Anda di halaman 1dari 3

Soalan : Tuliskan pengalaman anda semasa cuti sekolah baru-baru ini.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke Legoland. Legoland terletak di
Nusajaya, Johor. Saya pergi ke sana bersama keluarga saya dengan menaiki kereta.

Ketika sampai di Legoland, keadaan di situ riuh rendah. Banyak orang sedang berbaris
untuk membeli tiket di kaunter. Kami bergambar untuk kenang-kenangan di pintu masuk
Legoland.

Kami memulakan aktiviti dengan pergi ke Legoland Waterpark. Saya dan adik syaa
bermain air di kolam. Kami meluangkan masa selama tiga jam. Selepas itu kami makan
tengah hari di sebuah restoran yang terdapat di Legoland.

Selepas solat Zohor, kami mula menerokai Legoland. Saya dan adik saya mencuba
aktiviti memandu kereta. Kami juga memandu bot yang mudah dibawa dan dikendalikan.

Kemudian kami pergi ke 'Lego Star Wars Miniland'. Banyak karakter Star Wars yang
dipamerkan. Karakter di situ dibuat menggunakan lego. Terdapat lego Star Wars yang
dijual tetapi saya tidak membelinya kerana harganya sangat mahal.

Selepas itu kami ke 'Lego Mindstorm'. Kami belajar tentang robotik. Saya dan adik saya
berjaya membuat robot menggunakan bahan yang disediakan. Namun kami gagal untuk
menggerakkan robot itu secara automatik. Seorang kakitangan Legoland membantu kami
menggerakkan robot yang kami bina.

Apabila menjelang Maghrib, kami mendaftar masuk ke Hotel Legoland. Bilik Hotel
Legoland amat besar, luas dan cantik. Selepas mandi kami terus tidur kerana kepenatan.

Selepas bangun pagi, kami mandi,solat dan bersarapan pagi. Kami mendaftar keluar dari
Hotel Legoland. Kami bergambar di hadapan Hotel Legoland. Kami melihat Legoland
untuk kali terakhir.

Kami bertolak balik dari Legoland ke kediaman kami di Kemaman, Terengganu. Kami
merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Legoland tetapi gembira dapat pergi ke
Legoland.
Sabtu, 2 Disember 2013,
Tepat pada pukul 8.30 pagi , saya dan keluarga bertolak dari rumah menuju ke
Kuala Terengganu. Kami ke sana dengan menaiki kereta Proton Wira yang dipandu oleh
ayah. Saya berasa sangat seronok dan teruja kerana dapat bercuti bersama-sama keluarga
tersayang.
Kami tiba di Kuala Terengganu pada pukul 6.30 petang. Ayah terus memandu ke
Resort Puteri . Resort itu terletak di tepi pantai Batu Buruk. Apabila kami tiba di sana,
kami terpesona dengan keunikan resort itu. Resort itu sungguh cantik dengan ukiran
kayunya yang unik. Kami berasa sungguh selesa menginap di sana. Pelbagai kemudahan
telah disediakan seperti televisyen, astro, talian Internet dan lain-lain. Kami sungguh
berpuas hati dengan resort itu.

Ahad, 3 Disember 2013


Tempat lawatan pertama kami ialah di Muzium Negeri Terengganu. Muzium itu
menyimpan semua sejarah negeri Terengganu . Di situ juga ada tersimpan batu bersurat
yang bertulisan jawi. Di dalam muzium itu juga ada banyak galeri seperti Galeri Diraja,
Galeri Sejarah dan lain-lain. Di situ, para pengunjung tidak dibenarkan merakam gambar.
Setelah melihat dan membaca catatan yang ada di dalam muzium itu, saya dapat banyak
pengetahuan sejarah Negeri Terengganu.

Selain muzium, kami juga melawat ke tempat mencanting dan mengecap batik.
Tempat itu terletak di kawasan perkampungan. Selain mencanting dan mengecap batik,
ada juga jualan batik. Harganya juga sangat murah berbanding di tempat lain. Corak batik
yang dicap dan decanting itu sangat cantik-cantik dan unik belaka. Kebanyakannya
bercorakkan flora.

Sebelum pulang, kami sempat melawat ke kilang memproses dan membuat


keropok lekor. Kilang itu terletak di kawasan perkampungan nelayan.Saya juga diberi
peluang mengadun tepung bersama dengan ikan untuk membuat keropok lekor. Selain
itu, kami juga merasa keropok lekor asli. Memang sedap. Terasa ikannya yang segar.
Saya begitu seronok sepanjang lawatan bersama dengan keluarga di sana.
Kami berasa kagum akan keunikan yang ada di negeri Terengganu. Rata-ratanya kaum
perempuan yang lebih ramai berniaga daripada kaum lelaki. Saya juga tertarik oleh
layanan masyarakat setempat yang begitu ramah melayan setiap pelancong yang datang
ke negeri mereka.
Karangan PPSR : Pengalaman : Hari Sukan Di Sekolah Saya
nasa2k May 21, 2018 Karangan PPSR,
YOUR AD SPOT
PENULISAN

Sekolah saya telah mengadakan hari sukan pada bulan Mac yang lalu. Sebanyak empat
buah rumah sukan telah mengambil bahagian. Rumah-rumah sukan itu ialah Rumah
Bendahara, Rumah Laksamana, Rumah Temenggung dan Rumah Shahbandar.

Pada hari sukan tersebut, sekolah saya telah dihias dengan cantik. Bendera kecil
yang berwarna-warni telah digantung dari pintu pagar hingga ke padang. Di padang pula
terdapat khemah yang dihias cantik.

Hari sukan dimulakan dengan perarakan masuk pasukan yang mengambil


bahagian. Saya turut menyertai perarakan ini mewakili rumah kuning. Antara acara yang
dipertandingkan ialah ialah lumba lari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru.

Semasa acara sedang berlangsung, murid-murid bersorak menyokong pasukan


rumah masing-masing. Ada juga ibu bapa dan waris yang datang melihat anak-anak
mereka mengambil bahagian dalam acara sukan. Saya turut mengambil bahagian dalam
acara 100 meter dan 4 X 100 meter. Saya mendapat tempat pertama dan kedua dalam
kedua-dua acara tersebut. Acara terakhir yang dilangsungkan ialah acara tarik tali antara
guru dan waris. Acara ini di telah dimenangi oleh waris.

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tuan guru besar. Johan
keseluruhan dimenangi oleh rumah Bendahara. Walaupun agak keletihan, saya seronok
menjayakan hari sukan disekolah saya.

Anda mungkin juga menyukai

  • Pk07-4 Rekod Edaran
    Pk07-4 Rekod Edaran
    Dokumen1 halaman
    Pk07-4 Rekod Edaran
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • LABEL
    LABEL
    Dokumen2 halaman
    LABEL
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Jadual Bertugas Kump 3 Mel
    Jadual Bertugas Kump 3 Mel
    Dokumen1 halaman
    Jadual Bertugas Kump 3 Mel
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Label Board
    Label Board
    Dokumen7 halaman
    Label Board
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Topik 8
    Topik 8
    Dokumen1 halaman
    Topik 8
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Pertandingan Menulis Karangan Bahasa Melayu Bersempena Dengan Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan 2021
    Pertandingan Menulis Karangan Bahasa Melayu Bersempena Dengan Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan 2021
    Dokumen2 halaman
    Pertandingan Menulis Karangan Bahasa Melayu Bersempena Dengan Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan 2021
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Teks Transisi
    Teks Transisi
    Dokumen2 halaman
    Teks Transisi
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Topik 6
    Topik 6
    Dokumen1 halaman
    Topik 6
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Teks Persaraan
    Teks Persaraan
    Dokumen2 halaman
    Teks Persaraan
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • C3-Bertugas Guru RMT
    C3-Bertugas Guru RMT
    Dokumen1 halaman
    C3-Bertugas Guru RMT
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Buku Pelawat
    Buku Pelawat
    Dokumen1 halaman
    Buku Pelawat
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Senarai Kandungan
    Senarai Kandungan
    Dokumen1 halaman
    Senarai Kandungan
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Topik 5
    Topik 5
    Dokumen1 halaman
    Topik 5
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Topik 4
    Topik 4
    Dokumen2 halaman
    Topik 4
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Ucapan Aluan GB PK
    Ucapan Aluan GB PK
    Dokumen2 halaman
    Ucapan Aluan GB PK
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Sijil Watikah Pelantikan
    Sijil Watikah Pelantikan
    Dokumen2 halaman
    Sijil Watikah Pelantikan
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat
  • Topik 2
    Topik 2
    Dokumen1 halaman
    Topik 2
    SITI NORLINA BINTI MOHAMD SALEH Moe
    Belum ada peringkat