Anda di halaman 1dari 3

Pada akhir zaman ini terdapat penindasan berlaku di mana-mana sahaja termasuklah sesama

umat Islam sendiri kerana sifat tamak dalam diri manusia.


Jutaan saudara kita ditindas dengan pelbagai cara seperti wanita dirogol dan dibunuh dan kanak-
kanak dibunuh, tanah dan rumah mereka dirampas, dibakar, dihalau dari kampung halaman, hatta
dihalau dari negara asal masing-masing.
Kita dapat lihat keadaan ini berlaku di merata dunia seperti kepada umat Islam Rohingya di
Myanmar, penduduk asal Islam di Palestin, Ahli Sunnah di Syria, bangsa Islam Ughyur di China,
bangsa Moro Islam di Selatan Filipina, penduduk Islam di selatan Thai, muslim di Bosnia dan
muslim di Iraq.
Kalau kita teliti beberapa hadis Nabi Muhammad SAW, Nabi SAW sudah menceritakan keadaan
yang berlaku sekarang ini dan kenapa ia berlaku kepada umat Islam atau apa salah dan dosa umat
Islam diperlakukan dan dihina sehina-hinanya?
Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di
mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang
hendak makan mengerumuni hidangan mereka."Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah
hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada
hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan
mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan
ke dalam hati kamu penyakit wahan.”
Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW
menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud].
Ternyata daripada hadis di atas Rasulullah SAW pernah menyatakan berlakunya keadaan ini
kerana kesalahan umat akhir zaman ini yang mempunyai antaranya dua penyakit yang amat
kronik, walaupun jumlah umat Islam dalam dunia sekarang adalah lebih I.8 billion (setakat
2012).

Dua penyakit dikatakan itu ialah;


Pertama: Cintakan dunia sehingga memperhambakan diri dan seluruh kehidupan kepada dunia.
Apa-apa sahaja yang ditawarkan dunia akan disentap dengan rakusnya sehinggakan mereka lupa
halal haram dan dosa pahala, lupa kita akan mati dan akan dipertanggungjawabkan atas setiap
apa yang kita lakukan di dunia.
Kedua: Takutkan mati. Akhirnya kerana terlampau cintakan dunia dengan segala kemewahan
dan kenikmatannya menyebabkan mereka takutkan kematian, nak buat kerja agama takut
diancam dan dibunuh sedangkan umat terdahulu sanggup bergolok gadai hatta terbunuh di
medan peperangan demi mewariskan Islam kepada kita hari ini. Malangnya umat Islam akhir
zaman takutkan kematian sebab itulah kata Nabi SAW kita dikerumuni seperti makanan
dikerumuni serta mereka lebih mementingkan kekayaan dan keseronokkan tanpa mengetahui
halal dan haram.
Ada penyakit lain lagi tak disebut oleh Nabi SAW yang menjadi sebab keadaan ini berlaku?
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Umatku
akan ditimpa penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.” Sahabat bertanya: “Apakah
penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu itu?”

Nabi SAW menjawab: Penyakit-penyakit itu ialah [HR Hakim]:


1. Terlalu banyak bersukaria
2. Terlalu mewah
3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin
4. Penipuan dalam merebut harta benda dunia
5. Saling memarahi
6. Dengki-mendengki, sehingga menzalimi antara satu sama lain

Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan
rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu
serakah.
MasyaAllah, kalau kita perhatikan masyarakat kita hari ni betapa penyakit yang Rasulullah SAW
sebutkan dalam hadis ini telah menular seperti wabak yang sangat bahaya dan tidak dapat
dibendung penularannya dan menjadi penyakit kronik.
Dunia Islam telah dilanda krisis rohani yang sangat serius dan meruncing. Dengan kekosongan
rohani itulah mereka terjebak menghambakan diri kepada dunia dan memuaskan hawa nafsu
serakah.

Akibat turutkan hawa nafsu, tentunya segala cara akan digunakan termasuk segala tipu muslihat
tidak mengira halal haram dan dosa pahala.
Ketika itu lenyaplah nilai-nilai akhlak yang murni dan tinggallah kecurangan, khianat-
mengkhianati, dengki mendengki dan zalim menzalimi… Nauzubillah.

Peperangan banyak mengorbankan nyawa insan tidak berdosa.


Apa ubatnya untuk menyembuhkan penyakit-penyakit ini?
Beberapa ubat dan vaksin kepada penyakit kronik akhir zaman ini sebagaimana yang
difirmankan oleh Allah SWT yang mencipta kita dan baginda Nabi SAW adalah seperti berikut:
Firman Allah SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Agama Islam)
[Ali Imran:103].
Rasulullah SAW berpesan kepada kita: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana
kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan
sunnahku.”
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga
melainkan yang enggan.”

Anda mungkin juga menyukai