Anda di halaman 1dari 2

FADLIM TRAVEL & TOURS

ATURCARA UMRAH 26 NOVEMBER 2022


MUTAWWIF : USTAZ RAMLEE & USTAZ HJ. NOORDIN

SV 835 26 NOV KUL JED 1640 2045


SV 830 06 DIS MED KUL 2215 11.50 + 1

HARI 1 26 NOV 2022 SABTU UTARA / KLIA / JEDDAH / MAKKAH


Jemaah berkumpul pada jam 12.30 pagi untuk bertolak ke KLIA dengan bas/van. (Jemaah yang
pergi sendiri ke KLIA hendaklah berada di Aras 5 KLIA pada jam 10.00 pagi). Dijangka tiba di
KLIA pada jam 09.00 pagi. Jemaah berkumpul di aras 5 untuk check in kaunter SAUDI
AIRLINES pada jam 11.30 pagi. (BERPAKAIAN IHRAM) Jemaah berlepas ke lapangan
terbang Jeddah dengan pesawat SAUDI AIRLINES SV835 pada jam 04.40 petang. Tiba di
lapangan terbang Jeddah pada jam 08.45 malam. Selepas urusan check out di lapangan terbang
Jeddah, Jemaah bertolak ke hotel di Mekah dengan menaiki bas. Tiba di Mekah dan check in Hotel
Mekah. Jemaah akan di bawa menunaikan Umrah Wajib.

HARI 2 27 NOV 2022 AHAD MAKKAH


Aktiviti bebas untuk Jemaah memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.

HARI 3 28 NOV 2022 ISNIN MAKKAH


Jemaah berkumpul di lobi hotel jam 07.00 pagi dan menaiki bas untuk ziarah di sekitar Kota
Mekah seperti di Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur (sekadar lalu dengan
bas sahaja) dan akhir sekali ke Jaaranah untuk berniat umrah sekiranya Jemaah ingin mengerjakan
umrah sebelum kembali ke Mekah. (Bergantung kepada kelulusan & keadaan semasa).

HARI 4 29 NOV 2022 SELASA MAKKAH (TAIF)


Ziarah Taif: 7.00 pagi berkumpul di lobi hotel. Ziarah Masjid Siku, Kilang Ros, Masjid Abdullah.
Boleh niat Umrah di Miqat di Qarnul Manazil (pilihan). (Bayaran Pakej Taif akan
dimaklumkan oleh Mutawwif/Mutawwifah dan lawatan ini adalah atas pilihan Jemaah. Jika
jumlah penyertaan tidak mencukupi lawatan Taif akan dibatalkan.)
HARI 5 30 NOV 2022 RABU MAKKAH
Pada jam 7.00 pagi jemaah berkumpul di lobi hotel dan menaiki bas untuk ziarah kedua di sekitar
Kota Mekah seperti di Hudaibiyah dan Muzium Makkah. Jemaah yang ingin mengerjakan umrah
boleh berniat di miqat Hudaibiyah.

HARI 6 01 DIS 2022 KHAMIS MAKKAH / MADINAH


Jam 2.00 petang Tawaf Wida' & Daftar Keluar Hotel Makkah : Berkumpul di lobi Hotel dan
bertolak ke Madinah dengan menaiki bas. (Perjalanan dari Makkah ke Madinah mengambil masa
8 jam). Tiba di Madinah dan daftar masuk Hotel di Madinah. Aktiviti bebas dan beristirehat.
HARI 7 02 DIS 2022 JUMAAT MADINAH
Aktiviti bebas untuk Jemaah memperbanyakkan ibadah di Masjidil Nabawi. Jemaah lelaki
dinasihatkan ke Masjid untuk solat Jumaat pada jam 10.00 pagi. Pada waktu petang, Jemaah di
bawa menziarahi dalaman Masjid Nabawi termasuk Raudhah, Maqam Rasullah, Sayidina Abu
Bakar, Sayidina Umar. (Bergantung kepada kelulusan & keadaan semasa).

HARI 8 03 DIS 2022 SABTU MADINAH


Aktiviti bebas untuk Jemaah memperbanyakkan ibadah di Masjidil Nabawi.

HARI 9 04 DIS 2022 AHAD MADINAH


Ziarah Luaran : 7.00 pagi berkumpul di lobi hotel.(dengan berwudhu). Ziarah sekitar Kota
Madinah termasuk Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Perkuburan Para Syuhada & Jabal Uhud &
Telaga Iziq (Bergantung kepada kelulusan & keadaan semasa)

HARI 10 05 DIS 2022 ISNIN MADINAH


Aktiviti bebas untuk Jemaah memperbanyakkan ibadah di Masjidil Nabawi.

HARI 11 06 DIS 2022 SELASA MADINAH


Jemaah melakukan ziarah wida’ dan check out Hotel Madinah pada jam 02.00 petang. Jemaah
akan bertolak ke lapangan terbang Madinah dengan bas. Tiba di lapangan Madinah dan check in
kaunter SAUDI AIRLINES pada jam 05.00 petang. Jemaah bertolak ke KLIA dari lapangan
terbang Madinah dengan pesawat SAUDI AIRLINES SV830 pada jam 10.15 malam.

HARI 12 07 DIS 2022 RABU KLIA


Tiba di KLIA pada jam 11.50 pagi.

SV 830 06 DIS MED KUL 2215 11.50 + 1

NOTA:
1- Jemaah yang hendak menaiki Kapal Terbang dari Alor Setar , Penang & sebagainya hendaklah
membuat tempahan lebih awal.
2- Tambang Bas pergi & balik dari Sungai Petani , Kulim , Padang Serai dan Seberang Jaya
menghala ke KLIA adalah RM200 .
3- Perlis , Alor Setar , Baling , Sik dan Penang( Dalam Pulau ) dikenakan tambang sebanyak
RM250.
4- Segala aktiviti ibadah , ziarah dan lawatan bergantung kepada sop semasa dan kelulusan
daripada Kerajaan Arab Saudi.

Anda mungkin juga menyukai