Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

KAMPUNG BATU LAUT


42800 Tanjung Sepat, Selangor Darul Ehsan
012-3033371 (Ketua Kampung)
013-2035157 (Setiausaha)
Email:
mpkkbatulaut2018@gmail.com

Tarikh : 27 Oktober 2023

Yang Berhormat Tuan Borhan Bin Aman Shah,


Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tanjong Sepat,
42800 Tanjong Sepat,
Kuala Langat.
Yang Berhormat,

PERMOHONAN PENURAPAN SEMULA JALAN DAN PEMASANGAN LAMPU SOLAR DI LORONG


BERJAYA OFF JALAN RAJA HAJI HUSIN

Merujuk perkara di atas saya selaku Pengerusi MPKK Kampung Batu Laut ingin memohon tentang perkara di atas.
Permasalahan jalan tidak rata dan berlubang di Lorong Berjaya Off Jalan Raja Haji Hussin, Kampung Batu Laut ini
telah berlaku beberapa tahun lamanya dan kerosakan jalan ini bertambah teruk sekiranya tiada penambah baikan
yang dilakukan.

2. Lorong Berjaya, Kampung Batu Laut ini merupakan jalan utama penduduk yang menetap di lorong tersebut
untuk keluar dan masuk kampung dan juga lorong ini menghubungkan Jalan Raja Haji Hussin dan juga Jalan
Sekolah. Kerosakan jalan ini boleh mengancam keselamatan penduduk kampung terutama pada waktu malam
kerana kebanyakan pengguna pengguna jalan tersebut tidak perasan dan tidak nampak akan kerosakan jalan tersebut
yang agak teruk.

3. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan penduduk kampung seperti akan menyebabkan
kerosakan pada tayar kereta dan motorsikal penduduk kampung kerana kerosakan tersebut yang agak teruk.
Keadaan ini akan bertambah teruk ekoran kerosakan ini berlaku di kawasan pertengahan lorong tersebut.

4. Oleh itu, kami berharap agar pihak YB dapat mempertimbangkan permohonan dan permasalahan kami ini
seterusnya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan kadar segera. Kerjasama pihak tuan amat kami
hargai dan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sebarang pertanyan boleh terus hubungi 012-3033371
(Subandi Bin Sangadi – Ketua Kampung Batu Laut), 013-2035157 (Abdul Wafiq Bin Sani – Setiausaha
MPKK)

5. Bersama sama ini disertakan gambar untuk rujukan pihak YB.

Sekian terima kasih,

Yang Benar,

Subandi
……………………………………..
Sangadi
SUBANDI BIN SANGADI,
PENGERUSI MPKK BATU LAUT.

GAMBAR GAMBAR PERMASALAHAN PEMENDAPAN JALAN DI


LORONG BERJAYA OFF JALAN HAJI RAJA HUSSIN, KAMPUNG
BATU LAUT

Anda mungkin juga menyukai