Anda di halaman 1dari 4

Ucapan aluan Bismillahirrahmanirrahim.

Pengerusi Majlis Assalamualaikum wbt dan salam Sejahtera.

Yang berusaha, Tn Hj Faisal bin Abdul Kadir, Guru


Besar Sk Bandar Mentakab,
Yang Dihormati, Pn. Norzareka bt Shaidan, GPK
Pentadbiran
Pn, Yusneta binti Rahman, GPK HEM
En. Mohd Amran bin Mat Omar, GPK Kokurikulum,
Pn. Norhartini binti Muda, GPK Pendidikan khas,
Guru-guru, para AKP, serta hadirin hadirat yang
dirahmati Allah sekalian.

Sirih junjung penyeri majlis,


Majlis akhir tahun kita raikan,
Selamat datang tamu ke majlis,
Majlis makan malam kita sajikan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di


dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman hadirin
sekalian, majlis ini diraikan sempena Jamuan Akhir
Tahun Kelab Ukhwah bagi tahun 2023.

Hadirin sekalian,
Bacaan doa
Bagi memberkati majlis ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai Ustaz
Bakhtiar Jamili bin Yaakob. Majlis dengan ini
menjemput Ustaz Bakhtiar untuk membacakan doa.
Dipersilakan.

AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

Terima kasih kepada Ustaz Bakhtiar Jamili bin Yaakob


atas bacaan doa itu tadi.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Pengerusi Kelab


Ucapan Pengerusi Ukhwah. Dengan ini, majlis menjemput Pn. Rodziah bt
Kelab Ukhwah Mohamed Ali untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Pn. Rodziah bt Mohamed Ali


selaku Pengerusi Kelab Ukhwah atas ucapan yang
diberikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis ini diteruskan lagi Ucapan Tuan Guru Besar.


Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn.
Ucapan Tuan Guru Hj Faisal bin Abdul Kadir bagi menyampaikan ucapan.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Besar

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Tuan Haji Faisal bin Abdul Kadir atas ucapan beliau
sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Tayangan video Bagi memeriahkan majlis pada malam ini, sebuah
tayangan video akan dipersembahkan kepada hadirin
dan hadirat sekalian. Marilah kita sama-sama
menyaksikan tayangan video tersebut.
Demikian tadi persembahan tayangan video yang telah
disediakan oleh
____________________________________.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini, tibalah masa untuk jamuan makan. Majlis dengan


Jamuan makan ini menjemput semua hadirin dan hadirat sekalian untuk
menjamu selera. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan Penyampaian


Penyampaian Cenderahati kepada guru-guru dan AKP yang lahir pada
Cenderahati Harijadi bulan September hingga Disember. Majlis dengan
sukacitanya menjemput semua guru dan AKP yang lahir
pada bulan September hingga Disember untuk
menerima cenderahati. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Persembahan
Nyanyian Sebelum berakhirnya majlis kita pada malam ini,
marilah kita menikmati persembahan nyanyian daripada
En. Muhammad Firdaus bin Bakhtiar. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.

Para hadirin sekalian,

Sebentar tadi kita telah menikmati gemersik


suara En. Muhammad Firdaus bin Bakhtiar.

Kini, izinkan saya untuk mempersembahkan sebuah


lagu yang bertajuk ‘Fly Me to The Moon’.

Hadirin yang dihormati,


Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka sampai
di sinilah sahaja majlis pada malam ini. Kita akan
tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa
akan datang.

Kalau ada sumur di ladang,


Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai