Anda di halaman 1dari 4

“Sajak ini khas saya cipta untuk wira dan wirawati negara yang sedang bertarung nyawa

untuk nusa dan bangsa. Mohon sebarkan secara umum agar mesej terima kasih dapat
disampaikan kepada mereka” –

Terima kasih Kepada wira & wirawati negara (karya Cikgu Teo Wei Sing)

Di kala merebaknya COVID-19


Menggemparkan gundah segenap manusiawi,
Mengganggu gugat rutin dan gerak-geri kita
Perintah Kawalan Pergerakan diisytiharkan
Merubah setiap detak nafas masyarakat
Dengarlah kata PM kita
Duduklah diam-diam di rumah
Usahlah pergi ke mana-mana.

Kepada wira dan wirawati negara


Terima kasih
Terima kasih kerana bertarung dengan virus Corona yang celaka
Mengubati setiap nyawa yang tak ternilai harganya
Mengekalkan kebahagiaan keluarga
Memapankan kesejahteraan
Demi rakyat jelata.

Kepada wira dan wirawati negara


Engkaulah
Engkaulah penyambung nafas setiap insan
Untuk kekal bernyawa
Engkaulah denyut nadi rakyat Malaysia
Untuk kekal sejahtera
Rahmat bahagia.

Kepada wira dan wirawati negara


Dikaulah adiwira bangsa
Yang berwajah insaniah
Semoga keselamatan kalian diberkati Allah S.W.T
Semoga kesihatan kalian diberkati Allah Yang Maha Esa.

(4.55am, 20/3/2020)

Terima Kasih Adiwira Negara

1 Terima kasih Adiwira Negara

2 itulah sahaja yang dapat ku ucapkan

3 untuk pengorbanan semua adiwira negara

4 yang cekal, tabah dan sabar

5 tidak pernah mengeluh

6 tidak mengenal erti penat lelah

7 sentiasa bertarung setiap masa

8 tidak berhenti, untuk kesejahteraan semua

9 Terima kasih Adiwira Negara

10 pendek ucapannya tapi sangat bermakna

11 ikhlas dari dalam hati kecil ini

12 untuk menyokong semua petugas hadapan

13 melawan musuh tidak terlihat

14 tapi sentiasa ada mencari mangsa

15 Terima kasih Adiwira Negara

16 Kami, rakyat Malaysia

17 akan sentiasa ada


18 menyokong semua usaha kamu semua

19 kami akan setiasa mematuhi SOP

20 memakai topeng muka

21 menjaga penjarakan fizikal

22 jadikan semua itu amalan harian

23 berat mulanya, tetapi untuk negara

24 kami tidak akan lelah dan tidak akan mengalah

25 kami akan sentiasa menyokong

26 semua usaha Adiwira Negara

27 semoga kita semua akan sampai

28 ke garisan penamat sebagai pemenang

29 Mari semua sokong usaha melawan Covid-19

30 Terima kasih Adiwira Negara

Anda mungkin juga menyukai