Anda di halaman 1dari 4

TEKS MC PROGRAM SEINDAH SENTUHAN RAMADHAN

Para Hadirin sekalian, Majlis akan dimulakan sebentar lagi, sukacita sekiranya para hadirin dapat
mengambil tempat duduk masing-masing.

Majlis memohon kerjasama dari tuan2 puan2 serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit
atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu majlis. Kejasama
kalian amatlah kami hargai. Terima kasih.

Sirih berlipat, sirih pinang, sirih dr pulau mutiara,

Pemanis Kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara

Yang Dihormati Barisan Panel Hakim Yang Arif lagi bijaksana, Barisan Ahli Jawatankuasa Program
Seindah Sentuhanmu Ramdhan, Yang Diraikan Para peserta seterusnya Hadhirin Hadhirat sekalian…

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh

Alhamdulillah, setinggi – tinggi ucapan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah rahmat dan izin serta kasihNya, pada malam yang penuh barokah ini kita dapat
melaksanakan Majlis yang penuh bermanfaat iaitu Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran dalam
program Seindah Sentuhanmu Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Maklis Kolej Kediaman Unisza
2013. Bagi pihak jawatankuasa pengelola, Majlis mengalu-alukan kehadiran para Juri, peserta dan
hadirin – hadirat sekalian.

Bagi memula dan memuliakan Majlis, marilah sama2 kita menadah tangan bermunajat, memohon
berkat agar segala urusan kita mendapat rahmat… Oleh itu, sama2lah kita membaca umul furqan al
fatihah.

Hadirin hadirat sekalian.. Bak kata pepatah melayu..Tak kenal maka x cinta.. sudah kenal!.. kata juri…
tolonglah jangan tergila-gila.. oleh itu molek kiranya kami memperkenalkan Juri Kita Yang pertama
Yang akan mengadili bahagian Tarannum iaitu orangnya datang dari setiu Terengganu, sudah
merangkul banyak kejuaraan di pentas al quran di usia muda…termasuklah Johan MTQ skolah pd
tahun 2006 n 2008, Johan MTQ Negeri Peringkat Dewasa2010 n 2011, juga merupakan Johan MTQ
peringkat IPT Asean pd tahun 2011, Muncul Johan MTQ peringkat IPT terbuka 2012, dan yang
terbaru Muncul Johan MTQ Peladang Peringkat Negeri Terengganu 2013..
Beliau Ialah Saudari Nor Hidayah binti abd Rahman yang juga merupakan pelajar tahun 2 fakulty
Reka Bentuk dan perindustrian Unisza.

Juri kita yang kedua pula ialah.. Beliau Seorang Hafizah yang dilahirkan di ITQAN , negeri 9 cawangan
Darul Quran dalam jurusan DIplomA Tahfiz Al-Quraan wal Qiraat.. berasal dari negeri Nun jauh di
hujung sana iaitu Negeri Sembilan Darul Khusus dan sekarang tengah Menyambung Ijazah Sarjana
Muda Dakwah di Unisza..

Hadirin Hadirat Yang dihormati

Tak Molek, jika ada Alu tiada lesungnya..

Tak berguna jika ada Dayung, Tiada Perahunya…

Tak lengkaplah Majlis kita jika hanya ada pengacara…

Tapi tiada pesertanya..

Oleh itu bagi memeriahkan majlis kita …majlis dengan segala hormatnya menjemput peserta
pertama iaitu…

Bila peserta habis baca

Terima kasih diucapkan kepada saudari ………………………………………………….. atas bacaannya sebentar


tadi.. seterusnya majlis menjemput peserta yang ke- ……………………………….

Selepas tamat semua peserta ,, bagi ruang dan peluang untuk Juri memberi komentar

Kini , tibalah kita ke acara yang dinanti nantikan iaitu pengumuman keputusan dan penyampaian
hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berusaha
………………………………………………………………………….. diiringi oleh ……………………………………………………………
untuk menyampaikan amanah kepada para pemenang..

(umum pemenang)

Seterusnya dijemput kepada Juri kita Yang pertama Cik Nor Hidayah Abdul Rahman untuk menerima
sedikit cendrahati dari pihak penganjur..

Seterusnya dipersilakan pula Cik Nurul Hidayah Abdul Rahman untuk menerima cendrahati kenang-
kenangan dari pengajur..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para juri kita..

Seterusnya..

Dengan berakhirnya upacara penyampain hadiah sebentar tadi, maka majlis kita sudah sampai ke
penghujungnya. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Para Pemenang dan Peserta yang
bertanding… Yang menang diharapkan terus berpanjangan..yang masih belum menang..jangan risau
masih banyak peluang dan ruang untuk anda semua di luar sana..

Hadhirin Hadhirat sekalian

Pantun : Gugur menguning buah Kuini,

Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir di sini,

Salah dan silap mohon dilupakan saja,..

Sambung : Segala Kelemahan harap dimaafi,

Segala kerjasama sangat dihargai,

Terima kasih sekalung budi,


Kenangan nan indah simpanlah di hati,

Semoga kita berjumpa lagi…

Kami bagi pihak Ahli Jawatankuasa Program merakamkan ucapan Terima Kasih kepada semua pihak
yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Akhir kata daripada kami.. Wabillahi
taufiq wal hidayah wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

#Kata Guru...Ilmu yang ada perlu dikongsi...biar tersebar di seluruh Negeri... barulah hidup kita
semua diberkati ilahi.... insyaALLAH ^_______^

Anda mungkin juga menyukai