Anda di halaman 1dari 1

Kelincahan Arif Aiman Ditagih Untuk Cipta Kejutan

Atasi Kawasaki Frontale


JDT bakal meneruskan aksi kelima mereka dalam saingan AFC Champions League
(ACL) bagi peringkat Kumpulan I hari ini menentang jaguh dari Jepun itu dalam
usaha mereka untuk cuba melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik.

Untuk saingan musim ini, JDT dilihat tampil serba seimbang dan berjaya memberi
persaingan cukup baik untuk merekodkan dua kemenangan serta dua kekalahan di
peringkat kumpulan.

Ulsan Hyundai dan BG Pathum sebelum ini sudah pun menjadi mangsa skuad
kendalian Esteban Solari, dan kini pasukan tersebut cuba menyasarkan Kawasaki
Frontale untuk mencipta kejutan.

Untuk rekod perlawanan lalu, JDT hanya mencatat kekalahan tipis di tangan pasukan
tersebut menerusi keputusan 0-1 ketika aksi berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim
(SSI), Iskandar Puteri.

Hadir dengan status pemain utama mereka yang bebas daripada kecederaan,
beberapa nama pemain JDT dianggap mampu mencipta kejutan untuk mengatasi
tuan rumah.

Arif Aiman Hanapi

Penyerang muda ini seperti diketahui menjadi antara pemain tempatan paling
menyerlah sejak beberapa musim dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menerusi
impak beliau bersama JDT.

Anda mungkin juga menyukai