Anda di halaman 1dari 27

4.

PERBEZAAN INDIVIDU
& PEMBELAJARAN

❑ Aspek-aspek perbezaan individu


❑ Kecerdasan

❑ DRNZ 2022
PERBEZAAN INDIVIDU

• Pelajar ceria, peramah, suka berinteraksi,


pendiam, pemerhati.
• Pelajar cergas, malas, suka tidur dalam bilik
darjah.
• Pelajar mengganggu guru, suka membuat
bising dan sebagainya.
DEFINISI PERBEZAAN
INDIVIDU
• Ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara
fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu.

• Selain itu, dapat diperhatikan ciri-ciri tertentu seperti:


1. Temperamen
2. Tahap tenaga
3. Pola persahabatan
4. Hubungan ibu bapa dgn anak-anak.
❖ TEMPERAMEN
Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yang
sebahagiannya diwarisi daripada ibu bapa.

❖ TAHAP TENAGA
Keadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan berstamina
semasa terlibat dalam sesuatu aktiviti.

❖ POLA PERSAHABATAN
Merujuk kepada aktiviti persahabatan dalam kumpulan rakannya.
• Hubungan perapatan(vertikal)
ikatan kasih sayang dengan ibu bapa dan amat
istimewa dalam hidupnya.
• Hubungan mendatar (horizontal)
Hubungan dengan kawan-kawan
PANDANGAN
❖ Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, berat,
TOKOH
bentuk badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan
emosi.Faktor persekitaran - gaya hidup keluarga,
sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan dirumah,
komuniti masyarakat.

❖ Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dengan


konteks pengajaran dan pembelajaran.Kepelbagaian pelajar
terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif,
etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.
JANTINA KOGNITIF/MENTAL

FIZIKAL PERSONALITI

ASPEK –ASPEK
PERBEZAAN
INDIVIDU

EMOSI SOSIAL

BUDAYA
JANTINA
❖ Masyarakat Asia:
kanak-kanak lelaki berani, dianggap ketua keluarga,
harapan yg tinggi.

❖ Sekolah
murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin,
murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya
dalam pelajaran.

❖ Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid


perempuan lebih baik daripada lelaki, manakala murid lelaki lebih
kepada kecerdasan ruang.
FIZIKAL
Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3
kategori.

❖ Endomorf (bertubuh bulat)


Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri
tetapi mudah diserang tekanan perasaan.

❖ Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat)


Bersifat asertif, bertenaga, kuat bersukan

❖ Ektomorf (kurus dan tinggi)


Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan
mudah diserang penyakit skizofrenia.
KOGNITIF
❖ Individu - berbeza dr segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logik,
berbahasa, mengira dan berimaginasi).
❖ Proses pelbagai ransangan dr persekitaran dgn cara yg berbeza.
❖ Alfred Binet dan Theodore Simon menghasilkan ujian kecerdasan
bernama Stanford-Binet Intelligece Test.
❖ Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet dan
memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) .

❖ PERSONALITI
❖ Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya
bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya
bekerja).

❖ Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan


ambivert.
❖ EMOSI
❖ Cara seseorang menzahirkan perasaan sama ada secara sedar atau
tidak.(Sensitif, Marah, Gembira, Sedih, Suka)
❖ Kecerdasan emosi murid dan tahap kestabilan emosi juga berbeza
dalam kalangan murid.
❖ SOSIAL
❖ Tahap pergaulan seseorang individu dengan masyarakat
sekelilingnya.
❖ Perbezaan berpunca drpd latar belakang sosioekonomi
❖ BUDAYA
❖ Perbezaan disebabkan pelbagai kaum
❖ Aspek perbezaan: perayaan, sistem kepercayaan,makanan, pakaian
dll.
MASIHKAH KAU INGAT…

• Berdasarkan pengalaman, kenalpasti


perbezaan individu dalam kalangan
murid-murid anda dan bagaimanakah anda
menanganinya..
FAKTOR MEMPENGARUHI
PERBEZAAN INDIVIDU

❑ PENGARUH GENETIK
• Fizikal
• Mental
• Emosi

❑ PENGARUH PERSEKITARAN
• Keluarga
• Rakan sebaya
• Kebudayaan dan kepercayaan
• Sumber teknologi
• Guru dan sekolah
KONSEP KECERDASAAN SECARA AM

• Kecerdasaan : kebolehan belajar mengenai,belajar daripada,


memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Contohnya:
1. Penyesuaian terhadap persekitaran/perubahan
2. Kapasiti dan kebolehan untuk menimba ilmu
3. Kapasiti untuk memperoleh penaakulan dan pemikiran abstrak
4. Kebolehan untuk memahami hubungan antara individu
5. Kebolehan menilai
6. Kapasiti untuk pemikiran asli dan produaktif.
Definisi kecerdasan

• Piaget (1950)- Kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam


usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran.
• Kalat (1999) kombinasi kebolehan umum dan kemahiran praktis.

• Wechsler (1975)- kebolehan individu memahami alam sekitarnya,


dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya
menghadapi cabaran hidup.

• Sternberg dalam Kalat, (1999)-Kebolehan mental yang membantu


seseorang untuk menyesuaikan diri, mengubah (shape) atau
memilih persekitaran supaya sesuai kepada kehendaknya.

• Kebolehan untuk bertindak munasabah dan ada tujuan, berfikir


secara rasional dan bertindak efektif kepada persekitaran.
• Kecerdasaan lebih merujuk kepada kecerdasaan jenis
logikal/metamatikal dan linguistik/verbal sepertimana yang diberi
keutamaan dan penekanan oleh institusi pendidikan.
• Guru hanya memberi tumpuan kepada kedua-dua jenis
kecerdasaan tersebut dalam proses P&P bilik darjah, pengujian,
pengukuhan dan pemberian ganjaran.

• PANDANGAN MODEN
1. Teori kecerdasaan (Triarchic Sternberg)
2. Teori kecerdasaan pelbagai (Gardner)
3. Teori kecerdasaan emosi (Goleman)
Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner

• Dilahirkan di Scranto pd tahun 1943.


• Keturunan Jerman
• Profesor dalam bidang pendidikan dan kognitif di Havard Graduate
School of Education
• Profesor psikologi di Universiti Havard.
• Profesor Neorologi di Jabatan Perubatan Universiti Boston
• 18 buku termasuk: The Discipline ind: What All Students Should
Understand (1999) dan Intelligence Reframed: Multiple Intelligence
For The 21 st Century.
• Gardner percaya kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang
untuk selesai masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja
(menggubah lagu, mencipta puisi atau koreograf tarian) dalam
konteks budayanya.
• Beliau menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan
seseorang boleh dikenal pasti mealui ujian spt IQ.
• Gardner berpendapat bukan hanya satu cara selesai masalah tetapi
ada berbagai-bagai cara atau individu guna beberapa set proses
kognitif untuk selesaikan masalah atau menghasilkan produk.
KC KC
Existential Bahasa/ KC logik -
Linguistik matematik

KC
9 kategori Muzik
KC kecerdasan
Intrapersonal individu :
Gardner
KC
Naturalistik

KC
Interpersonal
Kinestetik-B Visual Ruang/
adan Spatial
1. KECERDASAN VERBAL - LINGUISTIK

❖ Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada


secara lisan atau tulisan, termasuk – keboleban memanipulasikan ayat,
gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
❖ Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal,
penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

Ciri-ciri kanak-kanak:

o Gemar bercerita
o Gemar menulis
o Mempunyai ingatan yang baik seperti mengingati bait puisi
o Mengeja perkataan dengan mudah, cepat dan tepat
o Suka membaca
o Suka aktiviti permainan bahasa

Kerjaya : Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam


bidang sastera
2. KECERDASAN LOGIK - MATEMATIK
❖ Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola
abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).
❖ Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik,
induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi,
perhitungan dan pengujian hipotesis.
❖ Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak,
penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

• Ciri-ciri kanak-kanak :
o Mampu menyelesaikan masalah matematik dengan pantas
o Berkecenderungan dalam komputer
o Gemarkan permainan berstrategi seperti catur
o Dapat menyatakan sebab dan akibat sesuatu peristiwa
o Suka pada kerja-kerja yang melibatkan eksperimen

Kerjaya: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan


3. KECERDASAN FIZIKAL - KINESTATIK
❖ Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti
koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.
❖ Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan
perasaan.
❖ Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti
jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanandiri.

ciri-ciri kanak-kanak :

o Gemar pada sukan, rekreasi dan aktiviti mencabar


o Gemar bergerak dan rasa cepat bosan bila duduk
o Menggerakkan badan atau menyentuh objek lain bila bercakap
o Suka pada aktiviti kemahiran seperti jahitan atau kraftangan
o Pandai meniru karektor atau perlakuan orang lain

Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon,


tentera, polis
5. KECERDASAN MUZIKAL-RITMA
❖ Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasukkepekaan
terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.
❖ Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental,
nyanyian dan drama lagu

Ciri-ciri kanak-kanak :

o Gemar dan mampu bermain alat muzik


o Senang mengingat dan menghafal melodi dan lirik lagu
o Mudah mengenal pasti bentuk irama yang dimainkan
o Sukakan muzik dan bunyi-bunyian ketika belajar
o Suka mengisi masa yang ada dengan menyanyi

Kerjaya: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik


4. KECERDASAN VISUAL - SPATIAL

❖ Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual.


Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang.
❖ Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan
ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif,peta minda,
menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

• Ciri-ciri kanak-kanak:
o Gemar berangan dan berimaginasi
o Berkebolehan mentafsir peta, rajah, graf dan carta
o Gemarkan permainan seperti menyusun objek
o Suka menyanyi dan aktiviti yang melibatkatkan muzik
o Suka pada kerja-kerja seni terutama melukis

Kerjaya: Pelukis, pengukir, arkitek.


6. KECERDASAN INTRAPERSONAL
❖ Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kekurangan, hasrat dan
kehendak. Ini termasuk kemahiran mengenal pasti persamaan atau perbezaan
diri dengan orang lain, dapat membantu individu menangani perasaan,
beradab sopan serta mampu mengawal kemarahan atau kesedihan diri.
❖ Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis
mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

Ciri-ciri kanak-kanak :

• Mempunyai kebolehan untuk berdikari


• Dapat memberikan pandangan yang konkrit
• Gemarkan kesunyian dan bersendirian
• Memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi

Kerjaya: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling,


Ahli Psikologi
7. KECERDASAN INTERPERSONAL
❖ Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain.
Ini termasuklah kemahiran bertindak dan berhubung secara berkesan
dengan orang lain secara praktikal /Kemampuan interaksi sosial
❖ Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latihan empati, latihan
kolaboratif, memberi maklum balas, strategi pembelajaran kooperatif dan
sedia bekerjasama

Ciri-ciri kanak-kanak :

o Gemar berkomunikasi dan mempunyai ramai rakan


o Mudah simpati dan amat memahami perasaan orang lain
o Suka berkumpul bersama rakan-raka
o Sukakan permainan secara berkumpulan
o Pandai bersosial dan menyesuaikan diri dalam masyarakat

Kerjaya: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan


8. KECERDASAN NATURALIS
❖ Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan,
galian dan haiwan termasuk rumput dan batuan serta beraneka flora
dan fauna, kebolehan untuk mengenali artifak budaya berdasarkan
pakaian dan makanan. Individu kategori ini amat menyintai
keindahan alam semula jadi serta gemar meneroka hutan dan
memelihara haiwan

Ciri-ciri kanak-kanak :

o Sukakan memelihara haiwan


o Dapat mengenal pasti haiwan dan tumbuhan dengan cepat
o Gemar mengumpulkan karangan laut
o Minat menanam bunga dan menghias menggunakan bahan semula
jadi seperti buluh, rotan dan akar.

Kerjaya : Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist


9. KECERDASAN EKSISTENSIAL /KEROHANIAN

Individu yang memiliki kepekaan, kemampuan dan memberikan respons


terhadap persoalan kewujudan dan kematian manusia, sensitif kepada
permasalahan masyakat di sekitarnya, memiliki kecenderungan beragama
dan sentiasa ingin mencari penyelesaian melalui pendekatan agama.

Ciri-ciri kanak-kanak :

• Sensitif kepada keperluan masyarakat sekeliling


• Gemar mengkaji hal-hal berkaitan agama
• Gemar mendampingi diri dengan bahan berunsur agama
• Cenderung kepada pemikiran falsafah dan kerohanian
S I
E MO
AS AN
C E RD
KE
PERBINCANGAN : KUMPUL MAKLUMAT
BERKAITAN KECERDASAN EMOSI.

Anda mungkin juga menyukai