Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS CERAMAH MOTIVASI DAN PENETAPAN TARGET CALON

SPM TAHUN 2023 PERINGKAT SMK PADUKA TUAN

1. LAGU Hadirin,
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, dan Lagu Negaraku
dengan iringan muzik. Untuk itu, semua hadirin dipersilakan berdiri.

Lagu Bangsa Johor


Lagu Negaraku

2. IKRAR RUKUN Seterusnya adalah upacara bacaan ikrar Rukun Negara. Untuk itu, pihak
NEGARA majlis mempersilakan Saudara Muhammad Aiman ilias Bin Abdullah
untuk mengetuai bacaan ikrar rukun negara. Dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih. Semua hadirin dipersilakan


duduk.

3. KATA-KATA Assalamualaikum warahmatullah hi wabaraktuh dan salam sejahtera…


ALUAN PENGERUSI
MAJLIS Yang berusaha,
Cikgu Shafee Bin Abdul Hamid,
Pengetua SMK Paduka Tuan.

Yang dihormati,
Cikgu Hj. Mohamad Aris Bin Muhamad Dol
(Penolong Kanan SMK Paduka Tuan)

Cikgu Siti Suhaila Binti Muhammad,


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru, para ibu bapa, serta tidak lupa
calon-calon SPM tahun 2023 yang kasihi sekalian.

4. KATA-KATA Kuntum Melati tumbuh melata


ALUAN PENGERUSI Burung merbah di pohon cemara
MAJLIS Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua.

Syukur kita ke hadrat Illahi kerana dangan izin dan rahmat Nya, kita sama-
sama dapat berkumpul pada pagi yang begitu indah ini dalam menjayakan
salah satu agenda dalam takwim sekolah iaitu “Program Penetapan target
calon-calon SPM SMK Paduka Tuan tahun 2023”.

Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan penjaga
serta semua pelajar tingkatan 5 SMK Paduka Tuan ke majlis pada hari ini.
Semoga dengan berkat kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke program kita
pada pagi ini akan menambahkan lagi semangat dan keazaman bagi seluruh
pelajar tingkatan 5 tahun 2023 untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan
SPM 2023 yang akan dihadapi bermula hujung bulan 1 tahun 2023. Untuk
pengetahuan ibu bapa dan penjaga sekalian, program yang dijalankan pada
pagi ini merupakan salah satu program kecemerlangan SPM yang dirangka
bagi memastikan peningkatan prestasi pelajar-pelajar tingkatan 5 dalam
peperiksaan SPM kelak.
5. BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Cikgu Masor Bin Aripin.Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

DOA

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Cikgu Masor Bin Aripin atas bacaan atas bacaan doa itu tadi.

6. CERAMAH Hadirin sekalian,


MOTIVASI
Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, pihak majlis dengan suka
citanya mempersilakan Saudara Tan Chin Wei, merupakan seorang
alumni SMK Paduka Tuan juga bakal seorang guru kaunseling yang sedang
belajar di …………………… ………………………………………………
ke hadapan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pada pagi ini. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

CERAMAH KEIBUBAPAAN

Begitulah tadi berakhirnya perkongsian motivasi yang telah disampaikan


oleh Saudara Tan Chin wei. Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada Saudara Tan Chin Wei atas kesudian menyampaikan ceramah
tersebut. Semoga kita semua memperoleh manfaat dan pedoman daripada
ceramah yang disampaikan tadi dalam mendidik hati dan menjadikan kita
sebagai insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

7. PENYAMPAIAN Sidang hadirin sekalian,


CENDERAHATI
PENCERAMAH
Atur cara seterusnya adalah penyampaian cenderahati kepada penceramah
kita pada hari ini sebagai tanda kenangan sekalung budi seutai kasih
daripada warga SMK Paduka Tuan. Untuk menyempurnakan majlis, Pihak
majlis mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Shafee Bin Abdul Hamid,
Pengetua SMK Paduka Tuan ke hadapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan Saudara Tan Chin Wei ke hadapan untuk menerima


cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Shafee Bin Abdul Hamid atas
kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

8. UCAPAN WAKIL Hadirin yang dihormati sekalian,


PELAJAR
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar-pelajar
Tingkatan 5, calon-calon SPM 2023. Untuk itu, pihak majlis mempersilakan
Saudari Nurhumairah Binti Hassan. Dipersilakan.

UCAPAN PELAJAR.
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudari Nurhumairah Binti
Hassan atas ucapan mewakili para pelajar Tingkatan 5 SEPADU sekalian.

9. UCAPAN Baiklah hadirin sekalian,


PENGETUA
Agenda majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada Cikgu
Shafee Bin Abdul Hamid, Pengetua SMK Paduka Tuan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

PEMBENTANGAN SLAID

Begitulah berakhirnya ucapan yang begitu padat berinformasi berinformasi


buat renungan dan panduan kita semua kita semua. Jutaan terima kasih
terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian
menyampaikan ucapan.

10. PENYAMPAIA Hadirin dan hadirat, para ibu bapa sekalian,


N HADIAH
Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah.
Untuk menyempurnakan majlis, pihak majlis mempersilakan Cikgu Hj.
Mohamad Aris Bin Muhamad Dol, Penolong Kanan SMK paduka Tuan ke
hadapan pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH (IKUT lampiran)


1. CEMERLANG IKUT MP
2. CEMERLANG KEDUDUKAN 1,2,3 MENGIKUT KELAS

Seterusnya, saya akan umumkan senarai calon-calon perfect score SPM


tahun 2023. Mohon calon-calon yang telah diumumkan untuk hadir ke
hadapan bagi menerima sijil daripada pihak sekolah.

Untuk menyempurnakan majlis, pihak majlis mempersilakan Cikgu Shafee


Bin Abdul Hamid, Pengetua SMK Paduka Tuan untuk tampil ke hadapan
pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Baiklah, berikut adalah calon-calon perfect score SMK Paduka Tuan 2023.
(RUJUK LAMPIRAN)

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Shafee Bin
Abdul Hamid atas kesudian menyampaikan semua hadiah sebentar tadi.

11. UPACARA Baiklah hadirin sekalian,


TANDA TANGAN
AKUJANJI Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu UPACARA AKUJANJI
CALON-CALON SPM TAHUN 2023. Untuk itu, pihak majlis
mempersilakan semua pelajar untuk menandatangani Kad Potensi Diri
masing-masing dan diserahkan kepada ketua kelas masing-masing. Sebagai
makluman para ibu bapa dan penjaga, Kad potensi Diri ini merupakan satu
bentuk dokumen yang wajib calon-calon SPM lengkapkan dengan sasaran
SPM mereka bagi setiap mata pelajaran. Oleh itu, calon-calon SPM dapat
merancang, memperbaiki kelemahan dan meningkatkan usaha masing-
masing untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

***KALAU SEMUA KAD DAH DIKUMPULKAN OLEH SHAH


JEHAN…
Seterusnya, pihak majlis mempersilakan Cikgu Shafee Bin Abdul Hamid,
pengetua SMK Paduka Tuan ke hadapan untuk menerima kesemua kad
potensi diri calon-calon SPM 2023 untuk ditandatangani. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Saudari Nurhumairah Binti Hassan, wakil calon-calon SPM


untuk menyerahkan kesemua kad potensi diri calon-calon SPM 2023.
Dipersilakan.

12. BACAAN Hadirin dan hadirat sekalian,


IKRAR AKU JANJI
SPM Agenda majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan sesi bacaan ikrar calon-
calon SPM 2023. Untuk itu, pihak majlis mempersilakan Saudara See Hao
Yang untuk mengetuai sesi bacaan ikrar. Dipersilakan..

Dipersilakan semua calon SPM 2023 berdiri untuk menyempurnakan sesi


bacaan ikrar. Dipersilakan.

BACAAN IKRAR

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua calon-calon


SPM 2023 atas kesudian menyempurnakan upacara bacaan ikrar sebentar
tadi. Semua calon SPM dipersilakan duduk.

Sebagai makluman para hadirin,

Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog para waris bersama
para guru. Sesi dialog ini akan berlangsung di kaunter kelas anak tuan-tuan
di Dewan Terbuka B bersebelahan kantin sekolah. Dalam sesi ini, tuan-tuan
akan mendapat keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan slip PBD
anak tuan-tuan dan puan-puan bagi tahun 2023. Selepas itu, tuan-tuan dan
puan-puan boleh berbincang tentang prestasi anak tuan-tuan dengan guru
kelas anak tuan-tuan. Sebarang cadangan dan pandangan para waris
penjaga amat dialu-alukan untuk kebaikan bersama, demi kepentingan
anak-anak pelajar kita sebagai satu usaha ke arah peningkatan pencapaian
mereka menjelang SPM pada tahun ini. InsyaAllah..

13. PENUTUP Baiklah hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya upacara bacaan ikrar sebentar tadi, maka berakhirlah


majlis PENETAPAN TARGET CALON SPM SMK PADUKA TUAN
TAHUN 2023 pada pagi ini. Pihak majlis merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya mewakili
seluruh warga SEPADU memohon maaf atas segala kekurangan dan
kesilapan sepanjang menjayakan majlis ini.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Buah selasih buah kelubi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

Saya akhiri majlis ini dengan kata-kata berikut khas buat calon-calon SPM
2023..
.."kegagalan hari ini bererti pendorong, kejayaan semalam bukan
bererti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi
bintang di langit dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput
di bumi”

Sekian, wabillahitaufiqwahidayahwassalamualaikum w.r..t

Anda mungkin juga menyukai