Krts Kerja 3m
Krts Kerja 3m
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermaksud kembali seperti
biasa, sembuh, atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini adalah berkait
rapat dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan daalm pembelajaran.
Pendidikan pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk membaiki
sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu yang tidak betul. Ianya bertujuan
untuk mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh guru dan murid dalam
proses pengajaran dan pemulihan.
2.0 Matlamat
Antara matlamat utama program pemulihan ialah :
3.0 Objektif
Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid :
ª menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang
dipilih dan menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan
kemampuan murid
ª mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan
dan perkembangan mental individu
ª mengurangkan beban masalah yang dihadapi oelh murid-murid yang
lemah melalui bantuan guru dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah
dan ibu bapa)
ª mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap
yang lebih maju
ª memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila
berada dalam kumpulan dan masyarakat
ª mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka dengan
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti social di dalam dan di luar bilik darjah
ª meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa atau sekolah
khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing
4.0 Tempat
Dewan SK Telaga
Tarikh
3 Mac 2016 (Khamis)
Masa
8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
5.0 Sasaran
Sasaran Program Bersama Murid Pemulihan dan Linus ini adalah 26 orang
murid yang terdiri daripada murid kelas pemulihan dan murid tegar Linus Bahasa
Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Senarai nama rujuk lampiran 1.
6.0 Anjuran
ª Unit Bimbingan dan Kaunseling
ª Jawatankuasa Pemulihan
ª Jawatankuasa Literasi dan Numerasi
7.0 Tentatif Program
Masa Aktiviti
8.00 – 8.30 pagi Ice Breaking
8.30 – 9.30 pagi Slot 1: Aktiviti Bahasa Melayu
9.30 – 10.30 pagi Rehat
10.30 – 11.30 pagi Slot 2 : Aktiviti Matematik
11.30 – 12.30 tgh Slot 3: Aktiviti Bahasa Inggeris
12.30 – 12.45 tgh Slot 4 : Refleksi
10.0 Penutup
Di harapkan agar program yang dijalankan ini dapat memberi impak positif
kepada para peserta serta motivasi dan minat untuk terus belajar dan tidak
ketinggalan dalam matapelajaran di samping dapat menumpukan sepenuh perhatian
semasa guru mengajar di dalam kelas.
....................................... ...........................................
(Noor Haliza binti Wahab) (Raseli bin Ismail)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar SK Telaga.
Lampiran 1