Anda di halaman 1dari 3

Masa Itu Ibarat Emas

Masa itu ibarat emas. Oleh itu, kita mestilah menggunakan masa dengan sebaik-
baiknya dengan tidak melakukan aktiviti yang boleh merugikan. Gunakanlah masa
lapang kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Pada masa cuti sekolah, kita boleh menggunakan masa lapang itu untuk
melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah.
Kita boleh membantu mereka dengan mengemas rumah, menyiram pokok bunga,
menolong ibu memasak dan lain-lain lagi. Ini dapat meringankan tugas ibu bapa dan
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.

Selain itu, masa lapang haruslah kita gunakan untuk membaca atau
mengulang kaji pelajaran. Aktiviti ini boleh menambahkan kemahiran dan kecekapan
kita dalam sesuatu mata pelajaran. Kita juga akan dapat membaiki kelemahan
dalam pelajaran. Ini akan membantu kita lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan.

Malahan, jika ada kesempatan, kita boleh berkelah bersama keluarga.


Dengan berkelah, kita dapat merehatkan fikiran dan menyegarkan minda setelah
penat berlajar. Apatah lagi berkelah juga dapat mengeratkan tali persaudaran
kerana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti bermain,
makan dan sebagainya bersama keluarga

Pada masa lapang terutamanya pada musim cuti sekolah juga boleh kita
gunakan untuk berkunjung ke rumah saudara-mara. Ini dapat mengeratkan
persaudaraan antara saudara mara, di samping dapat melancong dan menikmati
keindahan alam.

Kesimpulannya, masa amat berharga. Justeru, hargailah masa demi


kehidupan yang lebih sempurna. Masa cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui
dengan perkara yang tidak sia-sia apabila kita menghargai masa.
Cara-cara untuk Membasmi Pembiakan Nyamuk Aedes
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya.
Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Peyakit ini sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana kematian akibat
nyamuk Aedes di negara ini terus meningkat dari tahun ke tahun.
Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes.
Antara cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air
yang dibiarkan yang boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat tersebut seperti di
dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi. Pastikan nyamuk tidak
membiak di dalam tempat-tempat ini dengan menyalinkan airnya pada setiap
minggu dan dibasuh sehingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah
nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan
dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.
Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali
untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.
Di samping itu, jika menggunakan takungan air untuk memerangkap semut
daripada naik ke meja atau almari, air takungan itu perlulah dimasukkan garam
sebanyak 2 sudu teh untuk mencegah pembiakan nyamuk.
Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana ikan
seperti ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. Oleh itu, peliharalah ikan-
ikan ini dalam tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes ini.
Jika tidak, masukkan ubat pembunuh jentik-jentik dengan mengikut sukatan yang
betul ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.
Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi pembiakan
nyamuk Aedes. Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang
boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ambillah tindakan yang sewajarnya jika
mendapati tempat tersebut boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang dalam Pelajaran
Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun,
ramai pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat
tersebut.

Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah


membuat jadual aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan
aktiviti harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik
mungkin.

Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan
mereka terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari.
Mereka juga harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dan pembendaharaan kata.

Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti


kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas
motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan
kemahiran para pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada


pengajaran guru di kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika
kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya
masalah tersebut dapat diselesaikan segera.

Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam


pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain
berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.

Anda mungkin juga menyukai