Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHANGKAT BERUAS

32700 BERUAS
PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEKOLAH : AEA1115
É SEKOLAH : 05-6749655
7 FAKSIMILI : 05-6748240
_____________________________________________________________________________________
“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN; PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj. Kami :
Tarikh :
31/01/2020

NAZIRAH BT HARUN@MAMAT
SMK CHANGKAT BERUAS,
32700 BERUAS, PERAK.

Melalui
PENGETUA
SMK CHANGKAT BERUAS,
32700 BERUAS, PERAK.

Kepada,
PENGERUSI KOPERASI ,
SMK CHANGKAT BERUAS,
32700 BERUAS, PERAK

Tuan/Puan ,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI KEJOHANAN BOLA JARING MSSD


MANJUNG 2020

Berhubung perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis


Sukan-Sukan Daerah Manjung akan mengadakan kejohanan Bola Jaring pada ketentuan
berikut :

Tarikh : 4 Febuari 2020 (Selasa)


Masa : 7.30 pg.-6.30 ptg.
Tempat : SMK Tok Perdana
Sasaran : 12 orang

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan sudi
menghulurkan sumbangan dalam bentuk air mineral (sekotak) bagi mengurangkan kos
kos perbelanjaan makan dan minum pelajar di sana. Pihak kami juga melampirkan
salinan surat untuk tindakan dan makluman tuan.
3. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh tuan, amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………….
(NAZIRAH BT HARUN@MAMAT)
Pengurus Bola Jaring

Anda mungkin juga menyukai