Anda di halaman 1dari 8

Arissa, Qalesya dan Azzalea

Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Madani.


Saya Arissa, saya Qalesya dan saya Azzalea . Kami
bertiga daripada kumpulan FD3 (Futuristic designer3)
akan membentangkan projek binaan jambatan kami
yang bertajuk “Jambatan anti mampatan dan
regangan.”
Arissa :
Kami menjalankankan kajian untuk merekacipta
model jambatan yang bersesuaian selama dua
minggu. Tiga minggu berikutnya kami
merealisasikan rekaan dan membuat pengujian
bagi melihat kekuatan dan kestabilan jambatan.
Qaleesya :
Kami dapati dalam membina jambatan yang
kukuh/kuat terdapat tiga faktor yang perlu dititik
beratkan iaitu;
• Jenis batang aiskrim digunakan (ketebalan 2mm
berbanding yang lain)
• Susunatur geometri struktur jambatan(bentuk
melengkung, lurus dll)
• Cara beban diletakan agar seimbang daya yang
dikenakan ke atas jambatan
Azzalea:
Bagi ujian kestabilan pula, kami dapati 2 faktor berikut
mempengaruhi keputusan jambatan yang dibina iaitu:
• Ketinggian jambatan dibina. Kami memilih untuk membina
jambatan yang tidak terlalu tinggi dari dasar meja/tapak
kerana ia lebih stabil. Ia juga dekat dengan pusat graviti.
• Keluasan tapak jambatan yang dihasilkan lebih luas dan
panjang agar ia mampu stabil apabila dikenakan daya
mampatan atau regangan
Arissa:
Sepanjang proses penghasilan dan pengujian kami telah
mereka cipta sebanyak 10 jambatan dan diuji kekuatannya.
Kami sangat teruja setiap kali ujian kekuatan jambatan
dijalankan. Jika gagal menampung beban yang diletakkan
kami akan menilai dan cuba menambah baik model jambatan
kami. Kami memastikan laluan kenderaan bagi jambatan kami
lancar dan tidak terganggu dengan rekacipta yang dipilih.
Qaleesya:
Kami bergerak dalam kumpulan dan mendapat sokongan
yang amat baik daripada guru dan ibu bapa kami. Kami benar-
benar seronok sepanjang pembinaan jambatan dan kami tahu
kekuatan dan cara menstabilkan jambatan kami.
Jika jambatan kami dapat dibina pada masa hadapan kami
amat berharap ia mampu menanggung beban kenderaan yang
banyak tanpa mengalami kecatatan untuk tempoh bertahun-
tahun lamanya.
Azzalea:
Jambatan adalah medium kemajuan dalam bidang
pengangkutan darat. Ia seharusnya menjadi lambang
kebanggaan sesebuah negara dan rakyatnya.
Jambatan yang unik, kuat, stabil dan cantik mampu menarik
minat pelancong asing dalam dan luar negara untuk
mengunjungi dan memotret gambar mereka di sana.
Kami amat berharap agar rekaan jambatan kami memberi
manfaat kepada manusia.
Arissa, Qalesya dan Azzalea
Sekian sahaja perbentangan binaan jambatan
daripada kumpulan kami. Semoga perkongsian
kami mengenai rekabentuk jambatan dan
pemilihannya mampu mecetuskan idea lebih
baik pada masa akan datang. Terima kasih dan
Hebatkan Putrajaya…

Anda mungkin juga menyukai