Anda di halaman 1dari 2

1899

Sekolah atap ini telah didirikan oleh Rev.Fr Catesson & telah dibuka dengan rasminya pada 18
Jun 1899 oleh Mendiang Sir Charles Mitchell dengan bantuan Residen British,Mendiang E.W
Birch.
1907
Rev.Fr Catesson mereka bentuk bangunan tetap & disempurnakan oleh penggantinya
Rev.Fr Nain.Bangunan itu dibuka dengan rasminya oleh Mendiang Pesuruhjaya Sir John
Anderson pada 19 Ogos 1907.
1909
Pada bulan Mei 1909,Rev.Bro Isidore menjadi Brother Director Sekolah St Paul yang pertama &
sekolah mula dikenali sebagai St Paul Institution.
1912
Bangunan baru yang dibina di sebelah Kelab Negeri Sembilan telah didirikan oleh Residen
British,Tuan A.H Lemon pada 26 September 1912.
1921
Sebuah Dewan Sementara telah didirikan daripada papan & atap ketika zaman Rev.Bro Lewis
Edward.
1933
Rev.Bro Brother Joseph membina sebuah dewan tetap,tandas-tandas moden,membina sebuah
bungalow besar dari Towkay Siow Kon Chia & membina sebuah bangunan kedai di Jalan Tuan
Sheikh untuk digunakan sebagai bilik-bilik darjah tambahan.
1941 ( REDZA WIN SCHOOL )
Peperangan Dunia Kedua telah diisytiharkan pada 18 Disember 1941.Bangunan sekolah telah
diambil alih oleh Tentera Jepun.
1947
Rev.Bro Lawrence meneruskan kerja-kerja pemulihan sekolah & mata pelajaran sains
dimulakan.
1954
Rev.Bro Casimir mendirikan Bangunan Sekolah Baru untuk murid-murid Bahagian Menengah &
dibukan dengan rasminya oleh Almarhum DYMM Tuanku Munawir Ibni Tuanku Abdul Rahman
pada 27 Jun 1959.
1958
Mulai penggal ketiga,En.Walter De Silva dilantik menjadi guru besar Sk St Paul.
1962
Lembaga berasingan bagi Sekolah Rendah & Sekolah Menengah ditubuhkan pada 1 Januari
1962.
1978
Berdasarkan pada usaha Rev.Bro James Macken,persetujuan telah dicapai antara pihak
Christian Brothers & Syarikat Punca Emas supaya Syarikat Punca membina sebuah bangunan
baru Sk St Paul sebagai tukar ganti.Christian Brothers,Malaysia bersetuju menyerahkan tanah
kepunyaannya di Jalan Paul(Kini Jalan Yamtuan) kepada Syarikat itu.
1979
Kerja membina bangunan baru selesai & Sk St Paul berpindah ke Bangunan Baru di Jalan
Labu,Seremban.
Anugerah[sunting | sunting sumber]
 Anugerah Kecemerlangan Sukan JPNS(2005)
 Anugerah Akademik Cemerlang UPSR JPNS(2007)
 Anugerah Akademik Terbilang JPNS(2009)
 Anugerah Akademik Cemerlang UPSR JPNS(2010)
 Anugerah Smart School Qualification Standard(2011)

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]


Lencana Sk St Paul Institution direka oleh Rev.Bro.Joseph McNally pada tahun 1956.
Bintang

Merupakan lambang kepercayaan di antara semua pelajar supaya mereka sanggup menghadapi
segala cabaran dalam kehidupan.

Pedang

Merupakan kegigihan & keteguhan hati.Pedang yang dipegang menunjukkan disiplin & tenaga
yang menjadi dasar pemikiran.

Buku

Menunjukkan ilmu yang diberikan oleh sekolah untuk menolong mencapai kecemerlangan.

9 Tangkai Padi

Memperingatkan sejarah Sk St Paul & kehormatan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Virtvte Et Labore

Bermaksud keteguhan & keimanan.

Falsafah Pendidikan La Salle[sunting | sunting sumber]


Sekolah bukan sahaja tempat menyebarkan ilmu pengetahuan dan idea yang bermanfaat dan
menarik.Sebaliknya sekolah adalah agen perkembangan potensi insan.Masyarakat moden
mempunyai keperluan yang pelbagai & luas.Pelajar-Pelajar sebagai bakal pemimpim dan
warganegara yang berguna mampu memikul dan memenuhi kehendak-kehendak ini.Usaha ini
akan melahirkan pendidikan yang menyeluruh dan perkhidmatan yang cemerlang & dedikasi.

Anda mungkin juga menyukai