Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Yang Dihormati Pn. Norzareka bt Shaidan, GPK Pentadbiran

Pn, Yusneta binti Rahman, GPK HEM

En. Mohd Amran bin Mat Omar, GPK Kokurikulum,

Pn. Norhartini binti Muda, GPK Pendidikan khas,

Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
Subhanahu Wata'ala, kerana dengan limpah kurnia serta keizinan-Nya, dapat kita semua hadir dan
berhimpun di sini sempena Majlis Pelancaran Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape bagi
peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023.

Untuk makluman semua, kempen ini dijalankan secara serentak di peringkat kebangsaan. Kempen
Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape adalah satu usaha daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk memberi kesedaran mengenai kesan buruk rokok dan vape kepada murid. Hal ini adalah
kerana trend murid yang menjadikan tabiat menghisap vape sebagai satu kebiasaan dilihat semakin
membimbangkan dan perlu dihentikan segera. Bagi memberi kesedaran kepada murid tentang
bahaya rokok dan vape, ceramah “Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape’ akan diberikan kepada murid-
murid.

Justeru itu, tanpa membuang masa, majlis ingin menjemput penceramah kita iaitu Pn. Rozaina binti
Dogol untuk memberi ceramah tentang “Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape’. Majlis dengan berbesar
hati mempersilakan.

Pukul 11.00 punya teks

Yang berusaha, Tn Hj Faisal bin Abdul Kadir, Guru Besar SK Bandar Mentakab,

Yang Dihormati Pn. Norzareka bt Shaidan, GPK Pentadbiran

Pn, Yusneta binti Rahman, GPK HEM

En. Mohd Amran bin Mat Omar, GPK Kokurikulum,

Pn. Norhartini binti Muda, GPK Pendidikan khas,


Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Majlis akan dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang. Semua hadirin
diminta berdiri.

Seterusnya adalah bacaan ikrar Rukun Negara. Dijemput Amin Darwish bin Zamri untuk bacaan ikrar.
Dipersilakan.

Terima kasih kepada Amin Darwish bin Zamri atas bacaan ikrar sebentar tadi.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput _____________________ untuk bacaan doa.
Dipersilakan.

Terima kasih kepada ___________________ atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, majlis ingin menjemput Tn. Hj Faisal bin Abdul Kadir untuk memberikan ucapan
seterusnya melancarkan Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj Faisal bin Abdul Kadir atas ucapan dan perasmian Kempen
Hidup Sihat Cegah Rokok dan Vape itu tadi.

Seterusnya, kita akan mengadakan sesi bergambar.

Anda mungkin juga menyukai