Anda di halaman 1dari 1

Doa PROGRAM SESI JELAJAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

‫ِل‬ ‫ِم‬ ‫ِء‬ ‫ِم ِه‬ ‫َّلِه‬ ‫ِب‬


‫ْس ِم ال الذي اَل َيُضُّر مع اْس َش ْي ٌء في األرض وال في الَّس َم ا وهو الَّس يُع اْلَع يُم‬
‫َاْل ُد ِ ِهلل ِّب ْال اَلِم ي الَّصَالُة الَّسَال َعل َأْش ِف اَألْنِب آِء ال ِلي ِّيِد َنا َّم ٍد َعل آِلِه‬
‫َي َو ُمْر َس َن َس ُمَح َو َى‬ ‫ُم َى َر‬ ‫َو‬ ‫َر َع َن َو‬ ‫َحْم‬
‫ِبِه ِع‬
‫َو َصْح َأْج َم يَن‬
‫الَّلُه َّم ِإَّنا َنُعوُذ ِبَك ِم َن اْلَب ِص َو اْلُج ُنوِن َو اْلُج َذ اِم َو ِم ْن َس ِّيِئ اَألْس َق اِم‬
‫َر‬
‫ِم‬
‫الَّلُه َّم َيا َأْک َر َم اْلُم ْک ِر ْيَن‬
Segala puji dan puja kepada-Mu Tuhan,
Syukur dan doa dipanjatkan,
Memohon keredhaan dan keberkatan,
Agar Program Sesi Jelajah Institusi Pengajian Tinggi (Ipt) Di UNIMAS
dipermudahkan,
‫الّل َّم ا َذالِم ِّن َال ُّن َعَليِه‬
‫َو َيُم‬ ‫ُه َي‬
Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran, Jadikanlah kami dari kalangan hamba-hambaMu
yang taat dan bersyukur. Kurniakanlah kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang
sempurna, fikiran dan tindakan yang sentiasa waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat
dan generasi yang beriman dan berakhlak baik, serta kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di
akhirat.

‫اللهم يا ذا الجلل والكرام‬


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala hajat permohonan kami. Engkau kurniakanlah
kepada kami kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan,
semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
segala tanggungjawab yang diamanahkan.
Ya Allah, Berkatilah usaha-usaha kami ini. Mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, akan
dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sahsiah agar terus meyumbang kecemerlangan dan kegemilangan UNIMAS.

‫الَّلُه َّم ِإَّنا َنُعوُذ ِبَك ِم َن اْلَب ِص َو اْلُج ُنوِن َو اْلُج َذ اِم َو ِم ْن َس ِّيِئ اَألْس َق اِم‬
‫َر‬
‫اللُه َّم اجَعْل َجْمَعَنا َه َذ ا َجْمًعا َّمرُح وًما َو َتَفُّر َقَنا ِم ن َبعِدِه َتَفُّر ًقا َّمْع ُصوًم ا َو َال َتْجَعِل الَّلُه َّم ِفْيَنا َو َال‬
‫ َمَعَنا َو َال َمْن َيْتَبُعَنا َش ِق ًّيا َو َال َم ْطُر ْو ًدا َو َال َم ْح ُر ْو ًما‬.

Anda mungkin juga menyukai