Anda di halaman 1dari 7

1

BIL PERKARA CATATAN

Tuan Guru Besar, izinkan saya memulakan majlis….

Guru-guru dipersilakan untuk mengambil tempat..

Murid-murid yang dikasihi sekalian, berikan tepukan


gemuruh buat guru-guru SK LKTP LEPAR HILIR 1
( boleh kita ulang sekali lagi?..)

Baik, sekarang kita akan sama – sama menyanyikan 2 buah


lagu.. iaitu

Lagu Negaraku dan


Lagu Negeri Pahang

Mohon semua berdiri..

Terima kasih atas nyanyian 2 buah lagu sebentar tadi.


Hadirin semua dipersilakan duduk.

Solutasi ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT


TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN
SAMA KATA SAMA SEPAKAT
HARI GURU MARI RAIKAN.

JALAN KE DARAT BERPILIN-PILIN


CUACA REDUP MENAWAN DUKA
GURU IBARAT CAHAYA LILIN
MENYULUH HIDUP TIAP KETIKA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬


‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Yang Dihormati En. Zainurin bin Zaharin,


Guru Besar SK LKTP Lepar Hilir 1,
Barisan Guru Penolong Kanan,
AJK-AJK Kelab guru dan kakitangan,,guru-guru, dan murid-
murid yang dikasihi sekalian.
2

ALUAN MC Alhamdulillah, marilah kita sama-sama


memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan
luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama-sama berkumpul PADA PAGI YANG INDAH
INI BAGI MERAIKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI
GURU peringkat sekolah
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,TEMA HARI
GURU PADA TAHUN 2022 INI IALAH GURU,
TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA.

HADIRIN-HADIRAT YANG DIHORMATI


SEKALIAN,
SAMBUTAN HARI GURU MERUPAKAN SATU
PENGIKTIRAFAN BUAT INSAN YANG
BERGELAR
“GURU”
. SEMOGA DENGAN PENGIKTIRAFAN INI,
DAPAT MENYEMARAKKAN LAGI USAHA
DALAM MENJANA DAN MENGANGKAT
MARTABAT PROFESION KEGURUAN SEBAGAI
PROFESION YANG DIPANDANG TINGGI
SEMURNI TUGAS SEORANG GURU.

Bacaan Doa Hadirin sekelian,

Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis


mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Jamil Sobri bin
Mohd Zain untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


ustaz jamil Sobri atas pimpinan doa itu tadi.

Semoga majlis kita sentiasa di rahmati Allah


hingga ke penghujungnya.
3

Hadirin yang dihormati sekalian.


Sesungguhnya guru merupakan tunjang
terpenting dalam sistem pendidikan
negara.Peranan dan kefungsian guru bukan
sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru
juga memastikan murid yang lahir daripada sistem
pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya
saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik
yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.
Semoga anak-anak didik SK LKTP Lepar Hilir 1
dapat menghargai, menghormati dan menyayangi
guru-guru yang telah menabur bakti demi
kemenjadian murid-murid menjadi insan yang
cemerlang, bukan sahaja cemerlang di dunia
malah cemerlang di akhirat.

Hadirin sekalian, bagi meneruskan majlis kita


Ucapan dengarkan ucapan daripada wakil murid…
Wakil murid Dipersilakan Muhammad Aqid Syahmi bin Shaharil
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan…

******** UCAPAN WAKIL MURID*********************


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
adik Muhammad Aqid Syahmi.

Seterusnya, bacaan perutusan Ketua Pengarah


Perutusan Pendidikan yang akan disampaikan oleh En.
Ketua Salman bin Jusoh selaku Guru Penolong Kanan
Pengarah Kurikulum SK LKTP Lepar Hilir 1.
(Ust Salman) Dengan hormatnya dipersilakan..

**********PERUTUSAN KETUA PENGARAH********


Terima kasih diucapkan kepada En. Salman atas
bacaan perutusan ketua Pengarah Pendidikan
sebentar tadi.

Seterusnya, untuk tidak melengahkan masa ,


marilah sama-sama kita mendengar ucapan dan
Ucapan GB amanat daripada En. Zainurin bin Zaharin,
& perutusan selaku guru besar SK (LKTP) Lepar Hilir 1 dan
Menteri seterusnya akan membacakan perutusan Menteri
Kanan Kanan Pendidikan Malaysia.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

**************UCAPAN GB*************
4

Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan


Guru Besar atas ucapan dan bacaan perutusan
sebentar tadi.

Seterusnya, kita akan mendengar lafaz ikrar dan


nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia oleh guru-guru
SK LKTP Lepar Hilir 1 sesi 2022/2023

Dengan ini dipersilakan En. Mohd Noor


Guru Penolong kanan Kokurikulum untuk
memimpin bacaan ikrar.
Dipersilakan..

#############IKRAR dan
LAGU#############

Hadiri dan hadirat sekalian,


Majlis sesi pagi pada hari ini, akan berakhir
dengan sesi bergambar sebentar lagi, dan akan
disusuli seterusnya oleh acara sukaneka guru dan
AKP.
Persembahan
murid Sebelum majlis berakhir, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan daripada adik Nur
Shahirah Ameena bt Shurdi dari kelas 6 Inovasi.
Dengan lagu TERIMA KASIH GURU..
Terimalah….Adik Nur Shahirah
Dipersilakan..

Dengan lagu tersebut, maka berakhirlah majlis kita


pada sesi pagi ini.. dijemput guru-guru untuk
mengambil tempat bagi sesi fotografi.
Dipersilakan.

## murid-murid yang ingin memberikan hadiah


kepada guru-guru..boleh berbuat demikan selepas
ini atau sewaktu rehat nanti.
5

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Penutup
Kita akan mulakan majlis bagi sesi seterusnya
sebentar lagi..mohon semua mengambil tempat ..

#bagi murid yang masih ada hadiah yang belum


disampaikan boleh memberikannya kepada guru
yang berkenaan.

Berkebaya batik berwarna merah


Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian hadiah
Penerima teruja menunggu giliran

Ikan Sembilang, sepat dan kelah


Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda cergas sentiasa beruntung

Dengan ini, dipersilakan En Zainurin bin zaharin


Guru Besar SK LKTP Lepar HIlir 1 untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang
acara sukaneka guru dan AKP yang telah
berlangsung pada pagi tadi.

Dipersilakan

Tempat ke….. untuk tampil menerima hadiah..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Tuan Guru Besar atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.
Tahniah diucapkan kepada semua guru dan AKP
yang telah mendapat tempat dan memberikan
komitmen penyertaan dalam acara sukaneka yang
telah dipertandingkan.

Seterusnya, majlis tidak akan berseri tanpa sebuah


persembahan , dengan ini dipersilakan murid dari 6
inovatif untuk naik ke pentas bagi menyampaikan
syair sempena sambutan hari guru peringkat
6

sekolah.
Dipersilakan..

Begitulah persembahan syair dari 6 Inovatif.


Semoga hadirin terhibur di hati.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya tibalah saat yang ditunggu-tunggu.


Sesi pertukaran hadiah oleh guru-guru dan AKP.
Bagi memulakan sesi ini dipersilakan Tuan Guru
besar untuk mempersilakan penerima hadiah yang
akan menerima hadiah daripada Tuan guru besar.
Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada semua..


seterusnya
Penyampaian hadiah guru dan AKP dari Kelab Guru
dan kakitangan.
Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah ini,
dipersilakan Pengerusi Kelab Guru mengiringi
En. Zainurin bin Zaharin untuk menyampaikan
hadiah. Dipersilakan..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadiri sekelian,

Pada hari ini juga kita mengambil peluang untuk


mengucapkan salam perpisahan kepada Cikgu
Nakhaei yang baru sahaja telah bertukar daripada
SK Lepar Hilir 1 .
Dengan ini dipersilakan , cg Nakhaei untuk
menyampaikan ucapan . Dipersilakan..

Seterusnya sebagai tanda mata daripada SK Lepar


HIlir 1, terimalah hadiah daripada Kelab guru dan
kakitangan.
7

Dari mana asalnya, usah diusul


penutup Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili AJK Kelab Guru dan kakitangan SK


Lepar Hilir 1, merakamkan penghargaan terima
kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis
pada hari ini.

Dengan ini, Wabillahitaufik wal hidayah


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai