Anda di halaman 1dari 8

Nama Tuan Rumah 1

………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………

Nama Tuan Rumah 2

………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………

Nama Pengantin

………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………

Nama Pengantin 2

………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………

Tarikh

…………………………………………..

…………………………………………..

Tempat

…………………………………………………………………………………

KETIBAAN PENGANTIN

Sirih junjung berhias indah,


Sekacip pinang pembuka kata,
Datang berkunjung ke majlis meriah,
Lembaran sejarah kini bermula.

Dengan ini majlis mengumumkan ketibaan pasangan raja sehari

…………………………………………………………………………............

Anak cina memasang lukah,


Lukah dipasang di Tanjung Selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan pasangan raja sehari menuju


ke pelamin

(Lagu perarakan ………………………………………………………….)

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau dihujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahirahmanirrahim….

Yang dihormati,

…………………………………………………………………………………..
Selaku tuan rumah pada hari ini. Yang diraikan,

…………………………………………………………………………………..
Yang dihormati, ahli keluarga, sanak saudara, teman sekerja, serta rakan-rakan
pasangan raja sehari, hadirin dan hadirat para tetamu yang dirahmati Allah
S.W.t sekalian.

Marilah kita bersama-sama merafa’kan rasa syukur kita kehadrat Allah s.w.t
kerana dengan izinnya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari ini
meraikan detik bersejarah dan saat yang bahagia buat kedua pasangan raja
sehari.

Di dalam dulang berisi sagu,


Sagu dimakan burung merpati,
Jangan bimbang jangan ragu,
Hidup baru kini menanti.

Mawar merah harum mewangi,


Jambangan digubah berseri-seri,
Doa restu kami iringi,
Baik berpakat suami isteri.

Bagi memberkati lagi majlis ini, juga memberkati kedua pasangan raja sehari,
marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa (yang
akan dibacakan oleh)

…………………………………………………………………………………..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada …… di atas bacaan doa itu sebentar
tadi.

Orang membelat di tepi pantai,


Banyak dapat ikan tembakul,
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan harap termakbul.

SALAM RESTU

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan cinta, kerana cinta itu


menjadikan manusia lebih bermakna, bahagia, dan sempurna, apatah lagi
melalui ikatan perkahwinan yang dituntut dalam agama.
Tiup serunai di atas kota,
Uda memetik bunga melati,
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai di dalam hati.

Padang Temu konon namanya,


Tempat kuda berlari-lari,
Sudah bertemu dengan jodohnya,
Bagai cincin lekat dijari.
Demikian gambaran yang dapat diberikan buat pasangan pengantin pada hari
ini

Hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan


acara salam restu kedua pasangan pengantin. Bagi memulakan acara, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan,

1. …………………………………………………………………………

2. …………………………………………………………………………

3. …………………………………………………………………………

4. …………………………………………………………………………

5. …………………………………………………………………………

6. …………………………………………………………………………

7. …………………………………………………………………………

8. …………………………………………………………………………

9. …………………………………………………………………………

10. …………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda dan Bonda, serta sanak saudara
yang sudi naik ke pelamin bagi memberikan restu kepada pasangan raja sehari
pada hari ini. Diharapkan ikatan mereka diberkati Allah dan kekal hingga ke
syurga.

Puteri dibawa ke Gunung Ledang,


Di bawa dengan penuh beradab,
Hidangan istimewa telah terhidang,
Dijemput kedua mempelai bersama bersantap.

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis diteruskan lagi dengan acara makan
beradab. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan pasangan raja sehari
menuju ke meja makan utama. Majlis turut mempersilakan ahli keluarga untuk
bersama-sama ke meja makan utama yang telah disediakan.
POTONG KEK

Makan beradap berakhir sudah,


Kaum keluarga memberi berkah,
Semoga semuanya hidup bertuah,
Akhir hayat baru berpisah.

Bagi hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah
segan untuk sama-sama menikmati juadah yang disediakan. Bagi tetamu yang
baru tiba, kami mengalukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis
bersejarah ini.

Anak cina mengail patin,


Mengail patin di tepi titi,
Senyum terukir pasangan pengantin,
tanda gembira penuh dihati.

Sebagai meraikan pasangan raja sehari dengan rasa cinta dan kasih pada hari
ini, majlis mempersilakan kedua pasangan pengantin untuk keacara memotong
kek. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selawat Taslim

‫* َأللهم َص ِلي وَس ِّلم * وَس ِّلم َو ِز ْد َو َاِدم َو َأْنِعم َو َتَف َّض ُل وباِر ك‬

‫* َجِباَل ِلَك َو َك َم ا ِلَك َعَلى َز ْيِن ِعَباِد َك وَأْش َر ِف ُعَّباِد ك‬

‫* َأْسَعِد الَعَر ِب َو الَعَج م * وِإَم اِم َطْيَبَت واحلرام‬

‫* وًم نَبِع الِعلِم واِحللِم واِحلكَم ِة واِحلَك م‬

‫* َاىِب الَق ا ِس يم * َس ِّيِد نا وَم والنا حممد‬


‫* وسلم وَر ِض َي اُهلل َتَبَر َك وتعلى‬

‫*َعن ُك ِّل الَّص حابة رسول هلل أَمْجعني‬

‫َأَحلمُد هلل رب العاملني ْمَحًد ا ُيَو ايِف ِنعَم ُه َو ُيكافُئ َم ِز يَد ة‬


‫يا َر َّبَنا َلَك اَحلْم ُد َك َم ا ْمَيَبِغي َجِلَالِل َو ْج ِه َك َو َعِظ يِم ُس ْلَطاِنك‬
‫َفَلَك اَحلمُد َقْبَل الِّر َض ا َفَلَك اَحلمُد َبْع َد الِّر َض ا‬
‫َو َلَك اَحلمُد ِإَذا َر ِض يَت َو َفَنْيَنا َداِئًم ا َسْر َم ًد ا ِاىَل َيوِم الِّدين‬

‫اللهم صلي وسلم على سيدنا حممد يف األولني‬


‫وصلي وسلم على سيدنا حممد يف األخرين‬
‫وصلي وسلم على سيدنا حممد يف ُك ِّل َو ْقِت َو ِح ني‬
‫وصلي وسلم على سيدنا حممد يف ا ِإل اِأل ْع َلى ِاىل َيوِم الِّدين‬
‫َمل‬
‫وصلي وسلم على ِمَج يِع اَألنِبياِء َو ا ْر َس ِلني َو على ا ِإَل َك ِة ا َقَّر بني‬
‫ُمل‬ ‫َمل‬ ‫ُمل‬
‫وعلى ِعَباِد َك الَّص احلني‬
Ya Allah di hari yang penuh berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai
tanda kesyukuran kami di atas nikmatmu bersempena dengan majlis
perkahwinan yang diadakan oleh keluarga mempelai dengan selamat
dan sempurna bagi pernikahan Putera & puteri mereka.

‫اللهم يا راحيم يا َو ُدود يا َذالَعْر ِش ا ِج يد َفَّعاُل ِلَم ا ُيِر يد‬


‫َمل‬
Ya Allah Ya Rahman
Semaikanlah di hati kedua pengantin, perasaan kasih sayang, jauhilah
keduanya dari perselisihan dan perasaan benci. Tunjukkanlah kepada
keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur mereka di dalam
kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan
dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduannya persefahaman
dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa
Qana’ah dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah ya Allah
kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah ya
Allah keduanya nikmat yang berkat. Luaskanlah kepadanya pintu
rezeki. Peliharalah keduanya dari fitnah-fitnah hidup.

‫َباَر َك اهلل َلُك َم ا والَبَر َك َعَلْيُك َم ا َو اَجلَم َع َبَنْي ُك َم ا يِف اَخلرْي‬


Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua
pengantin ini serta eratkan hubungan mereka sepertimana telah
engkau hubungkan di antara air dan tanah, dan sepertimana telah
engkau hubungkan di antara Nabi Adam dan Hawa, Nabi Ibrahim dan
Siti Hajar, Nabi Ayub dan Rahmah, Nabi Musa dan Safurah, Nabi
Sulaiman dan Puteri Balqis dan seperti baginda Nabi Muhammad
S.A.W dengan Siti Khadijah dan isteri-isterinya yang mulia. Ya Allah
satukanlah keduanya dalam inayah dan barakahmu.

‫ربنا أتنا يف الدنيا حسنه ويف األخرة حسنه وقنا عذاب النار‬

Anda mungkin juga menyukai