Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK PUNGGOR

MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM BIL (1/2017)

Tarikh : 6 Januari 2017 (Khamis)

Masa : 1500-1600

Tempat : Bilik Guru SK Lubok Punggor

Penasihat : En. Mohamad Daud Bin Harbi

Pengerusi : En. Sharata Bin Morshidi

Kehadiran(Bilangan) : 17 Orang

1.0 PERUTUSAN / KATA ALUAN GURU BESAR

Antara amanat daripada guru besar adalah :

1.1 - Assalamualaikum wbt & salam sehati sejiwa.Ribuan terimakasih kepada


semua atas kehadiran dalam mesyuarat (UKK) 2017 pada petang ini .
1.2 - Semoga dengan kehadiran semua akan dapat memberi cadangan dan idea
untuk pengurusan Unit KK 2017 .
1.3 - Syabas & tahniah kepada Unit KK kerana kecemerlangan dalam memastikan
pengurusan kokurikulum berjalan dengn lancar & licin tahun lepas .
1.4 - Kecemerlangan pengurusan Unit KK tahun lepas akan dapat dikekalkan &
dipertingkatkan lagi pada tahun 2017 .
1.5 - 2016 – SKLP hanya menghantar olahraga , merentas desa , MTQ ,
bolasepak,sepak takraw dan menghantar seorang wakil ke sukan peribumi.
1.6 - Diharap pada tahun 2017 ini , penyertaan dalam bidang KK & sukan akan
dapat dipertingkatkan lagi .
1.7 - Semoga dengan usaha ini akan dpt mempertingkat lagi (GPS) dlm bidang
kemenjadian murid dalam SKPM 2017 nanti .
1.8 - Kalau boleh kita hendak mendedahkan/membawa murid kita keluar dr sklp –
utk membuka mata/fikiran/dunia luar – melihat/sekolah/sbg pendedahan kpd mereka .
1.10 - Guru perlu merekod pencapaian murid dalam aktiviit KK–
1.11 - Sijil penyertaan murid dalam aktiviti hendaklah didokumentasikan bagi setiap
tahun .
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM BIL: 2/2016
Dicadang untuk disahkan oleh : Puan Faizah Binti Adeni
Disokong untuk pengesahan oleh : En. Azman Bin Sarkawi

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MESYUARAT KO-KURIKULUM


Bil 2/2016
3.1. Tiada
Tindakan: -

4.0 AGENDA : PENUBUHAN AJK KO-KURIKULUM

4.1. En. Mohamad Daud mencadangkan agar ditubuhkan jawatankuasa ko-


kurikulum untuk tahun 2017. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi setiap perjalanan
yang bakal dirancang.
Tindakan: Semua Guru
Penyelaras & Guru Penasihat kokurikulum
4.2 Guru –guru yang mengajar Pendidikan Jasmani khususnya di Tahun 3, 4, dan
5 dinasihatkan agar bersedian dengan rekod berikut seperti :

LAPORAN SEGAK : 2 kali setahun (April & Ogos)


LAPORAN 1 MURID 1 SUKAN : 3 kali setahun ( Mac, Julai , Oktober)
Hal ini penting bagi mengelak berlakunya kelewatan dan keciciran rekod
semasa pemantauan dilakukan oleh pihak yang berkenaan.

Tindakan : Guru Terlibat

4.3 Pengerusi juga menyebut soal baju pendidkan jasmani yang telah dipersetujui
Oleh semua staff agar dibuat satu baju yang seragam untuk murid-murid
gunakan sewaktu pendidikan jasmani. Pihak pengurusan akan membuat
menghantar surat makluman kepada waris berkenaan pembelian baju
pendidikan jasmani dan harga ditetapkan sebanyak RM 16 bagi lengan
pendek dan RM18 untuk lengan panjang yang akan dikutip melalui guru kelas.

Tindakan : Pentadbiran dan Guru Kelas

4.4 Pihak jawatankuasa mencadangkan agar latihan olahraga dan sukan /


permainan akan dibuat pada tarikh yang akan ditetapkan. Perkara ini telah
sebulat suara dipersetujui oleh semua staff yang bertujuan meningkatkan
mutu yang ada pada murid-murid.

Tindakan : Semua Staff


5.0 AGENDA : TUGAS GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
5.1. - mengajar dengan penuh dedikasi.
5.2 - membantu guru besar mengurus ko-kurikulum SKLP sukan & permainan ,
pakaian seragam ,persatuan & kelab .
5.3 - menyusun & menyelaras kegiatan ko-kurikulum sklp .
Tindakan : PK KK

6.0 AGENDA : PEMBAHAGIAN TUGAS UNIT KO-KURIKULUM


6.1 En. Sharata juga mencadangkan agar diwujudkan jawatan guru penyelaras dan
guru penasihat. Ini bertujuan untuk memantau dan memantapkan lagi agenda
kokurikulm dan hadirin sebulat suara telah memilih En. Nizam Bin Sedek selaku
guru penyelaras dan En. Sharata Bin Morshidi sebagai guru penasihat.

Tindakan: En. Nizam Bin Sedek & En. Sharata Bin Morshidi

6.2 Semua staff juga bersetuju dengan cadangan agar jadual perlaksanaan
Ko-kurikulum dikekalkan pada:
Hari : Rabu
Masa : 1400-1600
6.3 Semua staff juga sebulat suara bersetuju agar jadual guru bertugas dikekalkan.
jadual dan guru bertugas akan ditampal di papan kenyataan sekolah minggu
hadapan.
Tindakan : Guru Terlibat
6.4 En. Sharata juga mengingatkan bahawa perlaksanaan ko-kurikulum untuk
Tahun ini adalah mengikut pembahagian seperti berikut:
Kelab & Persatuan : 12 kali
Sukan & Permainan : 12 kali
Unit Beruniform : 12 kali

7.0 AGENDA : TUGAS & TANGGUNGJAWAB PENYELARAS, PENASIHAT,


PENGERUSI
7.1 - Tugas PKK SKLP – bertanggungjawab bagi semua pengagihan tugas .
7.2 - Membuat / mengatur jadual pelaksanaan KK .
7.3 - Membantu guru besar – menyelaras KK
7.4 -Menentukan & menilai gerak kerja yg dilaksanakan bersesuaiaan dengan
tempat & keadaan .
7.5 - Tugas guru penyelaras :
- Menentukan penglibatan guru & murid
- Merekod gerak kerja KK
7.6 - Tugas guru penasihat/pengerusi :
- Membantu menyelaras dlm perkara kk .
- Menjalankan aktiviti kk mengikut jadual .
- Mengisi & menandatanggani kad gerko murid-murid - menyelaras KK
Tindakan : Guru Penyelaras

8. AGENDA : JADUAL AKTIVITI KO-KURIKULUM SKLP 2017

8.1 - AKTIVITI KK : AKAN DIADAKAN SETIAP HARI RABU .


En. Sharata mengharapkan agar guru-guru yang terlibat dengan perlaksanaan
Jadual kokurikulum agar mempelbagaikan lagi kaedah penyampaian agar murid
Lebih berminat dengan aktiviti yang dijalankan.
Tindakan: Guru Terlibat
8.2 - KELAB -
8.3 - UNIT UNIFORM -
8.4 - SUKAN & PERMAINAN -
Tindakan: Penyelaras
9. AGENDA : PEMILIHAN KELAB DAN PERSATUAN
9.1 - KELAB/PERSATUAN :
9.2 - SUKAN & PERMAINAN :
9.3 - UNIT UNIFORM :
Tindakan: Penyelaras

10. AGENDA : KAD PELAPORAN KO-KURIKULUM (KAD GERKO)

10.1 En Sharata mencadangkan diwujudkan KadGerko bagi memudahkan


urusan rekod kehadiran dalam aktiviti yang dijalankan.
Tindakan: Penyelaras
11. AGENDA: KPI UNIT KOKURIKULUM

11.1 - Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum menggalakan Indeks


Petunjuk Pencapaian (KPI) untuk bidang kokurikulum sebagai usaha untuk
memastikan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dapat dicapai Oleh murid-
murid.sasaran unit ko-kurikulum dlm tahun 2017 harus ditetapkan supaya mempunyai
matlamat yang jelas
11.2 - menyasarkan target – zon , daerah , bahagian , Sarawak , dan juga
kebangsaan

Tindakan: Guru Terlibat

12. AGENDA : PENCAPAIAN TERBAIK MURID DALAM KO-KURIKULUM

12.1 - En Sharata mengesyorkan agar setiap pencapaian murid direkodkan dan


sijil-sijil yang diperolehi disimpan di sekolah sebagai bukti.
Tindakan: Guru Terlibat

13. AGENDA : HAL-HAL LAIN

13.1 - Guru Besar mengucapkan syabas & tahniah kepada semua guru kerana

pencapaian yg terbaik unit ko-kurikulum 2017- wakil bahagian dalam sukan

rakyat/pedalaman .

13.2 - semoga ianya jadi kayu pengukur untuk tahun 2017 ini .

13.3 - mesyuarat ditangguhkan pada jam :1600

DICADANG OLEH :EN. FAIRUSS BIN JOHAN

DISOKONG OLEH :EN. AHMAD FAIZ BIN MOHAIYAT

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
( Ahmad Faiz Bin Mohaiyat ) ( En. Sharata Bin Morshidi)
Setiausaha Pengerusi
Tarikh : ( 08 / 01 / 2017 ) Tarikh :
SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK PUNGGOR

MINIT MESYUARAT KO-KURIKULUM


BIL (1/2017)

Tarikh : 6 Januari 2017 (Selasa)

Masa : 1500-1600

Tempat : Bilik Guru SK Lubok Punggor

Anda mungkin juga menyukai