Anda di halaman 1dari 12

PERANCANGAN AKADEMIK

SESI JANUARI 2024/2025


SEMESTER JJ241

BEEB 1013
PRINSIP EKONOMI

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
KOD KURSUS : BEEB 1013
KURSUS : PRINSIP EKONOMI
JAM KREDIT : 3

1.0 Sinopsis

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada konsep asas ekonomi di mana kandungan
kursus dibahagikan kepada bahagian mikroekonomi dan makroekonomi. Antara topik
yang diperbincangkan adalah masalah asas ekonomi, sistem ekonomi, permintaan dan
penawaran, harga dan keseimbangan pasaran, teori gelagat pengguna dan pengeluar,
teori kos, pengeluaran dan struktur pasaran, pendapatan negara, permintaan dan
penawaran agregat, wang, sistem perbankan dan polisi kewangan.

2.0 Objektif
Di akhir kursus para pelajar akan dapat:

2.1 Memahami konsep-konsep asas dan prinsip-prinsip ekonomi.


2.2 Memahami topik-topik utama yang sering dibincangkan di dalam mikroekonomi
dan makroekonomi
2.3 Mengaitkan konsep-konsep asas dan prinsip ekonomi dengan keadaan sebenar.

3.0 PENGENDALIAN KURSUS

Teknik pembelajaran kendiri digunakan untuk kursus ini di mana modul khusus digunakan
sebagai rujukan utama. Modul ini dilengkapkan dengan soalan-soalan latihan dan
penilaian kendiri sebagai tambahan kepada nota. Peluang ini boleh digunakan oleh pelajar
untuk menguji kefahaman nota yang diulangkaji. Pelajar juga dinasihatkan membaca
rujukan lain untuk mendapatkan pemahaman yang lebih berkesan. Bagi memudahkan
ulangkaji, pelajar dinasihatkan untuk membuat nota ringkas bagi setiap pelajaran dan
digalakkan untuk cuba menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas. Pendekatan ini
akan dapat membantu pelajar untuk belajar dengan efektif di samping meningkatkan
kemahiran dalam aplikasi teori-teori dan disiplin dalam bidang ini.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan, empat sesi
perjumpaan telah diatur dan jadual telah ditetapkan. Di dalam setiap pertemuan, tumpuan
akan diberikan kepada sesi perbincangan dan soal jawab. Maka, pelajar digalakkan
membuat persiapan khusus sebelum hadir ke setiap sesi perjumpaan seperti berikut:

i. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi
pertemuan.
ii. Cuba menjawab dan memahami soalan-soalan yang disertakan dalam setiap
topik.

2
iii. Memberi kerjasama dan aktif dalam setiap sesi pembelajaran dan perbincangan.

4.0 PENILAIAN KURSUS


Kuiz 10 %
Tugasan 20 %
Peperiksaan Pertengahan Semester 20 %
Peperiksaan Akhir 50 %
Jumlah 100 %

5.0 TUGASAN

Hanya SATU tugasan sahaja yang akan diberikan kepada pelajar iaitu merangkumi topik
perbincangan dalam mikroekonomi dan makroekonomi. Pelajar diberi pilihan untuk
memilih tajuk tugasan samada dalam bidang mikro atau makro. Tugasan akan diberikan
pada pertemuan pertama dengan agihan markah sebanyak 20% daripada jumlah markah
keseluruhan. Pelajar hendaklah mengikuti panduan membuat tugasan yang dilampirkan
bersama dengan soalan tugasan. Sebarang tindakan yang bertentangan akan
menyebabkan pelajar kehilangan markah 20% secara automatik. Pelajar perlulah
menghantar tugasan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, kelewatan menghantar
tugasan akan menyebabkan markah akan dipotong.

6.0 ONLINE KUIZ


Online Kuiz akan diadakan sebanyak dua kali iaitu:
i. Online kuiz 1 (bab mikroekonomi)
Tarikh: 7-10 Mac 2023
Masa Akses: 10.00am
Masa Tutup: 11.59pm
Bilangan Soalan: 20 soalan aneka pilihan
Tempoh menjawab: 30 minit ( 1 kali percubaan sahaja)

ii. Online kuiz 2 (bab makroekonomi)


Tarikh: 18-21 April 2023
Masa Akses: 10.00am
Masa Tutup: 11.59pm
Bilangan Soalan: 20 soalan aneka pilihan
Tempoh menjawab: 30 minit ( 1 kali percubaan sahaja)

7.0 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Peperiksaan akan Peperiksaan akan dijalankan secara bersemuka. Peperiksaan ini akan
meliputi pelajaran dari semua bab Mikroekonomi iaitu Bab 1 – 7 (Bab 1 – 8 dalam modul).

Tarikh: 8 Mac 2024 (UUM) / 9 Mac 2024 (KL)


(Pertemuan kuliah ke-3)
Bilangan Soalan: 60 soalan aneka pilihan
Masa: 2.30 pm – 4.30 pm
Tempoh menjawab: 1 jam 30 minit

3
8.0 PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan ke-5. Tarikh, masa dan tempat
peperiksaan akan dimaklumkan kemudian. Format soalan peperiksaan ialah dalam bentuk
aneka pilihan yang meliputi pelajaran bab Makroekonomi dari bab 8 – 14. Ia meliputi 50%
daripada keseluruhan markah.

Bilangan soalan: 80 soalan aneka pilihan


Masa menjawab: 2 jam dan 30 minit.

Makluman terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

4
9.0 TARIKH PERTEMUAN, KUIZ, PEPERIKSAAN DAN MENGHANTAR TUGASAN

TARIKH PENTING AKTIVITI PERINCIAN


19 JANUARI 2024 (UUM) PERTEMUAN I
20 JANUARI 2024 (KL) KULIAH BAB 1-4*

16 FEBRUARI 2024 (UUM) PERTEMUAN II


17 FEBRUARI 2024 (KL) KULIAH BAB 5-7*

BUKA: 7 MAC 2024 PADA JAM BAB 2 – 4*


10AM ONLINE SEKALI PERCUBAAN
TUTUP: 10 MAC 2024 SAHAJA
SEBELUM ATAU PADA KUIZ 1
11.59PM. BENTUK SOALAN: ANEKA
PILIHAN JAWAPAN
BILANGAN SOALAN: 20
SOALAN
MASA MENJAWAB: 30 MINIT
8 MAC 2024 (UUM) PERTEMUAN III BAB 1-7*
9 MAC 2024 (KL) PEPERIKSAAN
2.30 – 4.30 PETANG PERTENGAHAN BENTUK SOALAN: ANEKA
SEMESTER PILIHAN JAWAPAN
BILANGAN SOALAN: 60
SOALAN
MASA MENJAWAB: 1 JAM 30
MINIT
8 MAC 2024 (UUM) PERTEMUAN III
9 MAC 2024 (KL) KULIAH BAB 8-10*
4.45 – 6.30 PETANG
19 APRIL 2024(UUM) PERTEMUAN IV
20 APRIL 2024 (KL) KULIAH BAB 11-14*

BUKA: 18 APRIL 2024 PADA BAB 11-13*


JAM 10AM ONLINE SEKALI PERCUBAAN
TUTUP: 21 APRIL 2024 SAHAJA
SEBELUM ATAU PADA KUIZ 2
11.59PM. BENTUK SOALAN: ANEKA
PILIHAN JAWAPAN
BILANGAN SOALAN: 20
SOALAN
MASA MENJAWAB: 30 MINIT
30 APRIL 2024 HANTAR TUGASAN TARIKH MENGHANTAR
TUGASAN
FINAL EXAM 24/5/2024-29/5/2024
BAB 8-14
BENTUK SOALAN: ANEKA PILIHAN JAWAPAN
BILANGAN SOALAN: 80 SOALAN
MASA MENJAWAB: 2 JAM
* - Bab adalah berdasarkan kepada kandungan kursus yang disenaraikan di 14.0

5
10.0 RUJUKAN UTAMA

Modul BEEB1013 Prinsip Ekonomi. Unit Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Utara Malaysia:
Sintok

11.0 RUJUKAN TAMBAHAN

Sabariah Ali (2018), Ace Ahead Teks STPM Mikroekonomi, Edisi Keempat, Selangor,
Oxford Fajar Sdn Bhd.

Sabariah Ali (2018). Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi, Edisi Keempat, Selangor,
Oxford Fajar Sdn Bhd.

Arnold, Roger A. (2011), Principles of Economics, 10th ed. Cincinnati, Ohio: South-Western
Cengage Learning.

Case, Karl E., Ray C. Fair and Oster, Sharon M. (2014), Principles of Economics, 11th ed.
New York: Pearson.

12.0 TENAGA PENGAJAR

Pensyarah Telefon E-mel


Noor Sa’adah Sabudin 0175134996 doyah75@gmail.com
(UUM)

Mohd Fahmi Mohd 0125596728 fahmi@uum.edu.my


Yusof (KL)

13.0 PANDUAN BELAJAR


Kursus BEEB 1013 Prinsip Ekonomi adalah satu cabang ilmu yang menjelaskan tentang
konsep-konsep asas tentang teori ekonomi.

Bagi memudahkan pemahaman dalam mengikuti kursus ini pelajar dinasihatkan mengikuti
panduan-panduan berikut:

i. Mencapai Objektif Pembelajaran

Menggunakan objektif pembelajaran pada setiap pelajaran sebagai panduan


untuk mengikuti kandungan perbincangan pelajaran. Objektif boleh dijadikan
sebagai ukuran terhadap pemahaman pelajar di akhir sesuatu pelajaran. Pastikan
anda telah mencapai objektif tersebut. Jika tidak, pelajar perlu membaca dan
mengulangkaji semula pelajaran tersebut.

ii. Persediaan Awal dan Perbincangan Berkumpulan

6
Pelajar seharusnya membaca modul terlebih dahulu sebelum setiap sesi
pertemuan. Ini adalah penting kerana kursus ini merupakan kursus yang
memerlukan kefahaman asas tentang teori dan kemudian diaplikasikan melalui
pengiraan dan pembentukan keluk. Perbincangan secara berkumpulan adalah
kaedah terbaik bagi meningkat kefahaman di samping pertanyaan kepada
pensyarah pada setiap sesi pertemuan.

iii. Menjawab Soalan Dalam Teks

Pelajar seharusnya (dan perlu) menjawab setiap soalan yang disediakan di dalam
modul. Perbincangan secara berkumpulan untuk mendapatkan jawapan adalah
cara terbaik sebelum menyemak jawapan yang disediakan. Latihan ini boleh
menguji tahap pemahaman pelajar dan tindakan susulan boleh diambil oleh
belajar setelah menguji tahap pemahaman masing-masing. Bagi kursus ini, teori,
pengiraan dan pembentukan keluk mestilah boleh dikuasai oleh pelajar. Hanya
latihan yang berulang kali (latih tubi) sahaja yang boleh membantu pelajar bagi
menguasai ketiga-tiga aspek ini. Pelajar juga digalakkan membaca rujukan
tambahan seperti yang dicadangkan.

iv. Menjawab Soalan-Soalan Semester Lepas

Pelajar digalakkan untuk menjawab soalan-soalan semester lepas (khususnya


bagi soalan peperiksaan akhir) yang boleh diakses daripada laman web
Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM (http://www.lib.uum.edu.my). Cara ini
sememangnya berkesan untuk membantu pelajar memahami bentuk dan corak
soalan peperiksaan akhir di samping menguasai topik-topik penting bagi setiap
pelajaran.

v. Menyiapkan Tugasan/Kuiz

Pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang


kuiz/latihan/tugasan yang telah diberikan. Justeru itu, pelajar perlu memastikan
kualiti dan ketulenan bagi setiap tugasan yang diberikan dan menepati setiap
arahan/panduan yang telah ditetapkan. Elakkan daripada sebarang kelewatan
atau kecuaian yang boleh mengurangkan markah anda. Tugasan yang baik akan
dapat membantu anda mencapai keputusan akhir yang baik juga.

PANDUAN DAN ARAHAN TUGASAN

TUGASAN INDIVIDU (Mini dokumentari-video)


GARIS PANDUAN
 Setiap pelajar perlu menyediakan video dalam bentuk mini dokumentari
(tempoh: 5-7 minit) Contoh: https://www.youtube.com/watch?
v=m47w2vmzcSI
 Pelajar perlu mengenal pasti isu ekonomi semasa yang boleh dianalisis
melalui teori Makroekonomi (sila rujuk sukatan pelajaran).

7
 Pelajar perlu menambah suara sendiri pada video atau muncul di dalam
video.
 Video/dokumentari perlu dimasukkan data dan statistik ekonomi mengikut
topik yang dipilh.
 Pelajar yang menyediakan video berdasarkan “membaca slaid
powerpoint” akan diberi markah/skor yang lemah.
 Pelajar juga boleh memilih kaedah temubual bersekemuka (interview)
sebagai salah satu bahan dalam video dokumentari.
 Sekurang-kurangnya sepuluh (10) rujukan perlu dipaparkan pada
penghujung video dan mesti berkaitan video dokumentari yang
dibentangkan.
 Sumber yang tidak boleh dipercayai, seperti Wikipedia tidak dibenarkan.
Rujukan, nama pelajar dan pautan video hendaklah dinyatakan dalam fail
“microsoft words” yang diserahkan kepada pensyarah.
 Rujukan termasuk buku, artikel jurnal atau laporan penyelidikan, laporan
berita, laman web rasmi Jabatan Perangkaan dan lain-lain.
 Penilaian adalah berdasarkan Rubrik untuk Kemahiran Digital (LOC 3d).
 Tarikh akhir penyerahan: 30 April 2024 (Selasa)

No. Antara contoh topik-topik ekonomi. (Pelajar boleh memilih tajuk sendiri)

1. Kesan perubahan kadar upah minimum.


2. Penghijrahan individu berkemahiran tinggi (brain drain) di Malaysia: Kesan dan Cabaran.
3. Kesan kenaikan OPR kepada isirumah.
4 Perkembangan ekonomi gig dan sumbangan terhadap ekonomi negara.
5. Kenaikan kadar inflasi Malaysia: Kesan kepada miskin bandar.
6. Perkembangan industri e-hailing di Malaysia.
7. Pengangguran di kalangan belia di Malaysia.

14.0 Kandungan Kursus

Bil. Tajuk
1
Pengenalan
1.1 Definisi Ekonomi
1.2 Kategori-kategori Ekonomi
1.3 Konsep Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas

8
2
Konsep dan Masalah Asas Ekonomi
2.1 Keluk Kemungkinan Pengeluaran
2.2 Masalah Asas Ekonomi
2.2.1 Apa yang akan dihasilkan?
2.2.2 Untuk siapa akan dihasilkan?
2.2.3 Bagaimana ia akan dihasilkan?
2.3 Sistem-sistem Ekonomi
2.3.1 Kapitalis
2.3.2 Sosialis
2.3.3 Ekonomi Islam

3 Teori Gelagat Pengguna (Pilihan Pengguna)


3.1 Teori Utiliti Kardinal
3.1.1 Jumlah Utiliti dan Utiliti Marginal
3.1.2 Hukum Utiliti Marginal Semakin Berkurangan
3.1.3 Keseimbangan Pengguna – kaedah pengiraan
3.2 Teori Utiliti Ordinal
3.2.1 Garis Belanjawan
3.2.2 Keluk Puas Sama
3.2.3 Keseimbangan Pengguna – kaedah rajah

4 Permintaan, Penawaran dan Keseimbangan Pasaran


4.1 Permintaan
4.1.1 Hukum Permintaan
4.1.2 Keluk Permintaan
4.1.3 Perubahan Kuantiti Diminta
4.1.4 Perubahan Permintaan
4.2 Penawaran
4.2.1 Hukum Penawaran
4.2.2 Keluk Penawaran
4.2.3 Perubahan Kuantiti Ditawar
4.2.4 Perubahan Penawaran
4.3 Keseimbangan Pasaran
4.3.1 Harga Maksimum
4.3.2 Harga Minimum

9
5
Keanjalan Permintaan dan Penawaran
5.1 Keanjalan Permintaan Harga
5.1.1 Pengiraan – kaedah purata
5.1.2 Darjah Keanjalan
5.1.3 Penentu-penentu Keanjalan
5.2 Keanjalan Permintaan Silang – pengiraan dan darjah keanjalan
5.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan – pengiraan dan darjah keanjalan
5.4 Keanjalan Penawaran Harga
5.4.1 Pengiraan – kaedah purata
5.4.2 Darjah Keanjalan
5.4.3 Penentu Keanjalan Penawaran

6
Kos Pengeluaran
6.1 Konsep-konsep Kos
6.1.1 Kos Eksplisit dan Implisit
6.1.2 Keuntungan Ekonomi dan Keuntungan Perakaunan
6.2 Kos Pengeluaran dalam Jangka Pendek
6.2.1 Kos berubah dan Kos tetap
6.2.2 Kos purata dan Kos marginal
6.2.3 Pembentukan keluk kos
6.2.4 Jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran marginal
6.2.5 Hubungan di antara kos marginal dan keluaran marginal
6.2.6 Hubungan di antara keluaran purata dan kos berubah purata

7 Teori Firma dan Struktur Pasaran


7.1 Persaingan Sempurna
7.1.1 Ciri-ciri
7.1.2 Keluk Permintaan dan Keluk Hasil Marginal
7.1.3 Pemaksimuman Keuntungan Firma dalam Jangka Pendek
7.2 Monopoli
7.2.1 Ciri-ciri
7.2.2 Keluk Permintaan dan Keluk Hasil Marginal
7.2.3 Pemaksimuman Keuntungan Firma dalam Jangka Pendek
7.3 Perbezaan antara Firma Persaingan Sempurna dan Firma Monopoli

8
Pengenalan Kepada Makroekonomi
8.1 Sejarah Perkembangan Ekonomi
8.2Pembolehubah-pembolehubah Makroekonomi
8.2.1 Harga
8.2.2 Pengangguran

10
9
Pengenalan Kepada Makroekonomi
9.1 Konsep-konsep Pendapatan Negara
9.1.1 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
9.1.2 Keluaran Negara Kasar (KNK)
9.1.3 Pendapatan Negara
9.1.4 Pendapatan Persendirian
9.1.5 Pendapatan Bolehguna
8.3 Kaedah Pengiraan Pendapatan Negara
8.3.1 Kaedah Perbelanjaan
8.3.2 Kaedah Pendapatan
8.3.3 Kaedah Keluaran
8.4 KDNK Benar dan KDNK nominal

10
Keseimbangan Pendapatan Negara dan Perbelanjaan Agregat (Ekonomi 2 dan
3 sektor)
10.1Fungsi Penggunaan dan Fungsi Tabungan
10.2APC, APS, MPC dan MPS
10.3Keseimbangan Pendapatan Negara – kaedah jadual dan rajah
10.3.1 Kaedah Perbelanjaan dan Pendapatan
10.3.2 Kaedah Bocoran dan Suntikan
10.4Perubahan Keseimbangan Pendapatan Negara
10.5Pengganda Pelaburan

11
Wang dan Bekalan Wang
11.1Definisi dan Fungsi Wang
11.2Takrifan Bekalan Wang
- M1, M2 dan M3

12
Sistem Bank Pusat
12.1Struktur dan Fungsi Bank Pusat (Bank Negara Malaysia)
12.2Alat Dasar Kewangan
12.2.1 Kuantitatif
- Operasi Pasaran Terbuka dan pengganda wang
- Nisbah Rizab Berkanun
- Kadar Diskaun
12.2.2 Kualitatif
- Pujukan Moral
- Kadar Syarat Margin

11
13 Permintaan Wang dan Kadar Bunga Keseimbangan
13.1Permintaan Wang
13.1.1 Tujuan Permintaan Wang Menurut Keynes
13.1.2 Faktor Mempengaruhi Permintaan Wang
13.2Kadar Bunga Keseimbangan
13.3Kesan Perubahan Penawaran Wang ke atas Pembolehubah Ekonomi
13.4Kadar Bunga Nominal dan Kadar Bunga Benar

14
Permintaan dan Penawaran Agregat
14.1Permintaan Agregat
14.1.1 Keluk Permintaan Agregat
14.1.2 Sebab-sebab Keluk Permintaan Agregat Bercerun Negatif
14.1.3 Faktor Perubahan Permintaan Agregat
14.2Penawaran Agregat
14.2.1 Keluk Penawaran Agregat Jangka Pendek
14.2.2 Peralihan Keluk Penawaran Agregat
14.3Keseimbangan Makroekonomi
14.3.1 Perubahan dalam keseimbangan
- Peralihan keluk AD dan AS dan kesannya ke atas ekonomi

12

Anda mungkin juga menyukai