Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KUIZ ATAS TALIAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SERDANG BARU 2
TAHUN 2021

1. Tujuan

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan dan peruntukan kewangan daripada
pihak pentadbiran SJKC Serdang Baru 2 bagi mengadakan Pertandingan Kuiz Atas
Talian Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) yang dianjurkan oleh badan beruniform
Tunas Kadet Remaja Sekolah.

2. Rasional

Pertandingan ini diadakan bagi membina kefahaman dan pengetahuan secara mendalam
kepada murid berkaitan TKRS.

3. Objektif

a. Untuk meningkatkan pengetahuan murid berkaitan badan beruniform TKRS.


b. Untuk menggalakkan murid menanam minat mendalami kemahiran asas dalam
TKRS.

4. Tarikh dan Hari

Tarikh dan hari pelaksanaan pertandingan adalah seperti berikut:

Tahun 4 = 15 September 2021 (Rabu)


Tahun 6 = 22 September 2021 (Rabu)
Tahun 5 = 29 September 2021 (Rabu)

5. Tempat

Pertandingan maya (virtual) dalam talian (online)

6. Anjuran

Badan Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah

7. Penyertaan dan Maklumat Peserta


Semua ahli TKRS Tahun 4, 5 dan 6 SJKC Serdang Baru 2 yang telah berdaftar di bawah
Badan Beruniform TKRS.

Jangkaan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai:

Tahun 4 = ___ orang


Tahun 5 = ___ orang
Tahun 6 = ___ orang

8. Syarat dan Peraturan Pertandingan

a. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Kuiz TKRS Tahun 4,
Kuiz TKRS Tahun 5 dan Kuiz TKRS Tahun 6 yang akan dijalankan secara atas
talian.
b. Semua ahli TKRS yang berdaftar layak untuk menyertai pertandingan ini. Mana-
mana murid yang menyertainya dan namanya tidak ada dalam senarai daftar ahli
TKRS, maka penyertaan murid tersebut akan terbatal secara automatiknya.
c. Pertandingan akan berlangsung selama 25 minit dan mana-mana penyertaan yang
diterima selepas tempoh masa yang diberikan walaupun mendapat markah yang
tinggi tidak akan diterima.

9. Hadiah

Sepuluh peserta yang mendapat markah tertinggi bagi setiap Tahun layak menerima
hadiah.

10. Syor

Yang Berusaha Puan Guru Besar SJKC Serdang Baru (2) adalah dimohon membuat
pertimbangan dan meluluskan penganjuran Pertandingan Kuiz Atas Talian Tunas Kadet
Remaja Sekolah (TKRS) yang diadakan pada bulan September 2021 secara dalam talian.

11. Pengesahan Kertas Kerja

Disediakan oleh, Disemak oleh,


Mohd Hazreen Shah bin Hassan Mohd Saufi
Setiausaha Badan beruniform Penegrusi Badan beruniform
Tunas Kadet Remaja Sekolah Tunas Kadet Remaja Sekolah
SJKC Serdang Baru 2 SJKC Serdang Baru 2

Anda mungkin juga menyukai