Anda di halaman 1dari 1

ALIYA MAISARA BINTI AZEY AFEROO,

KETUA PASUKAN TEATER SEKOLAH,


SM SAINS TUANKU AISHAH ROHANI,
JALAN TUNGKU KURSHIAH,
70400 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN

UMI KELSOM BT NAYAN,


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
SM SAINS TUANKU AISHAH ROHANI,
JALAN TUNGKU KURSHIAH,
70400 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN 14 SEPTEMBER 2023

Puan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN DEWAN BAGI PERSEMBAHAN MALAM AMBANG 2023

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas saya Aliya Maisara Binti Azey Aferoo
pelajar tingkatan 4 Aishah, Dorm Seri Kayangan 8, ingin memohon kebenaran pihak puan untuk
meggunakan Dewan Sri Kandi untuk membuat latihan teater sejarah bersempena acara Malam
Ambang yang akan berlangsung di Dewan Sri Kandi pada malam 15 September 2023.

2. Di sini saya sertakan masa yang kami perlukan :


1. 8 - 10.50 p.m. (14.09.2023 - Khamis)
2. 3 - 5.30 p.m. (15.09.2023 - Jumaat)

5. Seramai 20 orang pelajar Tingkatan 4 akan terlibat dalam latihan teater ini. Dengan itu, kami
mohon jasa baik pihak puan untuk membenarkan pasukan kami menggunakan masa prep
malam hari Khamis untuk menjalankan aktiviti latihan di dewan.

4. Justeru itu, kebenaran daripada pihak puan untuk menggunakan Dewan Sri Kandi untuk
latihan persembahan Malam Ambang sangat membantu kami membuat persediaan rapi. Untuk
itu, saya dengan rendah diri memohon jasa baik pihak puan untuk meluluskan permohonan ini.

Saya berharap agar puan mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala kerjasama amat
dihargai. Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(ALIYA MAISARA BINTI AZEY AFEROO)

Anda mungkin juga menyukai