Anda di halaman 1dari 1

MEMO AKADEMI GENERASI MUKMIN EDUZONE SDN BHD

NO. G-13, JALAN KASTURI 1A


BUKIT BERUNTUNG
48300 RAWANG, SELANGOR

Tarikh : 30 Januari 2024, Selasa


Daripada : Pihak Pengurusan AGME
Kepada : Semua Kakitangan AGME
Perkara : PERINGATAN MESRA – Isu Membawa Anak Ke Tempat Kerja

Assalamualaikum wbt,

Merujuk kepada perkara diatas, adalah diingatkan kepada kakitangan yang membawa anak ke
tempat kerja (workstation) masing masing supaya tidak menggunakan sebarang aset AGME seperti
komputer, bilik isolasi, kelas pelajar, dan sebagainya tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak
pengurusan.

Perkara ini adalah satu kesalahan kerana penggunaan aset AGMESB tanpa pemantauan yang
sepatutnya boleh menyebabkan berlaku risiko kerosakan terhadap aset tersebut.

Selain itu, pihak AGMESB memandang serius perkara ini kerana dikhuatiri anak kakitangan akan
mengganggu rakan sekerja yang lain untuk menjalankan tugas di tempat kerja masing masing.

Semoga peringatan mesra ini dapat dilaksanakan dengan pemantauan ketua bahagian di tempat
masing masing.

Sekian, terima kasih.

DR NORSAZALI BIN HJ ABDULLAH


Pengarah Urusan
Akademi Generasi Mukmin Eduzone Sdn Bhd.

-CETAKAN KOMPUTER. TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN-

Anda mungkin juga menyukai