Anda di halaman 1dari 4

Teks Ucapan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

- Yang dihormati Pn Norazlin binti Hassan GPK Pentadbiran dan Kurikulum, SMK
Taman Kota Kulai
- En.Tahir bin Ismail GPK HEM,
- Pn Rosnah Binti Mastor GPK Kokurikulum,
- Guru kanan mata pelajaran En Muhammad Shahril bin Abdullah, Pn Habibah binti
A.Rahman, Pn Noraliza binti Musa dan En Mohamad Sahor bin Abdul Rahman.
- guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hati-hati membuka peti,


Peti pusaka zaman berzaman;
66 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kebangsaan dan Hari
Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini
sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu
berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini
diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan
sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan
beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan ………………………….. untuk


memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `A lamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis yang berlangsung diberkati.

Di sana-sini tembakan berbunyi,


Capai merdeka penuh berliku,
Marilah bersama kita menyanyi,
Lagu pertiwi lagu negaraku.
Pohon kerjasama kepada semua hadirin berdiri, mendengar dan sama-sama menyanyikan
lagu Negaraku, negeri Johor dan lagu Sekolah

………………………
Terima Kasih atas nyanyian itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput saudara……………………………………………….. untuk


mengetuai bacaan ikrar guru dan murid. Dipersilakan…

Terima kasih saudara……………………….


hadirin dan hadirat dijemput untuk duduk.

Tuah tersenyum pada Si Teja,


Duduk bers im puh s am b il ber s i l a ;
K ai n d i te n un ber s am a Raj a,
Uc a p an p e n ye l ar as pr ogr am d i per s i l a ,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang dihormati En Muhammad Shahril bin
Abdullah sebagai Guru Kanan Mata pelajaran ains Sosial untuk menyampaikan ucapan
penutupan Bulan Kebangsaan di peringkat SMK Taman Kota Kulai dan seterusnya
mengumumkan pemenang setiap kategori program yang dipertandingkan.

EN SHAHRIL AKAN BACA SENARAI NAMA PEMENANG.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan penutupan bulan kebangsaan dan
penyampaian hadiah tersebut.

Bagi memeriahkan majlis, dijemput semua guru dan pelajar untuk sama-sama menyanyikan
lagu jalur gemilang dengan penuh bersemangat.
………………………………
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian tadi.

Majlis diteruskan dengan persembahan istimewa yang memenangi kategori berkumpulan lagu
patriotik untuk membuat persembahan. Majlis dengan sukacitanya menjemput Adrean dan
Kumpulan Tragedy dengan lagu……………………….. untuk naik ke pentas.

Terima kasih atas persembahan yang menarik sebentar tadi.


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Majlis penutupan Bulan Kebangsaan telah sampai ke penghujungnya. Diharap sambutan
seperti ini akan diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Semoga segala matlamat
yang dicita telah pun tercapai. Akhirnya sekali, Panitia Sejarah SMK Taman Kota Kulai
mengucapkan ribuan terima atas setiap kerjasama yang diberikan sepanjang program ini
berlangsung. Mohon maaf atas segala kekurangan yang ada sepanjang program
berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.wt jua.

Sekian terima kasih. Wabillahhitaufikwalhidayah wassalammualaikum wrb.

Majlis diserahkan kepada pengacara Majlis STEM dan Tvet.

.
PEMENANG PERTANDINGAN BULAN KEBANGSAAN SESI PAGI 2023

BIL KATEGORI NAMA PEMENANG RANKING Kelas CATATAN


INDIVIDU:
1 MEWARNA POSTER Muhamad Fauzi Hakim bin Muhamad Fazuli JOHAN 4ss1
Kumutha A/P Gunasegeran NAIB JOHAN 4 Juara 2
Kirthana TEMPAT KE -3 4 Juara 1
Bhasheeni SAGUHATI 4 Juara 2
Syafika binti Shamsuri SAGUHATI 1C
Muhammad Akid SAGUHATI 1G
Afie bin Norwan SAGUHATI 4SS1
Harish Raj SAGUHATI 5SS2
Anna Ayu binti Norisam SAGUHATI 5PN
Leong Wan Jun SAGUHATI 5SS2
Wan Xin En SAGUHATI 5PA
Khiew Wan Yu SAGUHATI 5PA
Nur Syazwana SAGUHATI 5PA
Nur Najiha binti Mohd Nizam SAGUHATI 5PA
SAGUHATI
2 PAKAIAN KEMERDEKAAN Letchumy JOHAN 4 SS 2
Sharmila NAIB JOHAN 4 PA
Jagathiswary TEMPAT KE -3 4 JUARA 1
3 LAGU PATRIOTIK NUR SYAHIRAH BINTI MOHAMAD TAHIR JOHAN 5 PN 77 %
NUR ANNA AYU BINTI NORISAM NAIB JOHAN 5 PN 69 %
MUHAMAD HAIRIE BINTI AMIN TEMPAT KE -3 4 PN 68 %
4 BUKU SKRAP ATHIRAH BINTI SAMSUL ANUAR JOHAN 4 PA
NUR NAJIHA BINTI MOHD NIZAM NAIB JOHAN 5 PA
ARYN HAZIRA BINTI ABDUL RAZAK TEMPAT KE -3 5 PA
BERKUMPULAN:
1 KECERIAAN KELAS 1 FALSAFAH (Cikgu Norliza Bt Mohd Musa) JOHAN 96.40%
5 STEM (Cikgu Yap Ming Chiu) NAIB JOHAN 94.50%
4 SS 2 (Cikgu Roslina) TEMPAT KE-3 91.81%
2 VIDEO PENDEK JOHAN
NAIB JOHAN
TEMPAT KE-3
3 LAGU PATRIOTIK ADREAN DAN KUMPULAN TRAGEDY JOHAN 5 SS 1 75 %
JEHAN DAN AIMAN NAIB JOHAN 5 SS 2 72 %
SYAHIRAH DAN ANNA AYU TEMPAT KE-3 5 PN 70 %

Anda mungkin juga menyukai