Anda di halaman 1dari 3

Karangan (8) Cara-cara menagani gejala sosial dalam kalangan

remaja ( Percubaan PPinang 2022)

TEMA: Gejala sosial- merokok, melepak, menagih dadah,


merempit

KATA KUNCI: Cara-Cara menangani gejala sosial remaja

Isi Penting:
1. Agama
2. Keluarga yang bahagia
MESTI GUNA ISI YANG DIBERIKAN, SEKURANG-KURANGNYA 1

PERIBAHASA
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara- pemuda itu
sangat penting kepada bangsa dan negara

Tiada kusut yang tidak dapat dileraikan: setiap masalah ada


penyelesaiaannya

Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Pemuda ibarat mutiara yang perlu digilap-pemuda perlu
dididik dan dibimbing serta diasah

Sesat di hujung jalan, balik ke panggal jalan- insaf daripada


kesalahan
CONTOH KARANGAN
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, golongan muda
merupakan harapan keluarga dan pendukung wawasan negara. Namun demikian,
gejala sosial seperti melepak, merempit, merokok dan menagih dadah semakin
membimbangkan dan berlaku seawal belasan tahun di bangku sekolah lagi. Tiada
kusut yang tidak dapat dileraikan, masalah ini dapat diatasi dengan cara yang
berkesan.

Agama itu pedoman hidup yang dapat membimbing umatnya agar berbuat
baik. Agama haruslah menjadi asas kepada didikan dalam keluarga dan
dilanjutkan hingga ke sekolah. Ibu bapa mahupun pendidikan sekolah harus
membimbing anak-anak dengan agama sejak kecil kerana melentur buluh, biarlah
dari rebungnya. Dengan penghayatan dan amalan agama yang mendalam,
pemuda dapat dikekang daripada gejala sosial kerana mengenali yang halal dan
yang haram.

Kebahagian keluarga penting sebagai benteng untuk menghalang remaja


daripada terjerumus dalam gejala sosial. Ibu bapa berperanan mewujudkan
kehidupan yang stabil, selesa , selamat dan berkasih sayag. Ibu bapa wajar
meluangkan masa untuk memahami isi hati anak-anak dan sentiasa memberikan
sokongan dan bimibgan kepada anak-anak terutama yang memasuki zaman
keremajaan. Dengan itu, anak-anak tidak mudah terpengaruh dan bergaul
dengan rakan yang tidak senonoh.
Kesimpulannya, remaja ibarat mutiara yang perlu digilap agar menjadi
insan berguna. Ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan perdana dalam
hal ini. Anak-anak muda yang tersasar jalan harus kita bimbing agar sesat di
hujung jalan, balik ke pangkal jalan sebelum terlewat!

Anda mungkin juga menyukai