataan yang menunjukkan perbezaan antara sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam yang tepat. I Perbankan konvensional dikawal oleh Akta Bank Negara sementara perbankan Islam beroperasi berlandaskan Akta Perbankan Islam. II Penasihat perbankan konvensional terdiri daripada pakar ekonomi sementara penasihat perbankan Islam adalah para ulama. III Dasar bank konvensional berlandaskan pemberian faedah tetapi bank Islam mengikut prinsip syariah. IV Bank konvensional melabur dalam semua sektor tetapi bank Islam bebas daripada unsur yang meragukan. A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja B. I, II, dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 3. Apakah persamaan antara perbankan konvensional dan perbankan Islam? I Melakukan pelaburan untuk mencari keuntungan. II Bebas melakukan pelaburan, asalkan tidak melanggar undang-undang. III Pembahagian keuntungan diberikan antara pelabur dan penyimpan. IV Antara produk kedua-dua jenis sistem ini ialah menerima simpanan, membuat pembayaran dan memberi pembiayaan. A. II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja B. I dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 4. Pilih pernyataan yang benar sahaja. I Produk-produk sistem perbankan Islam ditawarkan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. II Perbankan Islam berpegang pada prinsip tiada unsur gharar, maisir dan riba. III Sebagai pengurus besar Bank Muamalat, Sally bebas melakukan pelaburan di mana-mana sektor untuk mencari keuntungan bagi banknya. IV Perbankan konvensional memberikan tumpuan pada ciri faedah, pelaburan dan keuntungan. A. I dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja mlpl/smjkpt Page 11
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

1.2 Jenis-jenis Bank 5. Pilih pernyataan yang tepat menunjukkan perbezaan antara bank pusat dan bank perdagangan. Bank Pusat Bank Perdagangan I. Dimiliki oleh kerajaan. Dimiliki oleh sektor swasta. II. Adalah jurubank kepada kerajaan. Adalah jurubank kepada orang ramai. III. Bertujuan mendapat keuntungan Bertujuan memberi kemudahan kepada yang minima. orang ramai. IV. Berkuasa mutlak mengeluar dan Berurusan dalam mata wang negara dan mengedar mata wang negara. juga mata wang asing. A. I dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 6. Fast-max Sdn Bhd, pemilik kilang pembuat skru, ingin mengambil alih Syarikat Maxim Berhad, sebuah kilang besi dan keluli. Apakah bank yang dapat membantu Fast-max mengambil alih Syarikat Maxim Berhad? A. Bank koperasi B. Bank saudagar C. Bank perdagangan D. Bank badan berkanun 7. Di antara yang berikut, bank manakah yang dikelaskan sebagai bank koperasi? A. Malayan Banking Berhad B. Bank Bumiputera Commerce C. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia D. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 8. Apakah bank yang menepati ciri-ciri di bawah? Bertujuan melindungi kepentingan dan memberi faedah kepada ahli-ahlinya. Tidak menjalankan fungsi penuh bank. Tidak mengendalikan akaun semasa dan pasaran pertukaran mata wang asing.

A. B. C. D.

Bank badan berkanun Bank koperasi Bank saudagar Bank Islam

mlpl/smjkpt

Page 12
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Soalan 9 dan 10 adalah berdasarkan petikan di bawah. Setelah tamat pengajian dalam bidang teknologi makanan, Solehuddin berhajat menceburkan diri dalam industri kecil dan sederhana dengan membuka kilang mengetin buah-buahan tempatan. Namun begitu, beliau memerlukan bantuan kewangan serta bimbingan.

9. Apakah bank yang dapat membantu Solehuddin untuk mencapai hajatnya menceburi sektor industri kecil dan sederhana? A. Bank Islam B. Bank koperasi C. Bank saudagar D. Bank pembangunan dan infrastruktur

10. Selain dapat membantu Solehuddin menyelesaikan masalah modalnya, bank ini juga telah merangkakan pelbagai skim dan projek untuk meggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang industri dan perniagaan. Apakah skim dan projek yang telah dirangkakan oleh bank ini untuk membantu bakal usahawan bumiputera? I Skim modal asas untuk IKS II Skim pembiayaan modal kerja III Skim kilang bimbingan IV Skim mencari bakal pembeli untuk pengusaha IKS A. I dan II sahaja. C. II, III dan IV sahaja B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

11. Apakah fungsi bank pusat? I Mengeluar dan mengawal mata wang. II Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan. III Menjadi jurubank kepada orang ramai. IV Melaksanakan dasar kewangan kerajaan. A. I dan II sahaja. C. I, III dan IV sahaja B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

mlpl/smjkpt

Page 13
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

12. Bank Simpanan Nasional adalah antara bank badan berkanun yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita. Pilih huraian yang tepat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan melalui skim simpanannya. Jenis Simpanan Huraian I. Simpanan Biasa Mneyimpan wang untuk jangka masa tertentu untuk mendapatkan faedah yang lebih tinggi. II. Perkhidmatan wang segera Penyimpan boleh mengeluarkan sebarang jumlah dengan kad ATM pada bila-bila sahaja. III. Sijil simpanan premiun Pemegang sijil boleh mendapat faedah di samping berlpeluang memenangi hadiah menerusi cabutan nombor sijil. IV. Skim SEDAR Menyimpan wang secara ansuran dalam jumlah yang tetap setiap bulan. A. I dan II sahaja. C. III dan IV sahaja B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

13. Bank berikut memberikan perkhidmatan yang berikut kepada pelangganpelanggannya. Menerima simpanan Memberikan pinjaman Memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan Menguruskan pelaburan Menanggung jamin terbitan syer

Apakah bank yang menyediakan perkhidmatan di atas? A. Bank badan berkanun B. Bank koperasi C. Bank Pembangunan dan Infrastruktur D. Bank saudagar

mlpl/smjkpt

Page 14
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

1.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan 14. Mengapakah wang yang disimpan dalam akaun semasa tidak boleh dianggap sebagai pelaburan? A. Pelanggan bank tidak menandatangani kontrak atau perjanjian dengan bank. B. Wang yang disimpan di dalam akaun semasa bukanlah untuk jangka panjang C. Pelanggan bank tidak mendapat apa-apa pulangan daripada simpanan itu. D. Pemegang akaun semasa tidak menggunakan tunai tetapi menggunaka cek. 15. Mengapakah Mynnwei menasihati neneknya untuk menyimpan RM18,000 dalam akaun simpanan tetap? A. Simpanan tetap merupakan kaedah penyimpanan yang paling selamat untuk menyimpan lebihan wang. B. Nenek Mynnwei dapat mengeluarkan cek semasa beliau memerlukan wang. C. Faedahnya akan dihantar ke rumah neneknya setiap bulan. D. Kadar faedahnya adalah lebih tinggi berbanding dengan simpanan biasa. 16. Pak Soleh adalah seorang pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mempunyai 88 orang pekerja. Belaiu telah dirompak beberapa kali semasa beliau mengeluarkan wang untuk membayar gaji pekerjanya. Apakah jenis perkhidmatan bank yang dapat membantu Pak Soleh? A. Debit terus B. Pindahan kredit C. Draf bank D. Pindahan elektronik 17. Sally telah mengambil pinjaman bank untuk membeli kereta idamannya. Oleh sebab sibuk dengan tugasnya, adalah sukar untuknya untuk membayar ansuran keretanya setiap bulan. Pihak bank dapat membantunya dengan menasihatinya memohon perkhidmatan ______________________ A. Arahan tetap B. Pindahan kredit C. Akaun semasa D. Pindahan elektronik 18. Baki akaun semasa Encik Ramli Sunny ialah sebanyak RM15,000. Beliau dibenarkan mengeluarkan cek RM88.000. Ini bermakna Encik Ramli Sunny dibenarkan membuat overdraf sebanyak____________________ A. RM 88,000 B. RM 15,000 C. RM 103,000 D. RM 73,000

mlpl/smjkpt

Page 15
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Soalan 19 hingga 21 adalah berdasarkan petikan di bawah. Kuldip Singh yang mengusahakan perniagaan borong, hanya ada RM25,000 dalam akaun semasanya. Beliau sedar akan kelebihan kemudahan overdraf kepadanya. Antaranya ialah beliau akan boleh membayar pekilang walaupun belum memerima bayaran daripada peruncit. Keadaan ini akan membolehkannya menjalankan perniagaannya dengan lebih lancar. 19. Semasa beliau memohon untuk mendapatkan perkhidmatan itu, apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank? I II III IV A. B. Nilai cagaran yang dikemukakan. Kejujuran dan kedudukan kredit Kuldip. Taraf pelajaran dan pencapaian akademiknya. Sejarah perniagaannya. I dan II sahaja. C. II, III dan IV sahaja I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

20. Jumlah overdraf yang diluluskan oleh pihak bank ialah RM100,000. Pilih pernyataan yang betul mengenai urusan dan keadaan kewangan Kuldip setelah mendapat kebenaran menggunakan overdraf. I Kuldip perlu menelefon pihak bank untuk mendapatkan kepastian kedudukan kreditnya setiap kali hendak menggunakan overdraf. II Kemudahan overdraf yang diberikan ini memungkinkan Kuldip mengeluarkan tunai dari akaun semasanya dengan menggunakan kad ATM sehingga ke takat overdraf dibenarkan itu. III Kuldip bebas mengeluarkan amaun cek, asalnya jumlahnya tidak melebihi RM125,000. IV Bayaran faedah dicajkan ke atas RM100,000 sahaja. A. I sahaja. C. III dan IV sahaja B. II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja 21. Sekiranya faedah yang dikenakan ke atas overdraf ialah 15% setahun, kirakan jumlah faedah yang perlu dibayar balik oleh Kuldip sekiranya beliau telah mengeluarkan cek sebanyak RM123,456.00. Andaikan Kuldip telah menggunakan kemudahan overdraf selama 15 hari. A. RM 761.03 B. RM 14, 768.40 C. RM 616.44 D. RM 606.92

mlpl/smjkpt

Page 16
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

22. Apakah kelebihan overdraf berbanding dengan pinjaman bank? A. Faedah hanya dikenakan ke atas amaun yang digunakan. B. Kadar faedah yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding dengan pinjaman. C. Kemudahan ini boleh didapati hanya dengan mempunyai aset untuk dicagarkan kepada pihak bank. D. Sesiapa sahaja pun boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan ini. 23. Walaupun memberikan faedah yang lebih rendah daripada akaun simpanan tetap, akaun simpanan biasa adalah lebih popular di kalangan penyimpan kerana I Amaun minima yang perlu disimpan dalam akaun simpanan biasa adalah lebih kecil berbanding amaun yang perlu disimpan dalam akaun simpanan tetap. II Pelanggan boleh mengeluarkan cek pada bila-bila sahaja semasa hendak membuat bayaran. III Sijil simpanan adalah lebih senang disimpan berbanding dengan buku simpanan. IV Penyimpan bebas mengeluarkan wang pada bila-bila sahaja. A. II dan III sahaja. C. I, III dan IV sahaja B. I dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 24. Pilih pernyataan yang benar mengenai akaun simpanan yang ditawarkan oleh bank Islam. I Faedah yang dibayar oleh bank Islam adalah lebih tinggi berbanding dengan faedah yang dibayar oleh bank perdagangan yang lain. II Wang simpanan pelanggan akan dilaburkan oleh pihak bank untuk mendapatkan keuntungan. III Pelanggan boleh mengeluarkan wang pada bila-bila sahaja. IV Pelanggan biasanya dianggap sebagai rakan kongsi dengan pihak bank. A. I dan III sahaja. C. II, III dan IV sahaja B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

25. Menggunakan kad kredit mempunyai banyak kelebihannya. Apakah kelebihankelebihan itu? I Boleh mendapat diskaun daripada semua gedung yang menerimanya. II Boleh digunkan untuk membayar bil elektrik dan bil lain. III Pemegang kad boleh menempah barang melalui laman web dengan menyatakan nombor kad kreditnya. IV Tidak perlu membawa banyak wang semasa melancong. A. I dan III sahaja C. II, III dan IV B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

mlpl/smjkpt

Page 17
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

26. Pilih ciri yang tepat menggambarkan simpanan wang Al Wadiah. I Penyimpan diberikan buku akaun dan kad ATM. II Penyimpan mungkin diberikan hibah atau hadiah atas budi bicara bank . III Merupakan pengaturan di antara pemberi modal dengan pengusaha projek yang membenarkan pengarah projek menggunakan wang untuk perniagaannya. IV Penyimpan ada kebebasan mengeluarkan wang pada bila-bila sahaja. A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV B. II dan IV sahaja D. I, II, dan IV 27. Perkhidmatan e-lobi yang disediakan oleh bank perdagangan, merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan berikut: I Mesin deposit cek II Mesin deposit tunai III Kaunter mendeposit cek IV Kaunter ekpress untuk pelanggan keutamaan bank A. I dan II sahaja C. I, II, dan III sahaja B. III dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV 28. Perhatikan ciri-ciri di bawah dan nyatakan jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak bank perdagangan kepada pelanggan-pelanggannya. A. B. C. D. Merupakan peti keluli yang disimpan di bank. Disewa kepada pelanggan bank yang memerlukan tempat yang selamat untuk menyimpan aset berharga mereka seperti barang kemas, geran dan lain-lain dokumen penting. Pelanggan perlu membayar sewa tahunan untuk menggunakan perkhidmatan ini. Peti simpanan malam Peti simpan selamat Overdraf Peti kontena

mlpl/smjkpt

Page 18
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

1.4 Cek 29. Cek biasanya menjadi pilihan utama peniaga sebagai cara untuk membuat pembayaran kepada pembekal mereka. Mengapa? A. Cek boleh dijadikan bukti pembayaran. B. Cek merupakan wang sah. C. Peniaga boleh meminda butiran dalam cek dengan mudah. D. Cek adalah dijamin pembayarannya oleh pihak bank. 30. Pilih perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seorang penerima cek terhadap cek yang diterimanya. A. Mencatatkan rangkai kata Akaun penerima sahaja. B. Mengubah cek perintah kepada cek pembawa. C. Menjadikan cek palangan am kepada cek palangan khas. D. Menjadikan cek terbuka kepada cek berpalang. 31. Pilih perbezaan di antara cek terbuka dan cek berpalang yang betul. Cek Terbuka Cek Berpalang I. Tidak mempunyai dua garisan Mempunyai dua garisan selari yang selari yang merentasi muka cek. merentasi cek. II. Tidak boleh ditunaikan di kaunter Boleh ditunaikan di kaunter tanpa bank dan penerima perlu ada akaun perlu membuka akaun bank.. bank. III. Perkataan pembawa dipotong. Perkataan pembawa dibiarkan. IV. Cek adalah kurang selamat kerana Cek adalah lebih selamat kerana pihak bank sukar mengesan pihak bank boleh mengesan penyelewengan. penyelewengan. A. I dan IV sahaja C. I, II dan IV B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV 32. Pilih pernyataan memberikan huraian yang tepat mengenai cek yang berkenaan. Jenis cek Huraian A. Cek mati Cek yang tarikhnya belum sampai. B. Cek kosong Cek yang belum ditulis apa-apa. C. Cek bertanda Cek yang dijamin bayaran oleh bank penyuruh bayar. D. Cek dalaman Cek yang dikeluarkan oleh ahli keluarga sendiri. 33. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang yang menerima cek palang khas? A. Mengkreditkan cek ke dalam akaunnya. B. Membuka satu akaun di mana-mana bank sekiranya tidak ada akaun di bank. C. Menunaikan cek di kaunter yang dinyatakan di atas cek. D. Memasukkan cek ke dalam akaun di bank yang dinyatakan di atas cek.

mlpl/smjkpt

Page 19
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Soalan 34 hingga 36 adalah berdasarkan rajah di bawah. Jenis Jenis Cek

Cek Tertutup

Cek Pembawa

Cek Palang Biasa

34. Apakah ciri-ciri yang tepat menggambarkan L? I Mempunyai dua garis selari yang merentangi permukaan cek. II Cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank yang menerbitkan cek berkenaan. III Cek ini kurang selamat. IV Tiada dua garisan selari yang merentangi permukaan cek. A. I, II dan III sahaja C. I, III, dan IV sahaja B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV 35. Apakah jenis cek M? A. Cek biasa B. Cek pemberi C. Cek perintah D. Cek khas 36. Cek kategori N akan mempunyai palangan berikut: I. II
Fastmax Bank Berhad

III
Fastmax Bank Bhd. Akaun Penerima Sahaja

IV.
Akaun Penerima Sahaja

A. B. C. D.

I dan II sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I dan IV sahaja Page 20
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

mlpl/smjkpt

1.5 Institusi Kewangan Lain 37. Perhatikan ciri-ciri di bawah. Membeli terlebih dahulu mesin dan jentera yang mahal daripada kedai jentera. Membenarkan pelanggannya membayar ansuran untuk jentera berkenaan. Memungkinkan peniaga menggunakan mesin dan jentera yang mahal untuk memajukan perniagaannya. Apakah institusi kewangan yang memberikan perkhidmatan di atas kepada pelanggannya? A. Syarikat Pajakan B. Syarikat Pemfaktoran C. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia D. Syarikat Kewangan 38. Syarikat Pemfaktoran adalah antara institusi kewangan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan dan kemajuan perniagaan dalam negara kita. Di antara yang berikut, pilih tugas yang dilaksanakan oleh syarikat ini. I Memberikan pinjaman kepada peniaga yang memerlukan wang untuk memperkembangkan perniagaannya. II Menawarkan pembiayaan dengan membeli terlebih dahulu peralatan yang diperlukan oleh pelanggannya dan membenarkan pelanggannya membayar ansuran. III Membeli invois daripada peniaga dan kemudiannya mengutip hutang daripada penghutang peniaga berkenaan. IV Membolehkan peniaga memperolehi wang tunai terlebih dahulu. A. I sahaja C. III dan IV B. II sahaja D. I, II, III dan IV 39. Mengapakah Syarikat Jaminan Kredit Malaysia penting untuk perkembangan perniagaan dan peningkatan ekonomi negara? I Syarikat ini membiayai peniaga yang ingin memperkembangkan perniagaan mereka. II Syarikat ini memberi jaminan agar perniagaan yang berpotensi boleh mendapatkan pinjaman untuk memulakan atau memperkembangkan perniagaan mereka. III Syarikat ini memberikan jaminan agar semua peniaga yang memohon pinjaman dari bank perdagangan diluluskan untuk mereka memperkembangkan perniagaan mereka. IV Keupayaan syarikat-syarikat berpotensi memperkembangkan perniagaan mereka akan meningkatkan peluang pekerjaan dan ekonomi negara. A. I dan III sahaja C. II, III dan IV B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

mlpl/smjkpt

Page 21
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

40. Mengapakah syarikat pemfaktoran adalah berfaedah kepada peniaga? I Memungkinkan peniaga menggunakan mesin dan jentera yang mahal dengan membayar ansuran bulanan. II Membolehkan peniaga memperolehi wang tunai dengan cepat. III Wang tunai peniaga tidak terikat dengan hutang oleh pelanggan mereka. IV Masalah aliran tunai peniaga dapat dikurangkan. A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja B. I, II, dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

Pengukuhan Esei
1. (a) Huraikan fungsi bank bank pusat dalam sesebuah negara. (b) Bagaimanakah bank dapat melicinkan aktiviti perniagaan seseorang peniaga? (c) Nyatakan dan bincangkan kelebihan akaun semasa kepada seseorang peniaga. 2. (a) Lakarkan sekeping cek dengan memasukkan butir-butir yang lengkap. (b) Huraikan kelebihan-kelebihan menggunakan cek sebagai alat pembayaran. (c) Apakah bezanya cek palangan am dengan cek palangan khas? (d) Tuliskan tugas yang dimainkan oleh Biro Kredit dalam usahanya untuk menggalakkan penggunaan cek di kalangan masyarakat. (a) Selain bank, terdapat institusi kewangan yang lain yang dapat membantu peniaga melancarkan aktiviti perniagaan mereka. Apakah institusi kewangan? Nyatakan empat institusi kewangan yang terdapat di negara kita. (b) Huraikan peranan keempat-empat jenis institusi kewangan yang terdapat di negara kita. 3. (a) Huraikan sistem perbankan Islam. (b) Bincangkan perbezaan sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam. (c) Nyatakan dan bincangkan dua produk perbankan Islam. 4. (a) Apakah bank perdagangan? (b) Selain kemudahan simpanan, pembayaran dan pembiayaan, bincangkan lima lagi perkhidmatan yang disediakan oleh bank perdagangan. (c) Selain menerima simpanan, apakah perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh bank saudagar? mlpl/smjkpt (12 markah) (7 markah) (6 markah)

(6 markah) (10 markah) (4 markah) (5 markah)

(5 markah) (20 markah) (5 markah) (16 markah) (4 markah) (5 markah)

(12 markah) (8 markah) Page 22

www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Pengukuhan Kajian Kes


Baca kes di bawah dengan teliti.

Izzat Emmir mengusahakan Syarikat Izzaco Berhad, sebuah syarikat yang mengimport skru dan peralatan kecil untuk diagihkan ke kilang-kilang di kawasan perindustrian bebas di Pulau Pinang. Beliau mempunyai 18 orang pekerja yang membantunya di premis yang disewanya untuk menjalankan perniagaannya. Dalam urusan perniagaannya, biasanya beliau menerima cek. Namun begitu, kadang kala beliau terpaksa mengeluarkan tunai yang banyak untuk membayar pekerja sementara yang diupahnya untuk menjalankan kerja pada waktu kecemasan seperti mengasing dan mengelaskan skru dan peralatan kecil yang diperlukan serta merta. Kebelakangan ini, Izzat telah menerima banyak tempahan daripada kilang-kilang di negeri lain. Keadaan ini telah mendorong beliau untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan di Perak, Selangor dan Johor, walaupun pada dasarnya beliau kekurangan modal untuk berbuat demikian.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut: 1. Nyatakan perkhidmatan-perkhidmatan bank yang dapat membantu Izzat Emmir menjalankan perniagaannya dengan lancar dan selamat. ( 8 markah ) 2. Apakah bank yang dapat membantu Izzat Emmir mencapai impiannya untuk membuka cawangan-cawangannya? Apakah sumbangan lain bank berkenaan dalam dunia perniagaan? ( 12 markah )

3.

Adakah dasar bank pusat memainkan peranan dalam kes di atas?

( 5 markah )

mlpl/smjkpt

Page 23
www.sofess.com... your FREE knowledge sharing network

Anda mungkin juga menyukai