Anda di halaman 1dari 5

TEMPAT

STADIUM LIKAS, KOTA KINABALU

TARIKH
MEI - NOVEMBER
2023

PENGANJUR
RS ATHLETIC CLUB
Dengan kerjasama
KELAB OLAHRAGA ALANGKAS, LD (AAC)
1. NAMA KEJOHANAN
RS KINABALU ATHLETICS LEAGUE 2023

2. UNDANG - UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia


( KOM ) 2022 dan Peraturan-Peraturan Kecil Pertandingan Kinabalu Athletics League

3. ANJURAN

RS Athletics Club

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : Mei - November 2023


Tarikh League 1 : 29 Mei 2023
Masa : 8:00 pagi - 10:00 malam
Tempat : Stadium Likas, Kota Kinabalu

5. SYARAT PENYERTAAN

i. Penyertan ini terbuka kepada semua atlet individu, sekolah - sekolah, kelab-kelab dan
persatuan - persatuan olahraga dalam dan luar negeri Sabah.
ii. Setiap atlet bebas berdaftar dengan pasukan samada mewakili pasukan sekolah atau pasukan
kelab ataupun persendirian (bebas).
iii. Peserta perlu berdaftar dalam pasukan yang sama bagi kesemua league yang disertai. Peserta
tidak dibenarkan menukar pasukan sepanjang tempoh league ini bagi tahun 2023.
iv. Kategori umur adalah berdasarkan tahun kelahiran seperti berikut :
a) U8 : Tahun kelahiran 2015 dan seterusnya
b) U10 : Tahun kelahiran 2013 dan seterusnya
c) U12 : Tahun kelahiran 2011 dan seterusnya
d) U15 : Tahun kelahiran 2008 dan seterusnya
e) U17 : Tahun kelahiran 2006 dan seterusnya
f) U20 : Tahun kelahiran 2003 dan seterusnya

6. ACARA - ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

i. Acara - acara yang akan dipertandingkan adalah berbeza mengikut league.


ii. Berikut adalah senarai acara dan kuota penyertaan yang dipertandingkan untuk League 1.

1 STADIUM LIKAS, KOTA KINABALU


RS KINABALU ATHLETICS LEAGUE 2023
7. YURAN PENYERTAAN

7.1 Yuran penyertaan dikenakan mengikut league dan mungkin berbeza bagi setiap league.
7.2 Acara Individu - RM20.00/Acara
7.3 Acara Relay - RM40.00/kuartet
7.4 Semua yuran penyertaan boleh dibuat secara online transfer ke maklumat bank berikut:

Nama Akaun : Rayzam Shah bin Wan Sofian


Nama Bank : Alliance Bank
Nombr Akaun : 100480020139919

7.5 Semua resit pembayaran perlu di muat naik ke Borang penghantaran resit (google form)
secara online yang disediakan oleh pihak penganjur.

8. HADIAH

8.1 Hadiah League 1 & League 2

8.1.1 Semua peserta akan menerima Sijil Penyertaan dalam bentuk E-Cert.
8.1.2 Pemenang tempat pertama,kedua dan ketiga akan menerima Pingat.

8.2 Hadiah League ke 3


8.2.1 Semua peserta akan menerima Sijil Penyertaan dalam bentuk E-Cert.
8.2.2 Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan menerima Pingat.
8.2.3 Pihak penganjur juga menyediakan Hadiah Tambahan seperti berikut
i. Atlet Terbaik
ii. Pasukan Terbaik
iii. Jurulatih Terbaik
8.2.4 Kriteria bagi pemilihan penerima hadiah tambahan akan dimaklumkan kelak.

9. SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Pertandingan bagi acara-acara balapan berikut 60m,80m,100m,200m,80mLP,100mLP


dan 110mLP akan diadakan di peringkat separuh akhir dan akhir.
9.2 Pertandingan bagi acara - acara balapan 200mLP, 400mLP, 400m dan lebih akan
diadakan terus ke peringkat akhir.
9.3 Penentuan peserta-peserta ke peringkat separuh akhir dan akhir adalah seperti berikut :
 3 S/Akhir - 2 peserta (pertama & kedua) dari setiap separuh akhir + 2 lagi peserta
terbaik dari ketiga - tiga separuh akhir layak ke peringkat akhir,
 2 S/Akhir - 3 peserta (pertama,kedua,ketiga) dari setiap separuh akhir + 2 lagi
peserta terbaik dari kedua-dua separuh akhir layak ke peringkat akhir.
 Jika lebih dari tiga (3) separuh akhir, peserta ke peringkat akhir ditentukan
mengikut masa terbaik.
9.4 Penentuan pemenang bagi acara yang dijalankan lebih dari 1 peringkat akhir adalah
berdasarkan masa terbaik dari kesemua peringkat akhir.
9.5 Bagi acara lari berganti - ganti campuran, setiap pasukan Wajib menyenaraikan 2
pelari lelaki dan 2 pelari perempuan untuk membentuk 1 pasukan. Kedudukan pelari
adalah bebas dalam setiap pasukan mengikut strategi pasukan masing - masing.
9.6 Atlet tidak dibenarkan untuk menyertai pasukan relay yang bukan dalam pasukan
yang atlet didaftarkan. Contohnya jika atlet didaftarkan dalam pasukan A, atlet tesebut
hanya boleh menyertai acara relay atas nama pasukan A sahaja. Jika pihak penganjur
mendapati terdapat atlet yang menyertai yang bukan pasukanya, maka penyertaan
pasukan tersebut bagi acara relay akan dibatalkan.
2 STADIUM LIKAS, KOTA KINABALU
RS KINABALU ATHLETICS LEAGUE 2023
10. PENDAFTARAN PENYERTAAN

10.1 Pengurus pasukan perlu memohon untuk mendapatkan ID dan Password Sistem
Jsports.com.my melalui Borang online permohonan yang disediakan oleh pihak
penganjur.
10.2 Kemudian pengurus perlu melengkapkan pendaftaran peserta di dalam Sistem
Jsport.com.my dengan menggunakan ID dan password yang telah diberikan oleh
pihak penganjur.
10.3 Semua pendaftaran peserta belum dianggap Penyertaan Rasmi sehinggalah bayaran
yuran penyertaan dibuat.
10.4 Tarikh tutup pendaftaran League 1 adalah pada 15 Mei 2023.
10.5 Jika penyertaan melebihi dari kuota penyertaan, pendaftaran dengan pembayaran
yuran yang lebih awal akan di anggap sebagai penyertaan Rasmi.

11. MELAPOR DIRI PESERTA

11.1 Semua peserta mesti melaporkan diri Bilik Hakim Bilik Panggilan (Call Room 1)
sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan
berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh
Penolong Pelepas
11.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai
Teknik dalam arena pertandingan.
11.3 Jadual melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di bilik Bilik Panggilan.
Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan
acara atau program kejohanan
11.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan tidak menjolok mata, BIB
mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-
masing.
11.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka
dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara
tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.

12. BANTAHAN

12.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOM:


12.2 Bantahan acara -acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan serta merta dan tidak
lewat daripada:
12.2.1 Lima belas 15 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-
acara pusingan awal
12.2.2 Tiga puluh 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-
acara peringkat akhir
12.2.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang
Pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )

13. HAK – HAK JAWATANKUASA PENGANJUR


13.1. Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi
JK Penganjur berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu.
13.2 Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam
Undang- Undang Olahraga KOM terkini.

14. HAL – HAL LAIN


14.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai.
Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut
3 STADIUM LIKAS, KOTA KINABALU
RS KINABALU ATHLETICS LEAGUE 2023
14.2. Jawatankuasa Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian,
kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederan lain
berlaku :
14.4.1. Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium, semasa
kejohanan dijalankan, di dalam dan di luar kawasan stadium dan di tempat-
tempat penginapan
13.3. Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil
langkah -langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai
terjamin setakat mana yang munasabah

4 STADIUM LIKAS, KOTA KINABALU


RS KINABALU ATHLETICS LEAGUE 2023

Anda mungkin juga menyukai