Anda di halaman 1dari 2

https://ms.wikipedia.

org/wiki/Vanila

Vanila
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jump to navigationJump to search

Lenggai vanila

Pokok vanila
Vanila adalah sejenis perasa yang berasal dari bunga anggerik genus Vanila.

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Vanila merupakan sejenis tumbuhan keluarga orkid yang berasal dari Mexico dan kini banyak ditanam di
kawasan tropika. Vanila telah ditemui oleh orang Sepanyol yang diketuai oleh Bernal Diaz del Castillo
pada 1952.
Pada masa itu, vanila digunakan oleh kaum Asli Mexico (kaum Totanaca) sebagai penyegar minuman coklat.
Selain itu, buah vanila hanya digunakan untuk menambah kesedapan tembakau. Pokok vanila tumbuh segar
dan berbunga apabila ditanam di Eropah pada 1721 tetapi tidak berbuah kerana gagal dalam pendebungaan.
Biasanya pendebungaannya dibantu oleh lebah Melipone yang tidak sesuai dengan cuaca Eropah.
Pada tahun 1836, Charles Morren dari Belgium berjaya menemui kaedah pendebungaan tanaman ini dengan
menggunakan tangan yang kemudiannya kaedah itu dipertingkatkan oleh Edmond Albius pada 1841.
Tanaman vanila bertapak di Indonesia pada 1819 apabila dibawa masuk oleh Merchal dan kemudiannya
meluas ke sebahagian Indonesia apabila Yasman berjaya menghasilkan kaedah pendebungaan pada 1850.
Vanila mula ditanam di Pulau Jawa kemudian ke Bali, Acheh dan Sumatera Barat. Vanila dari Pulau Jawa
terkenal kerana kualitinya yang mengandungi vanilin yang tinggi dan dikenali sebagai Java Vanilla Bean.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]


Terdapat 100 jenis spesis vanila tetapi hanya sedikit sahaja yang dikenal pasti mempunyai nilai komersil iaitu:

 Vanilla planifolia Andrews


 Vanilla tahitensis J.W Moore

Negara pengimport dan pemprosesan utama bagi vanila adalah Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah yang
memerlukan banyak bekalan. Namun begitu, negara-negara pengeluar
seperti Madagascar, Indonesia, Tahiti, Comoros, dan India tidak dapat menghasilkannya secara komersil
kerana faktor kemiskinan, pengetahuan, kepakaran dan tiada sokongan kerajaan.
Kategori:

 Rempah
 Pengendalian pendebungaan

 Laman ini kali terakhir disunting pada 19:28, 10 April 2015.


 Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma
Penggunaan untuk butiran lanjut.

Anda mungkin juga menyukai