Anda di halaman 1dari 3

BERSYUKURLAH

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang


kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya
sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang
menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan
segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika
bagi menghormati azan.
Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya
itulah amalan yang sentiasa dijaganya.
Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh
telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah
apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah
menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"
Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan
syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu
semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku
tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku
menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah
berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di
dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh
dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang
sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat
yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya
"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu
catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di
kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus
aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat
kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan
akan mendapat 10 pahala.
Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih
simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya
lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak
Adam?." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah
ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan
keseronokkan serta kemewahan dunia.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul
maut.
burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya
kematian
itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:


Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

BERINGATLAH
22 tanda hari kiamat semakin hampir
>1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
>2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan,
buku, gambar, risalah atau filem.
>3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan
banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
>4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk
membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta
sebaliknya.
>5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak
berbohong sukar untuk hidup senang.
>6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
>7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka
sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
>8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada
makhluk di muka bumi.
>9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan
berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
>10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan
syaitan lain.
>11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan
anak menjadi tuan).
>12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan
disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak
berbuat kebaikan.
>13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak,
bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan
aurat dan berjudi.
>14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku
kecurian barang masjid yang berharga.
>15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam
sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang
melanggar perintahNya,
>16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman)
dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul
dan suka berpesta.
>17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang
dibaca serta diamalkan kehendaknya.
>18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
>19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan
jenayah.
>20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu
membela serta menyebarkannya.
>21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah
senjata syaitan yang baik).

Anda mungkin juga menyukai