Anda di halaman 1dari 1

Nama: ___________________ Kelas: ______________ Tarikh: _____________

Imbuhan awalan men-

Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan awalan men- yang sesuai.

menabung mendapat menjulang mendukung mencelup mendaki

mencabut menjolok mendorong menjala mencair mencaci

1. Ketua pasukan bolak sepak itu _______________ piala yang telah dimenangi
oleh mereka dengan bangganya.

2. Guru besar naik ke pentas untuk _______________ nombor bertuah bagi hadiah
utama.

3. Lapisan air batu di kawasan kutub _______________ dan menyebabkan aras


laut meningkat.

4. Pengembara itu terpaksa _______________ gunung dan meredah hutan untuk


sampai ke puncak.

5. Kita boleh _______________ faedah yang banyak daripada membaca buku-buku


ilmu pengetahuan.

6. Selepas bersarapan, Pak Ali pergi _______________ ikan di sungai.

7. Tabiat ________________ wang hendaklah dijadikan amalan sejak kecil.

8. Abang _______________ biskut itu ke dalam air kopi yang panas sebelum
memakannya.

9. Sikapnya yang suka _______________ menyebabkan dia tidak mempunyai


banyak kawan.

10. Ibu dan bapa selalu _______________ saya untuk berjaya dalam pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai