Anda di halaman 1dari 1

DOA GOTONG ROYONG SEKOLAH

‫ِبْس ِم اِهلل الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْيِم‬


‫ ال اِق ُة ِلْل َّتِق الَّص َالةُ الَّسَال َعَلى ِّيِد َنا َّم ٍد َعَلى آِلِه‬، ‫َاْل ُد ِهلل ِّب ال اَلِم‬
‫َس ُمَح َو‬ ‫ُم‬ ‫َو‬ ‫َر َع ْيَن َو َع َب ُم ْيَن َو‬ ‫َحْم‬
‫ِبِه ِع‬
‫َو َأْص َح ا َأْج َم ْيَن‬
Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami ,


sejahterakanlah penglihatan kami . Kami ingin merafakkan rasa kesyukuran
kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri
Program Gotong Royong Perdana Program 3k SMK Pengiran Omar II pada pagi
ini
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya ZalJalali wal Ikram

Engkau mengetahui apa yang kami hajati dari majlis ini maka berikan kekuatan
kepada kami untuk mewujudkan budaya dan persekitaran yang selamat dan
kondusif di sekitar sekolah ini secara berterusan . Ya Allah jauhilah diri kami ,
keluarga ,masyarakat dan negara kami daripada musibah yang tidak daya kami
menanggungnya . Semoga segala usaha kami ini akan menyediakan prasarana
yang sihat demi kesejahteraan dan keselesaan warga sekolah.
Ya Allah, Ya Munzilal Barakat

Kami memohon kepada-Mu, berkatilah usaha-usaha kami. Mudah-mudahan


dengan usaha-usaha yang telah dan akan kami laksanakan, akan menjadikan
Sekolah ini sebagai sekolah yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, Sekolah
yang disegani dan dihormati, Sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar
yang berjaya di dunia mahupun di akhirat..
Ya allah ya fattahu ya alim

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang


diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

ِ‫َر َّبَنا َءاِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َنةً َو ِقَنا َعَذ اَب الَّنار‬
‫ِم‬ ‫ِل ِه‬ ‫ِبِه‬ ‫ِلِه‬ ‫ٍد‬
‫ َو اْلَحْم ُد َّل َر ِّب الَعاَل ْيَن‬، ‫َو َص َّلى اُهلل َعَلى ُمَح َّم َو َعَلى َءا َو َصْح َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai