Anda di halaman 1dari 1

َّ ‫الر ْح ٰ َم ِن‬

‫الر ِح ْي ِم‬ َّ ‫هللا‬


ِ ‫بس ِم‬
ْ

َ‫اب ِه َأ ْج َم ِعيْن‬ ْ ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأ‬


ِ ‫ص َح‬ َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َو‬، َ‫ب ال َعا َل ِميْن‬
َّ ‫الصالَة َُوال‬ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
ِّ ‫هلل َر‬

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang
telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di Majlis
Hari Anugerah Cemerlang, Sk Tengku Mahmood Iskandar 2.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada kami hati yang terang dan dada yang lapang. Kau
kurniakanlah kepada kami dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh badan,
kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah kepada kami dengan kejayaan dan
kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam setiap hati murid-murid yang
menerima hadiah kecemerlangan dan penghargaan pada hari ini, dengan rasa kesyukuran dan
kehambaan kepada-Mu Ya Allah.

Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat menjadi dorongan dan
galakkan kepada murid-murid lain, untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di
dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan.

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Jadikanlah majlis kami ini sebagai majlis yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan
kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan juga dari keburukan.

‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي اَألخ َِر ِة َح‬


َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬ َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬

َ‫العالَ ِميْن‬
َ ‫ب‬ ِّ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر‬،‫سلَّ َم‬ َ ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai