Anda di halaman 1dari 3

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.


A ketat ( / )
B besar
C singkat
D longgar

Gambar 1

2 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.

A kelat
B enak ( / )
C manis
D masam

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
1
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

Gambar 2

3 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

A jernih
B hitam
C kotor ( / )
D bersih

4 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.

A baik
B cergas
C nyaman ( / )
D indah

5 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
A Indah ( / )
B Muram
C Kelam
D Sayup

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
2
LATIH TUBI TATABAHASA : KATA ADJEKTIF
6 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang
tadi.
A Menggelupas
B Menggerutu
C Melecur
D Melecet ( / )

Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
3

Anda mungkin juga menyukai