Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai


Jalan Batai 3, Taman Sri Pulai,
81300 Johor Bahru, Johor Tel: 07-5272214
Faks: 07-5273016
EmeL: jba1135@moe.edu.my

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTSP.600-3/5/32(01)
Tarikh : September 2023

Ibu bapa/Penjaga
Murid SK Taman Sri Pulai

Tuan,

MAKLUMAN JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN SK TAMAN SRI PULAI 2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa latihan rumah sukan bagi pelajar tahun 1 hingga tahun 6 akan dilaksanakan
sempena Kejohanan Olahraga peringkat sekolah yang akan datang. Semua pelajar perlu mengikuti aktiviti
tersebut mengikut rumah sukan masing-masing.

3. Sehubungan itu, anak-anak tuan/puan akan mengikuti latihan rumah sukan bermula pada
Ahad 24 September 2023. Butiran jadual aktiviti adalah seperti berikut:

Aliran yang terlibat Tarikh / Hari Masa


24 September 2023 / Ahad
Tahun 4 dan Tahun 3 27 September 2023 / Rabu
3 Oktober 2023 / Selasa
9 Oktober 2023 / Isnin Sesi Pagi :
25 September 2023 / Isnin 7.20 – 9.20 pagi
Tahun 5 dan Tahun 2 1 Oktober 2023 / Ahad
Sesi Petang :
4 Oktober 2023 / Rabu
3.40 - 6.10
10 Oktober 2023 / Selasa
26 September 2023 / Selasa
Tahun 6 dan Tahun 1 2 Oktober 2023 / Isnin
8 Oktober 2023 / Ahad
11 Oktober 2023 / Rabu

4. Semua pelajar perlu membawa buku mengikut jadual seperti biasa kerana jika keadaan cuaca tidak
mengizinkan, PdPc akan berjalan seperti biasa di dalam kelas.
5. Murid perlu memakai pakaian sukan serta berkasut sekolah seperti biasa dan perlu membawa air
sendiri.

Kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(SUHAIMI BIN SHAARANI @ TAN)


Guru Besar,
SK Taman Sri Pulai.

Anda mungkin juga menyukai