Anda di halaman 1dari 2

“JIRANKU PRIHATIN”

Salam sejahtera dan salam nur keamanan kepada peneraju majlis, kombinasi
kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dan rakan-rakan seperjuangan
sekalian. “Jiranku Prihatin”, begitulah tajuk cerita yang ingin dikongsikan bersama

Mei Ling merupakan seorang ibu kepada anak tunggal yang bernama Jason.
Perangai Jason yang tidak gemar bercampur dan bergaul dengan orang lain, sangat tidak
disukai oleh Mei Ling. Jason suka memerap di rumah dan tidak suka keluar rumah untuk
bersosial dengan anak-anak jiran yang lain. Hal ini merunsingkan ibunya. Manakan tidak,
Jason sanggup memerap di rumah sehari suntuk daripada keluar dan bertegur sapa dengan
jiran di kawasan persekitaran itu.

“Jason, mengapa kamu asyik terperap di rumah sahaja? Ibu risaulah dengan keadaan
kamu ini.” tanya Mei Ling. Pertanyaan ibunya pada suatu pagi itu tidak dijawab oleh Jason.
Dia hanya berdiam diri tanpa sebarang kata. Dia seolah-olah tidak peduli dengan apa yang
diperkatakan oleh ibunya. Melihat keadaan Jason, Mei Ling berlalu pergi. Dia tahu bahawa
Jason tetap enggan bercampur dengan anak-anak jirannya yang berbangsa Melayu
walaupun pelbagai nasihat telah diberikan kepadanya. Nasihat yang diberikan itu bagaikan
mencurah air ke daun keladi, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Keesokan harinya, Mei Ling cuba untuk memujuk Jason supaya bersosial dengan
jiran mereka. Beliau menyuruh Jason agar tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung.
Hal ini akan menyukarkan masyarakat untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Namun begitu, Jason memberikan bermacam-macam alasan untuk tidak bergaul dengan
jirannya. Dia mengatakan bahawa jiran-jirannya hanya suka menjaga tepi kain orang lain.
Mei Ling menggeleng-geleng kepala apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Jason
itu.

Suatu petang, seorang daripada anak jiran Mei Ling, Rahman menghantar bubur
pisang yang dibuat oleh ibunya ke rumah Mei Ling. Pada waktu itu, Jason kebetulan berada
di luar rumah. Lalu, Rahman menyapa Jason dan bertanya akan khabarnya. “Hai, Jason.
Sihat ke?’ Jason hanya menganggukkan kepalanya tanpa menjawab pertanyaan tersebut.
Tanpa putus asa, Rahman tetap mengajukan beberapa soalan kepada Jason namun dia
hanya menjawab soalan tersebut secara endah tak endah sambil menunjukkan perasaan
dingin. Selepas menyampaikan bubur tersebut kepada Jason, Rahman berlalu pergi dari
rumah Jason dengan perasaan yang kecewa.

Ketika di sekolah pada waktu mata pelajaran Sejarah, guru Sejarah telah meminta
para pelajar untuk menyiapkan tugasan Sejarah secara berkumpulan. Jason ditempatkan
dalam kumpulan yang sama dengan Rahman. Sepanjang perbincangan berlangsung, sikap
Jason tetap tidak berubah dan dia hanya mendiamkan diri umpama kera sumbang. Rahman
berusaha untuk membuat Jason bercakap, namun usahanya itu tetap tidak berhasil.

Namun begitu, dengan takdir Tuhan, pada suatu hari rumah Jason telah terbakar.
Kebakaran tersebut berpunca daripada gangguan litar pintas yang berlaku di bahagian atas
rumah Jason. Seluruh kampung gempar dengan kejadian tersebut lalu mereka tergesa-gesa
pergi ke tempat kejadian. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
memadamkan api. Mei Ling yang berada di luar rumah teringat akan Jason yang sedang
tidur di ruang tamu. “ Tolong, tolong! Anak saya masih di dalam rumah! Tolong selamatkan
dia!” Dia menjerit meminta bantuan orang kampung untuk menyelamatkan permata hatinya
itu. Apabila mendengar jeritan tersebut, Rahman segera meluru ke dalam rumah Jason
untuk menyelamatkannya. Dia langsung tidak peduli akan api yang menjulang tinggi di
dalam rumah tersebut.

Akhirnya, Jason dapat diselamatkan walaupun terdapat sedikit kecederaan ringan di


bahagian kakinya. Dia terus dikejarkan ke hospital. Di hospital, Jason terbaring lesu. Dia
merenung wajah ibunya yang berada di sisi katil itu. “Jason, syukurlah awak selamat,” bisik
ibunya dengan suara yang perlahan. Sejurus kemudian, pintu kamar pesakit dibuka dengan
perlahan. Kelihatan Pak Ahmad , Mak Jah, dan Rahman melangkah perlahan menuju ke
katil Jason. Mei Ling tersenyum dan menjemput mereka duduk. Tiba-tiba Jason bersuara,
“Rahman, saya minta maaf. Saya menyesal. Sekarang baru saya mengerti erti jiran dan
persahabatan.” Jason menghulurkan tangannya kepada Rahman. Rahman menyambutnya.
Mei Ling memandang wajah Pak Ahmad dan Mak Jah. Mei Ling tersenyum luas.

Anda mungkin juga menyukai