Anda di halaman 1dari 6

Kata Nama

1. Pada cuti sekolah yang akan dating, ayah akan membawa kami sekeluarga berkelah di tepi
________________.
A. rumah B. khemah C. pantai D. kedai

2. Ayah mencari maklumat tentang lokasi perkhemahan melalui Internet dengan menggunakan
________________ ribanya.
A. radio B. telefon C. komputer D. televisyen

3. Puan Samah telah menghadiahi anak perempuannya seutas ________________ bersempena dengan
hari jadinya yang ke-10.
A. rantai B. cincin C. kasut D. baju

4. Pada masa lapang, Hanif dan Aina gemar menunggang ________________ dengan anak-anak jiran
mereka di taman.
A. bas B. basikal C. kereta D. motosikal

5. Ibu menggunakan ________________ untuk mengacau bubur kacang hijau itu.


A. senduk B. sudip C. camca D. garpu

6. Saya berpeluang menaiki jet ski semasa berkelah di _________________.


A. Taman Tasik Titiwangsa
B. Hutan Lipur Sungai Tua
C. Air Terjun Sungai Gabai
D. Pantai Teluk Kemang

7. Adira membeli sepasang baju kurung moden di _____________ yang terkenal itu.
A. Salon Rambut Maya
B. Butik Khaleeda
C. Kedai Buku Jasmin
D. Kedai Kasut Jaya

8. Pak Belang dan haiwan-haiwan lain telah bersetuju akan cadangan yang diberikan oleh _________
yang bijak itu.
A. Sang Kancil
B. Sang Bedal
C. Pak Belang
D. Penghulu Unggas
Kata Ganti Nama

A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

saya kita kamu mereka

beta kami beliau patik

1. ___________ dan adik berasa sungguh teruja apabila dapat bermain kayak di sungai itu.

2. Walaupun Cikgu Lim agak tegas orangnya, namun ___________ juga seorang guru yang penyayang.

3. “___________ mahu rakyat di negara ini hidup dalam suasana yang aman dan harmoni,” titah
baginda sultan.

4. “Ampun, tuanku. ___________ berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi,” kata Hang Daud
kepada Sultan.

5. “Rizaldan Alif ada di kantin. ___________ sedang menunggu kamu di sana,” kata Aiman kepada
Rajesh.

6. “Tahniah, Arif! ___________ amat berbangga akan kamu kerana memenangi pertandingan pidato
itu,” kata Ali dan Abu.

7. “Saya akan bantu ___________ menyelesaikan soalan Matematik ini,” kata Susan kepada Henry
yang tidak dapat menjawab soalan Matematik itu。

8. “___________ haruslah berlatih dengan bersungguh-sungguh agar dapat memenangi perlawanan


bola baling ini,” kata ketua pasukan bola baling itu.

B. Tulis “Betul” dan “Salah” pada ruang yang disediakan bagi penggunaan perkataan yang bergaris
dalam ayat-ayat di bawah.

1. “Ini Azlan. Dia baru sahaja berpindah ke kampung ini,” kata Susan kepada Min.

2. “Hamba akan menyertai lawatan sambil belajar itu,” kata Henry kepada John.

3. “Ibu harap ia akan belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan yang
cerah,” kata Puan Alisya kepada anak-anaknya.

4. “Tuanku akan berangkat ke Singapura esok pagi,” kata Datuk Bendahara.

5. “Mereka sedang menjalani latihan bola sepak di padang, cikgu,” kata Alan
kepada Cikgu Lim.
Penjodoh Bilangan
1. Henry dan John sedang menampal tiga _______________ poster pada papan kenyataan di sudut
bacaan di kelas mereka.

2. Ecik Samsul membeli beberapa _______________ epal dan oren untuk membuat jus buah-buahan.

3. Di atas rak buku itu, terdapat tiga _______________ ensiklopedia yang baru dibeli oleh abang.

4. Ruang tamu rumah Puan Janet dihiasi dengan beberapa _______________ bunga mawar yang
segar dan cantik.

5. Alan dan kawan-kawannya perlu menyusuri se_______________ anak sungai untuk tiba di tapak
perkhemahan itu.

6. Terdapat beberapa _______________ cendawan tumbuh pada batang pokok yang telah reput itu.

7. Dennis meminta ibu membelikannya se _______________ pensel warna yang baharu.

8. Mereka sekeluarga sedang memberikan makanan kepada lima _______________ rusa yang
bergerak bebas di taman itu.

9. Isaac dapat melihat beberapa _______________ rumah tradisional Melayu semasa melawat ke
Makam Mahsuri di Pulau Langkawi.

10. Saya membantu ibu menyediakan beberapa _______________ nasi lemak sebagai bekalan untuk
berkelah.

11. Alice teruja apabila dapat melihat se_______________ burung bangau di kawasan sawah padi
yang terbentang luas itu.

12. Ayah membelek-belek se_______________ keris yang unik buatannya itu semasa berkunjung ke
bengkel pembuatan keris.

13. Jenny membeli se_______________ kasut sukan di pusat beli-belah.

14. Datuk membakar beberapa _______________ arang sehingga menjadi bara sebelum memanggang
ikan dan ayam itu.

15. Puan Karen menghidangkan beberapa _______________ kuih kaswi dan seri muka kepadapara
tetamunya.

16. Pak Long Hassan membawa pulang se_______________ pisang emas yang sudah masak dari
kebunnya.

17. Bapa saya membeli dua _______________ anggur dari gerai buah-buahan.
Kata Kerja Aktif

membasuh menjaga menyiapkan memotong


membersihkan mengumpulkan menyertai membalut
menyemak membekalkan menganjurkan menyapu
bertemu berpesan menyusun

1. “Saya sudah ___________________ buku-buku itu dengan pembalut plastik,” kata Alia kepada
kakaknya.

2. Ibu selalu ___________________ kepada kami supaya rajin membaca agar menjadi orang yang
berilmu.

3. Kami sudah ___________________ bahan-bahan untuk kerja folio Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan.

4. Beberapa buah sekolah ___________________ Kempen Tandas Bersih itu.

5. Anisa dan keluarganya ___________________ dengan jiran lama mereka semasa bercuti di
Sabah baru-baru ini.

6. Saya sudah ___________________ senarai nama peserta yang akan mengikuti program khidmat
masyarakat itu.

7. Kita haruslah ___________________ mangkuk tandas selepas menggunakannya.

8. Persatuan Penduduk Taman Bahagia telah ___________________ bekalan makanan kepada


mangsa banjir kilat itu.

9. Kakak ___________________ kuku adik yang Panjang itu dengan menggunakan pengetip kuku.

10. “Saya sudah ___________________ sayur-sayuran di dalam bakul itu dengan air bersih,” kata
Nadia kepada ibunya.

11. Ibu sedang ___________________ antiseptik pada luka di lengan Amsyar akibat terjatuh ketika
bermain bola.

12. Sebelum keluar bermain, Azrin akan ___________________ kerja sekolah yang diberikan oleh
gurunya terlebih dahulu.

13. Kita hendaklah ___________________ kesihatan dengan mengambil makanan yang seimbang dan
berkhasiat.

14. Kelab Kebajikan sekolah akan ___________________ program amal bersama anak-anak yatim.

15. Suzana sedang ___________________ buku-buku cerita itu di rak buku.


Kata Kerja Pasif

A. Tukarkan kata kerja aktif di bawah kepada kata kerja pasif. Kemudian, isikan di tempat kosong.

mematuhi menghantar memasukkan mengundang membaiki


melupakan menganjurkan menanam mengarang memasak
mengirim menguli menampal menganyam membancuh

1. Aktiviti-aktiviti yang ___________________ oleh Persatuan Pengakap ialah bergotong-royong


dan berkhemah.

2. Adunan kek mentega itu ___________________ oleh ibu dengan menggunakaan tangan sehingga
lembut.

3. Kotak-kotak itu telah kami ___________________ ke dalam but kereta Cikgu Norlia.

4. “E-mel itu sudah saya ___________________ kepada Ahmad malam tadi,” kata Sarah.

5. Pokok bunga di taman sains itu ___________________ oleh anggota Kelab Prihatin sekolah.

6. “Air bandung yang enak ini ___________________ oleh kakak saya,” kata Amira kepada
rakannya.

7. Poster Gaya Hidup Sihat itu ___________________ oleh Amin pada papan kenyataan di belakang
kelas.

8. Jasa dan pengorbanan guru tidak akan saya ___________________ sepanjang hayat.

9. Kerusi dan meja yang rosak itu sedang ___________________ oleh anggota Persatuan Pengakap.

10. Peraturan perpustakaan haruslah ___________________ oleh murid-murid.

11. Makanan dan bahan bacaan ini akan kami ___________________ ke rumah anak yatim itu.

12. Pengarah Pendidikan Negeri telah ___________________ oleh pihak sekolah untuk merasmikan
Program Masyarakat Penyayang.

13. Sajak yang bertajuk “Tanah Airku” ini ___________________ oleh Suhaila bersempena dengan
sambutan Bulan Kemerdekaan.

14. Rendang ayam kampung dan ikan tilapia bakar yang sungguh enak ini ___________________ oleh
nenek saya.

15. Bakul rotan ini ___________________ oleh Pak Cik Bakri dengan teliti sekali.

Anda mungkin juga menyukai

  • 4 April
    4 April
    Dokumen5 halaman
    4 April
    CYNTHIA TING XING ROU Moe
    Belum ada peringkat
  • 1 Sept
    1 Sept
    Dokumen5 halaman
    1 Sept
    CYNTHIA TING XING ROU Moe
    Belum ada peringkat
  • Permainan Tradisioanl Seperti Congkak
    Permainan Tradisioanl Seperti Congkak
    Dokumen2 halaman
    Permainan Tradisioanl Seperti Congkak
    CYNTHIA TING XING ROU Moe
    Belum ada peringkat
  • Ciri-Ciri Murid Yang Cemerlang
    Ciri-Ciri Murid Yang Cemerlang
    Dokumen1 halaman
    Ciri-Ciri Murid Yang Cemerlang
    CYNTHIA TING XING ROU Moe
    Belum ada peringkat
  • BM28 Sept
    BM28 Sept
    Dokumen7 halaman
    BM28 Sept
    CYNTHIA TING XING ROU Moe
    Belum ada peringkat
  • Pemahaman 24nov
    Pemahaman 24nov
    Dokumen11 halaman
    Pemahaman 24nov
    CYNTHIA TING XING ROU Moe
    Belum ada peringkat
  • Pendana Wancana 2
    Pendana Wancana 2
    Dokumen4 halaman
    Pendana Wancana 2
    CYNTHIA TING XING ROU Moe
    Belum ada peringkat
  • Pendana Wancana
    Pendana Wancana
    Dokumen6 halaman
    Pendana Wancana
    CYNTHIA TING XING ROU Moe
    Belum ada peringkat
  • BM Tahun 5
    BM Tahun 5
    Dokumen7 halaman
    BM Tahun 5
    CYNTHIA TING XING ROU Moe
    Belum ada peringkat
  • Kata Ganda Seluruh
    Kata Ganda Seluruh
    Dokumen4 halaman
    Kata Ganda Seluruh
    CYNTHIA TING XING ROU Moe
    Belum ada peringkat