Terima kasih kepada cikgu Farizan dan terutama kepada ibubapa saya yang telah membantu saya untuk menyiapkan buku skarp tentang rumah rumah di Malaysia.
Rumah
ialah tempat perlindungan bagi manusia dari hujan dan panas, ancaman musuh dan binatang buas. Rumah kebiasaannya diperbuat daripada papan, batu bata, pasir dan simen.
Reka bentuk dan jenis rumah adalah mengikut keadaan cuaca serta kesesuaian iklim dalam sesebuah negara dan budaya sesuatu bangsa. Di negara Malaysia, mempunyai penduduk yang pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan orang asli. Oleh itu, terdapat dua jenis rumah yang kebiasaannya dapat dilihat di negara kita. Reka bantuk tradisional dan moden menjadi pilihan mengikut kemanpuan pemiliknya.
banglo biasanya adalah rumah sebuah sebuah dan mempunyai keluasan yang berbeza serta mempunyai reka bentuk yang berbeza mengikut citarasa pemiliknya , rumah ini mempunyai kos yang tinggi kerana dibina dengan bahan yang berkualiti mengikut kemampuan pemiliknya.
biasanya tidak mempunyai kawasan luar yang luas dan kawasan sekitarnya pula mempunyai taman permainan untuk kanak- kanak dan berdekatan dengan kedai dan juga pasar .Kawasan sekitarnya pula berdekatan dengan sekolah rendah dan sekolah menengah supaya memudahkan anak-anak mereka pergi dan pulang dari sekolah dengan selamat.
tidak mampu memiliki rumah milik sendiri.Rumah ini hanya dibina dengan atap zink dan berdindingkan papan atau separuh simen. Ada sesetengahnya pula hanya mampu duduk dikaki lima sambil meminta sedekah. Orang jenis ini selalunya tidak mampu bekerja kerana mengalami kecacatan anggota atau gila ,mereka ini mungkin tidak mempunyai keluarga dan saudara mara yang dapat memberi perlindungan kepada mereka. Kaki lima biasanya didiami oleh orang yang tidak mampu membeli rumah,mereka terpaksa tinggal di kaki lima sambil meminta sedekah .Orang yang tinggal disini selalunya mengalami kecacatan atau gila .Mereka mungkin tidak mempunyai keluarga dan saudara mara.
Rumah tradisional ialah rumah yang masih mengekalkan ciri reka bentuk masyarakat dulu. Kebanyakan rumah tradisional dibina daripada kayu. Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah Melayu ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar. Rumah Melayu ini juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri di mana setiap binaan dan struktur asas rumah seperti tiang, bumbung, bendul, tingkap dan tangganya dikatakan dibina dengan mewakili pelbagai maksud yang tersendiri. Bahanbahan yang digunakan juga adalah terdiri daripada kayu yang mudah diperolehi.
12
Rotan atau akar digunakan untuk mengikat persendian. Bahagian dalaman rumah dihiasi dengan pelbagai bentuk ukiran yang bermotifkan alam semula jadi.Reka bentuknya sering dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat oang Iban dan hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.
Seni bina rumah berkenaan sering dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat yang terdapat di Sabah dan hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.
Rumah moden ialah rumah yang mempunyai ciri reka bentuk yang baharun dan mengikut perkembangan semasa. Kebanyakan rumah moden ini dibina daripada batu bata, pasir dan simen.
14
Kondominium
15
Kondominium ialah rumah yang dibina bertingkat tingkat dan mempunyai keluasan yang luas.Rumah jenis ini juga mempunyai sekuriti untuk menjaga keselamatan penduduk disitu dan mempunyai tempat riadah .apartment juga mempunyai lift untuk memudahkan penduduknya.
Banglo
16
Banglo juga mempunyai kawasan luar yang luas ini membolehkan mereka membuat taman atau landskap yang yang memenuhi cita rasa mereka .rumah jenis ini memerlukan kos yang tinggi kerana menggunakan batu dan bahan- bahan yang berkualiti dan tahan. Rumah banglo biasanya adalah rumah sebuah sebuah dan mempunyai keluasan yang berbeza serta mempunyai reka bentuk yang berbeza mengikut citarasa pemiliknya , rumah ini mempunyai kos yang tinggi kerana dibina dengan bahan yang berkualiti mengikut kemampuan pemiliknya.
17
Apartment
Apartment ialah rumah yang dibina bertingkat tingkat dan mempunyai keluasan yang kecil sedikit berbanding dengan kondominium rumah jenis ini juga mempunyai sekuriti untuk menjaga keselamatan penduduk disitu dan mempunyai tempat riadah .apartment juga mempunyai lift untuk memudahkan penduduknya.
18
Rumah Teres
Rumah jenis ini pula dibina rapat- rapat dan biasanya mempunyai dua tingkat dan setingkat, Rumah jenis ini biasanya tidak mempunyai kawasan luar yang luas dan kawasan sekitarnya pula mempunyai taman permainan untuk kanak- kanak dan berdekatan dengan kedai dan juga pasar. Kawasan sekitarnya pula berdekatan dengan sekolah rendah dan sekolah menengah supaya memudahkan anak-anak mereka pergi dan pulang dari sekolah dengan selamat.
19
Rumah Berkembar
Rumah jenis ini pula dibina secara berkembar dan biasanya mempunyai dua tingkat dan setingkat, Rumah jenis ini biasanya mempunyai kawasan luar yang luas dan kawasan sekitarnya pula mempunyai taman permainan untuk kanak- kanak dan berdekatan dengan kedai dan juga pasar. Kawasan sekitarnya pula berdekatan dengan sekolah rendah dan sekolah menengah supaya memudahkan anakanak mereka pergi dan pulang dari sekolah dengan selamat.
20
Kita semua ingin memiliki rumah yang selesa. Rumah yang selesa mempunyai banyak ruang dan diperbuat daripada bahan yang berkualiti Oleh itu, rumah dapat melindungi keluarga kita daripada panas dan hujan. Rumah juga dapat melindungi barang keperluan dan harta benda keluarga. Selain itu, rumah melindungi kita daripada ancaman berbahaya. Rumah yang selesa akan memberi keseronokan dan kegembiraan kepada penghuni rumah.
21
22
23