Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SETIAWANGSA

54200 KUALA LUMPUR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGARSI


KELAS PENDIDKAN KHAS PEMBELAJARAN

kertas kerja

PROGRAM SOKONGAN BOLING WANGSA BOWL, WANGSA WALK

DISEDIAKAN OLEH :
SARAH BINTI IBRAHIM
SETIAUSAHA TERAPI BOLING
KERTAS KERJA
TERAPI BOLING 2020

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI), Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran di SMK


Taman Setiawangsa telah ditubuhkan pada tahun 1998. Program ini terdiri daripada
seorang penolong kanan pendidikan khas, 13 orang guru, 3 orang PPM dan 47 orang murid.
Terdapat pelbagai kategori murid ini, antaranya bermasalah pembelajaran, sindrom down,
perkembangan lewat, hiperaktif, masalah komunikasi dan autism. Berdasarkan
kepelbagaian kategori murid ini, aktiviti terapi menjadi sebahagian dari proses pengajaran
dan pembelajaran. Tujuan program ini diperkenalkan adalah untuk meningkatkan
kemahiran dan kebolehan murid di dalam proses sosialisasi ke peringkat yang lebih
maksimum. Terapi boling ini dipilih bagi melatih dan mendidik murid supaya boleh
berdikari dan menyerlahkan potensi diri masing-masing serta dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

Program sokongan boling ini diperkenalkan sebagai memenuhi pendekatan kokurikulum


yang bersifat di luar bilik darjah. Melalui aktiviti yang dijalankan diharapkan murid dapat
membentuk konsep kendiri yang positif dan menambah pengalaman melalui aktiviti
boling.

3.0 PROGRAM SOKONGAN

Aktiviti boling menjadi pilihan bagi program PPKI kerana aktiviti boling ini dapat memberi
faedah yang maksimum dalam perubahan diri murid khas. Terapi boling boleh
meningkatkan tahap meningkatkan tahap bersosialisasi di kalangan murid kerana ianya
dijalankan di tempat awam. Selain daripada itu terapi boling ini dapat memberi
keseronokkan dan mengurangkan sifat malu serta mempelajari teknik permainan yang
betul mengikut tahap kebolehan diri masing-masing.
4.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif yang ingin dicapai dalam program yang akan dijalankan ini ialah murid :-
4.1 dapat meningkatkan keyakinan diri.
4.2 melibat diri dalam aktiviti luar bilik darjah.
4.3 berasa seronok dan mendapat pengalaman baru.
4.4 dapat berdikari dan meningkatkan nilai modal insan.
4.5 bersosialisasi dengan masyarakat dan persekitaran luar.

5.0 STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM SOKONGAN

Penasihat Puan Rosmawati binti Abdullah


(Pengetua)
Pengerusi Cik Hajah Zaleha binti Zainal
(Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Setiausaha Terapi Puan Sarah binti Ibrahim
Bendahari Puan Nurain binti Abd.Rahman
Pengangkutan Encik Nor Asri bin Jaafar
Keselamatan Puan Fazilah binti Idris
Puan Rathma binti Rafie
Puan Noorasmah binti Karim
Kebajikan Puan Rosfazilah binti Harun
Puan Nor Hafiza binti Ismail
Puan Nur Ain binti Ahmad Yusri
Encik Muhammad Aziem bin Abd Razak
Disiplin Puan Aziyah binti Saidina Othman
Puan Khadijah binti Noor
Puan Roscida binti Mat Z
Puan Kang Kim Nee
Puan Mahimah binti Abdullah
Cik Nur Amalina binti Baharuddin
6.0 JADUAL TERAPI BOLING

Tempat : Wangsa Bowl, Wangsa Walk,


Jalan Wangsa Delima 11,
53300 Wangsa Maju,
Kuala Lumpur
Masa : 9.30 pagi – 1.00 tengahari
Tarikh : 27 Februari 2020 (Khamis)
31 Mac 2020 (Selasa)
14 April 2020 (Selasas)
14 Julai 2020 (Selasa)
15 September (Selasa)

7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung agar aktiviti terapi boling ini dapat dijalankan
sebagaimana yang telah dirancang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(SARAH BIN IBRAHIM)


Setiausaha Terapi Boling
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Taman Setiawangsa

Disahkan oleh,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN SETIAWANGSA
54200 KUALA LUMPUR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM SOKONGAN BOLING


2020

TEMPAT : Wangsa Bowl, Wangsa Walk


MASA : 10.00 pagi – 1.00 tengahari

A. KOS PENGANGKUTAN

BIL TARIKH KOS PENGANGKUTAN


1 27 Februari 2020 (Khamis) RM300
2 31 Mac 2020 (Selasa) RM300
3 14 April 2020 (Selasas) RM300
4 14 Julai 2020 (Selasa) RM300
5 15 September (Selasa) RM300
JUMLAH RM1500

B. KOS T’SHIRT LAWATAN

RM30 X 46 ORANG = RM1380

C. JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

A + B = RM2 880

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Anda mungkin juga menyukai