Anda di halaman 1dari 2

Topik 4

Tekanan Darah Tinggi hanya


terjadi pada warga emas?
pharmacy

Pertubuhan Kesihatan Dunia menganggarkan 11.3 ratus juta orang menghadapi masalah tekanan darah tinggi. Di
Malaysia, didapati satu orang dari sepuluh orang dewasa menghadapi masalah tekanan darah tinggi. Darah tinggi
adalah penyakit kronik yang akan meningkatkan risiko masalah sakit jantung, otak, buah pinggang dan lain-lain.

Tekanan darah ada 2 nilai yang perlu dibaca, iaitu bacaan “sistolik” dan “diastolik”. Secara amnya, apabila jantung
mengepam darah keluar ianya sistolik, dan apabila jantung berehat antara degupan ianya dinamakan diastolik.
Kedua-dua bacaan biasa akan dipaparkan di mesin pemantauan tekanan darah. Bacaan sistolik adalah bacaan di
atas manakala diastolik adalah bacaan di bawah.

Kategori Tekanan Sistolik Diastolik


Darah mm Hg (atas) mm Hg (bawah)

Normal < 120 & < 80

Prehypertension 120 - 139 / 80 - 89 HIGH


Hypertensi Tahap 1 140 - 159 / 90 - 99

Hypertensi Tahap 1 > 160 > 100

Krisis Hipertensi > 180 > 110

Darah tinggi adalah pembunuh senyap. Kebanyakan orang tidak sedar bahawa sendiri sedang mengala-
mi darah tinggi, terutamanya orang muda. Jika didapati mengalami sakit kepala yang kerap, penglihatan
terjejas, bunyi berdengung di telinga ,keletihan berpanjangan, sakit dada, bahu dan leher, anda perlu
mengunjungi doktor atau ahli farmasi.

Sakit dada
Penyakit jantung
Denyutan jantung tidak teratur
Saluran darah retak atau sesak
Kerosakan buah pinggang
Topik 4

Pesanan daripada kami bagi pesakit yang berisiko ataupun


mengalami tekanan darah tinggi:
Berhenti merokok.
pharmacy
Mengurangkan makan makanan yang diproses
Mengawal emosi sendiri. Digalakkan sentiasa bersenam.
Jika ahli keluarga yang berdengkur dengan suara yang amat kuat, mesti mengambil perhatian. Ini
kerana kalau pernafasan tidur berhenti, oksigen badan akan dikurangkan dan badan akan bertindak
dengan meningkatkan tekanan darah.
Mengelakkan makanan berminyak dan berlemak.

Untuk pengetahuan semua, makanan di bawah tidak berasa


masin tetapi mangandungi sodium yang sangat tinggi !

Roti
Garam biasanya ditambahkan dalam adunan tepung roti dalam proses,
roti manis juga ada garam

Minuman isotonik / Minuman untuk tenaga


banyak minumna isotonik telah dicampur dengan garam secara tambahan

Sup/Sos
banyak orang suka minum sup dan memasukkan pelbagai sos dalam makanan.
Kedua-dua sos dan sup mempunyai kandungan garam yang tinggi juga.

Jeli

Anda mungkin juga menyukai