Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMJK YOKE KUAN Kod Sekolah: BEB 6047

1. Nama Guru
NORALIA BINTI ROSLAN
21 Habits
2. Judul 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh pembentangan 5. Masa: 10 pg

6. Tempat
7. Sinopsis
21 habits adalah berkenaan dengan cara untuk mencapai kehidupan yang sihat, menerangkan
secara terperinci di mana untuk memulakan dan memberi petua praktikal tentang cara untuk berjaya.
Bahagian yang menarik dalam buku ini adalah bukan berkenaan dengan kesihatan semata-mata.Ia
adalah mengenai perubahan diri kita sendiri melalui tabiat.Kadang-kadang tabiat kita nampak lebih
mudah tetapi sebenarnya tabiat itulah yang menjadi penyebab diri kita sekarang dan kita sukar untuk
berubah disebabkan oleh tabiat. Maka, ia lebih rumit dari apa yang kita fikirkan. Terdapat 6 langkah
untuk membina tabiat. Cara yang terbaik untuk kita berubah adalah kita mesti ubah tabiat. Kita perlu
berusaha untuk bina tabiat baharu tetapi sebaik sahaja kita membina tabiat baharu, minda kita bebas
untuk menerima dan melakukan perkara itu. Lama kelamaan ia akan menjadi rutin dan kita akan
berjaya untuk berubah. Buku ini turut menyediakan 21 tabiat untuk kita kekal sihat. Buku ini sangat
bagus dan membantu kita untuk mengubah tabiat lama yang tidak baik untuk jadi lebih baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Perubahan itu sangat sukar tetapi sekiranya kita ingin berjaya kita perlu berubah
untuk menjadi lebih baik.
2. Pemikiran yang postitif akan membantu kita menjadi lebih sihat.
3. Hubungan yang baik sesama manusia iaitu aktiviti sosial turut membantu kita
menurunkan tekanan darah dan mengurangkan hormon tekanan.
4. Dalam kehidupan kita perlu mempunyai rehat yang cukup supaya tidak tertekan dengan hidup.
Mesti ada masa untuk membuat aktiviti yang kita suka supaya kita akan sentiasa bertenaga.
5. Persediaan dan perancangan itu sangat penting. Jika kita tidak mempunyai
persediaan dan perancangan, kita cenderung untuk gagal.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
1. Perlu sentiasa bersedia dengan perubahan yang mungkin akan perlaku dalam
sistem pelajaran dan bersedia untuk berubah untuk menjadi guru yang lebih baik.
2. Hubungan dan kerjasama yang baik antara rakan sekerja amat penting supaya
sentiasa senang untuk bekerja sentiasa gembira. Apa yang penting seronok ingin
ke sekolah. Apabila seronok, semua kerja berhasil.
3. Penting untuk membuat persediaan sebelum pdpc supaya kita boleh menikmati sesi pengajaran
dan kita tahu apa yang hendak di ajar. Murid-murid akan merasa
lebih seronok sekiranya dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NORALIA BINTI ROSLAN) ( )

Anda mungkin juga menyukai