Anda di halaman 1dari 1

GAMBUS

Gambus atau qanbūs (Arab: ‫القنبوس‬ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal
dari Yaman dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang
dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Indonesia, Brunei,
Malaysia, dan Singapura. Sachs berpendapat nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia
lebih mirip oud.[1] Terdapat 12 tali (sekarang nylon) yang dipetik menggunakan plektrum,
seperti gitar. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah
penentu ruang nada pada alat tali). Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa
pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yemen. Bermula
abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.

Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei, Malaysia, dan
Singapura. Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin,
sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai majoriti
masyarakat Muslim. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di
Zanzibar.

Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang
mempunyai 12 tali.

Anda mungkin juga menyukai