Anda di halaman 1dari 3

1.

Terangkan kegiatan ekonomi komersial masyarakat tempatan di tanah melayu


sebelum campur tangan British.

Sebelum campur tangan British, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat


ekonomi tradisional. Tiada penggunaan teknologi moden. Tenaga utama dalam
kalangan ahli-ahli keluarga. Rakyat jelata memainkan peranan mengusahakan
ekonomi tradisional dari peringkat awal hingga ke peringkat pengeluarannya. Tidak
ada dorongan untuk mengeluarkan lebihan tanaman kerana cukai yang selalunya
dikenakan adalah tinggi. Tanah-tanah boleh diusahakan sesuka hati atau hanya perlu
meminta kebenaran pembesar kerana tanah dianggap milik raja. Manakala ekonomi
komersil pula merujuk kepada aktiviti ekonomi menjuruskan kepada lebihan
pengeluaran. Kegiatannya berlandaskan perdagangan, perlombongan dan pertanian
dagangan secara eksport. Pemodalnya terdiri daripada raja dan pembesar dan mereka
memonopoli kegiatan ekonomi yang dijalankan secara komersil ini.
Ekonomi komersil ini dilaksanakan oleh golongan pemerintah. Raja dan
pembesar biasanya menjadi pemodal dan ekonomi diusahakan oleh meraka yang
berpengalaman dan ada kepakaran melaksanakannya. Pembesar juga akan jadi
usahawan, menguasai dan mengawasi perdagangan import dan eksport. Mereka juga
melantik wakil tertentu untuk menjalankan perniagaan yang dikenali sebagai kiwi.
Ekonomi komersil juga melibatkan penggunaan mata wang. Pada tahun 1800-an
negeri Melayu mempunyai mata wang sendiri. Barang berharga seperti emas, perak
atau tembaga dijadikan sebagai mata wang. Pada abad ke-19 urus niaga di Negeri
Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak menggunakan mata wang timah yang dikenali
sebagai jongkong tampang yang berbentuk separuh piramid atau pagoda.
Tempat berlakunya jual beli biasanya di pelabuhan, kuala sungai, kawasan
pasar yang strategik seperti di bandar dan pusat-pusat pentadbiran.Wujudnya
perdagangan dengan luar negara dan pelabur daripada luar negara. Perniagaan
dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan, pelabuhan yang
mejadi tempat persingahan saudagardari Asia Tenggara, Cina, Arab, India dan
sebagainya. Contohnya di Selat Melaka, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuantan,
Pahang, Pulau Pinang dan sebagainya. Ia juga melibatkan pelaburan asing yang
datang melabur.
Manakala jenis-jenis ekonomi komersil seperti pertanian padi sawah secara
komersil seperti di Kedah dan Kelantan. Lada hitam, gambir, nenas, tebu,dan ubi
kayu ditanam secara ladang. Aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-besaran.
Ekonomi komersil juga melibatkan perdagangan dan pelaburan.
Kesimpulannya, sistem ekonomi komersial di Tanah Melayu sebelum campur tangan
Barat merupakan sistem ekonomi dengan tumpuannya ke atas perdagangan import
dan eksport, pelaburan, pertanian serta perlombongan. Tanah Melayu begitu kaya
dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankan dengan negara-negara
Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke-19 lagi.
3. Jelaskan Penglibatan negara Malaysia dalam pertubuhan negara-negara kormanwel
sehingga tahun 2000.

Pertubuhan Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang


melibatkan negara-negara berdaulat yang pernah menjadi tanah jajahan British yang
ditubuhkan pada tahun 1931. Matlamat penubuhannya adalah untuk membina
semangat setia kawan di kalangan negara anggota serta mewujudkan kerjasama dalam
semua bidang. Komanwel mempunyai 54 buah negara anggota yang terdiri daripada
negara maju dan negara membangun. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Malaysia menjadi anggota Komanwel demi menjamin keharmonian dan
membangunkan ekonomi negara. Penglibatan Malaysia dalam Komanwel dapat
dilihat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia, dan New


Zealand menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh
mana-mana pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia. Tindakan
Malaysia menanda tangani Perjanjian AMDA didorong oleh kedudukan pertahanan
negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan
Rejimen Melayu Diraja dan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara.

Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai


anggota Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah
persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM). Mesyuarat CHOGM
diadakan dua tahun sekali bagi membincangkan isu-isu semasa antarabangsa yang
berkaitan dengan negara-negara anggota.

Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar Apartheid di Afrika


Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya
hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited
terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras dasar Apartheid
yang diamalkan di Afrika Selatan.
Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam bidang ekonomi. Malaysia
mengharapkan permintaan dari Britain dalam mengeksport dua komoditi utamanya
iaitu bijih timah dan getah. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar
dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
Begitu juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel
dikenakan cukai yang rendah.
Rancangan Colombo ditubuhkan atas usaha Negara-negara Komanwel untuk
memerangi kemiskinan dan wabak penyakit serta bantuan kewangan dan kemahiran
teknik kepada negara-negara yang memerlukan. Malaysia mendapat manfaat seperti
bantuan kepakaran, teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.Melalui
rancangan ini pelajar Malaysia mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Britain,
Australia dan New Zealand.
Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan yang berlaqngsung setiap
empat tahun sekali yang melibatkan atlet dari negara anggota. Malaysia telah berjaya
menjadi tuan rumah dan menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
Banyak faedah yang diperolehi Malaysia dalam Komanwel. Malaysia dapat
menyuarakan pendapat secara terbuka dalam membincangkan isu-isu
antarabangsa.Sumbangan Malaysia amat banyak dalam keanggotaan Komanwel.

Anda mungkin juga menyukai