Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan

Alam ini semakin tenat, pelbagai permasalahan berlaku di muka bumi Allah s.w.t yang

indah ini khususnya kejadian yang berlaku ke atas umat Islam masa kini. Kita sering kali melihat

di kaca televisyen mahupun di dada khabar berkaitan penindasan yang berlaku kepada umat

Islam diseluruh pelusuk dunia. Penindasan yang berlaku begitu kejam, sehingga mengakibatkan

kematian, kebuluran dan juga kehilangan tanah di negara sendiri. Pada masa yang sama juga,

perkara ini berlaku dalam keadaan bahawa seluruh umat Islam sedar dan tidak mampu

melakukan apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalah ini hanya sekadar bantuan

kemanusiaan sahaja padahal penindasan ini masih berlangsung dengan jayanya. Mengapakah

semua perkara ini berlaku kepada umat Islam pada masa sekarang walhal bilangan umat Islam

kini lebih banyak berbanding bilangan ketika zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat? Umat

Islam kini acap kali menyalahkan takdir ke atas apa yang berlaku sekarang ini dan

menganggapnya sebagai ujian daripada Allah s.w.t.

Namun demikian, terdapat juga segelintir umat Islam kini yang berpendapat itu adalah

balasan daripada Allah s.w.t ke atas umatnya yang telah jauh terpesong daripada ajaran Islam

yang sebenar sehingga munculnya ajaran-ajaran sesat daripada akidah Islam sebenar. Di samping

itu, sebagai umat Islam yang memahami agama Islam dengan lebih mendalam. Kita haruslah

percaya bahawa Allah s.w.t itu Maha Pemurah, Penyayang, adil dan lain-lain kepada hambaNya

walaupun hambaNya itu telah jauh melupakanNya. Hal ini demikian kerana, Allah s.w.t tidak

akan membebani umatnya dengan beban yang begitu berat sehingga kita tidak mampu

memikulnya. Tetapi, sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala yang ditetapkan olehNya

1
adalah merupakan satu bentuk ujian kepada hambaNya kini bagi melihat sejauh manakah

keimanan umat Islam masa kini bersatu dalam menghadapi krisis yang sedang berlaku ini.

Perkara ini juga telah diperjelaskan di dalam surah al-baqarah ayat 286 yang menerangkan

bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui kekuatan hambaNya dan tidak menguji di luar

kemampuan hambaNya.1 Oleh itu, tidak bererti bahawa Allah s.w.t tidak memberi bantuan

kepada umat Islam yang tertindas sekarang ini kerana tidak sayang atau tidak peduli. Namun

sebaliknya, Allah s.w.t kasih dan sayang kepada hambaNya. Hal ini berlaku kerana, manusia ini

sifatnya seorang pelupa, ada kalanya sibuk melayari urusan dunia yang semestinya tidak akan

dibawa ke akhirat dan lalai kepada hakikat yang nyata bahawa kita ini adalah hambaNya yang

Esa.

Justeru, persoalan mengenai kenapakah bantuan allah s.w.t tidak sampai atau tiada

bantuan kepada umat islam yang tertindas adalah kerana diriNya sedang menguji hambaNya agar

umat Islam kini kembali kepada fitrah asal yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad

s.a.w yang kita cintai selama ini. Di samping itu, sentiasa terus berdoa kepada Allah s.w.t agar

bantuan yang diharapkan muncul kelak. Tuntasnya, terdapat bantuan yang diberikan oleh Allah

s.w.t yang kita sendiri tidak sedar dan melihatya suatu perkara yang kecil serta tidak penting.

Namun, ia sebenarnya membawa erti yang besar kepada penyatuan umat Islam seluruh dunia

pada masa ini dan secara tidak langsung juga memberi kesan masyarakat yang tidak beragama

Islam di dunia ini.

1
Nur Hafizah Mohd Salleh, “Ujian Itu Hadiah dari Allah”, diakses dari http://quranicgen.com/ujian-itu-hadiah-dari-
allah/ pada 12 April 2018.

2
2.0 Faktor Bantuan Allah Lambat Datang kepada Negara Islam yang Ditindas

Walaupun pertolongan Allah itu ada, tetapi daripada perpektif Islam kita juga harus

melihat faktor pertolongan Allah tidak diberi secara langsung kepada hambanya. Antara faktor

yang menyebabkan negara Islam ditindas dan pertolongan Allah masih belum sampai secara

terus kepada umat Islam adalah kerana;

2.1 Umat Islam Saling Bercakaran

Umat Islam yang berpecah-belah merupakan salah satu punca pertolongan Allah lambat

sampai kepada kita.

Menghubungkan tali persaudaraan antara sesama muslim adalah kewajipan agama yang

sangat ditekankan Allah SWT dalam al-Quran. Allah SWT berfirman bahawa orang yang

memutuskan tali persaudaraan adalah sebagai sifat orang yang kafir dan ingkar.

Allah SWT berfirman maksudnya:

“Dan orang-orang yang memutuskan sesuatu (persaudaraan yang diperintahkan agar

selalu Allah agar selalu dihubungkan dan mereka yang membuat kerosakan atas bumi,

mereka mendapatkan laknat Allah dan mereka akan mendapatkan tempat tinggal yang

sangat menyusahkan.”2

Oleh hal yang demikian, akibat daripada perpecahan umat Islam serta putusnya

silaturrahim antara umat Islam telah mengakibatkan kemurkaan Allah terhadap umat yang ingkar

serta pertolongan Allah lambat sampai kepada hamba-Nya.

2
KH. Abdullah Salim, Akhlak Islam Membina Rumah Tangga dan Masyarakat (Malayisia: Thinker’s Library Sdn
Bhd,1988), hlm 123-124.

3
2.2 Umat Islam Meninggalkan Ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah serta Melakukan

Maksiat

Semakin jauh kita dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka semakin jauhlah kita dengan

pertolongan Allah. Dalam hal ini, kita dapat lihat dalam peristiwa Perang Uhud sebagai

contohnya. Hanya disebabkan beberapa orang yang tidak mematuhi arahan Nabi Muhammad

SAW, Allah telah memberi pengajaran kepada umat Islam dengan memberi kekalahan kepada

mereka dalam peperangan tersebut.

Jika dibandingkan umat Islam terdahulu dengan masa sekarang, umat Islam pada masa

ini dengan tenangnya meninggalkan suruhan Allah seperti meninggalkan solat, meninggalkan

puasa, tidak menutup aurat, membuat maksiat secara berleluasa, mengagungkan ideologi selain

Islam seperti syiah, hedonisme dan sebagainya. Ada juga di antara kita yang menjadikan orang

kafir sebagai role model. Rasulullah SAW bersabda :

“Apabila umatku telah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan

Islam. Dan apabila mereka meninggalkan amar makruf nahi mungkar(dakwah), maka

akan hilang dari mereka keberkatan wahyu. Dan apabila umatku saling menghina, maka

jatuhlah mereka dari pandangan Allah!!”3

(Hadith riwayat Hakim dan Tirmizi)

Kita telah menyaksikan, sebahagian negara yang penduduknya majoriti umat Islam telah

dijajah oleh kaum kafir, negara dan penduduknya kucar-kacir, disana-sini dihentam oleh orang

Yahudi dan Nasrani. Begitulah yang terjadi di negara Palestin. Sudah puluhan tahun mereka

3
Adnin Roslan, “Isu Palestin: Apakah Cara Nak Menangkan Islam?”, diakses dari http://www.tarbiahsentap.com
/2014/08/isu-palestin-apakah-cara-nak-menangkan.html pada 4 April 2018

4
dijajah oleh bangsa Yahudi laknatullahu. Negara Afganistan, Bosnia, Iraq dan negara timur

lainnya, yang sebelumnya menjadi hidangan orang Soviet, lalu dilanjutkan oleh orang Amerika.

Peristiwa yang sama, sebelumnya juga melanda kaum Muslim di Filipina dan sebahagian

pulau di Indonesia. Musibah beruntun yang menyedihkan ini, tidak lain tidak bukan kerana ulah

umat Islam sendiri, yang tidak mahu berpegang teguh dengan ajaran agama Islam, sebagaimana

Allah telah menerangkan dalam surat Hud : 117.

َ‫ك لِيُ ْهلِكَ ْالقُ َرى بِظُ ْل ٍم َوأَ ْهلُهَا ُمصْ لِحُون‬
َ ُّ‫َو َما َكانَ َرب‬

“Dan Rabb-mu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang

penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan”.4

[Hud :117]

Oleh hal yang demikian, pertolongan Allah tidak akan sampai kepada kita dengan

mudahnya selagi kita masih meninggalkan ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta melakukan

maksiat.

2.3 Ujian Tanda Kasih Sayang Allah kepada Umat-Nya

Berfirman Allah Ta’ala maksudnya:

“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dari setitis air mani yang bercampur,

sungguh Kami akan mengujinya.”

4
Aunur Rofiq Ghufron, “Menyingkapi Umat Islam yang Tertindas”, diakses dari https://almanhaj.or.id/2919-
menyikapi-umat-islam-yang-tertindas.html pada 4 April 2018.

5
“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia (hidup) dalam perjuangan yang susah

payah.”

(Surah Al-Balad : 4)

Apabila sabar itu menjadi keperluan manusia seluruhnya, maka Ahli Iman lebih khusus

lagi, lantaran mereka lebih terdedah kepada kepayahan dan ujian, cubaan harta benda dan diri

mereka serta kemuliaan yang ada di sisi mereka. Telah berlaku hukum alam, bahawa para musuh

mereka telah merancang perencanaan buruk untuk mereka, menipudaya mereka dan seterusnya

menunggu dan mengepung mereka. Begitulah Allah telah menjadikan Nabi Adam AS,

musuhnya adalah Iblis, musuh kepada Nabi Ibrahim AS adalah Namrudz, musuh kepada Nabi

Musa AS ialah Fir’aun, manakala musuh kepada Nabi Muhammad SAW pula ialah Abu Jahal

dan mereka seumpama dengannya.

Allah berfirman maksudnya:

“Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh-musuh daripada kalangan

orang-orang yang jahat.”

(Surah Al-Furqan : 31)

Begitu jugalah yang terjadi kepada orang-orang mukmin dari pengikut-pengikut para

nabi, mereka itu paling banyak menerima ujian selepas nabi, urutan demi urutan.

Sesiapa yang berkeyakinan bahawa jalan iman itu terhampar dengan bunga-bungaan dan

keharuman, maka sesungguhnya ia jahil akan tabiat iman, jahil akan tabiat risalah dan jahil akan

tabiat musuh-musuh risalah.

6
Barangkali perhitungan dan sangkaan ini, suatu ketika dahulu pernah masuk ke dalam

jiwa sebahagiaan daripada orang-orang yang beriman. Sewaktu berada di Mekah selepas

kesengsaraan menimpa mereka lalu Allah menurunkan ayat di dalam Surah al-Ankabut yang

bermaksud:

“Alif Lam Mim, apakah patut manusia itu mengira mereka akan dibiarkan begitu sahaja

(dengan) mengatakan “Kami beriman”, dan mereka tidak akan diuji? Dan sesungguhnya

kami telah pernah menguji orang-orang yang terdahulu dari mereka, (dengan ujian ini

nyata apa yang diketahui Allah orang-orang yang beriman sebenarnya dan orang-oraang

yang berdusta”.

(Surah al-Ankabut : 1-3)

Malahan pada zaman Madani, kita dapati ayat-ayat al-Quran menafikan sangkaan dan

kiraan ini, umpamanya firman Allah di dalam surah al-Baqarah :

“Apakah patut kamu menyangka, bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga, padahal,

bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga, padahal belum datang kepada kamu (ujian

dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada

kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit

(kemelaratan), serta digoncangkan dengan ancaman bahaya para musuh sehingga

berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersertanya: “Bilakah (datangnya)

pertolongan Allah?” Ketahuilah bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat

dekat.”

(Surah al-Baqarah: 214)

7
Sesungguhnya syurga itu pastinya mempunyai harga (nilai), ianya adalah sesuatu yang

mahal, maka janganlah lari dari harga itu. Pendakwah-pendakwah terdahulu, sebelum daripada

kita, telah menempuh ujian, untuk itu pastinya akan juga diharungi oleh saudara-saudara mereka

selepasnya. Itulah dia menimpa harta benda, kemudharatan yang menimpa tubuh badan dan

kegoncangan jiwa.5

Oleh hal yang demikian, ujian yang diturunkan oleh Allah kepada hambanya merupakan

tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya kerana setiap kesabaran hamba-Nya dalam

menempuh ujian hidup akan meningkatkan darjat dan keimanan hamba-Nya dan seterusnya

mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

3.0 Jalan Penyelesaian

Setiap masalah yang terjadi pasti ada jalan penyelesaiannya. Sebab-sebab terjadinya

sesuatu perkara haruslah dikaji dan diselesaikannya. Maka setiap daripada itu pasti ada jalan

keluarnya.

3.1 Mengukuhkan Ukhuwah Islamiah

Ukhuwah Islamiah bermaksud persaudaraan Islam iaitu persaudaraan yang diajarkan oleh

Islam yang berlaku di kalangan sesama orang Islam. Sesungguhnya ajaran persaudaraan Islam

sudah terkandung di dalam kata yang menjadi nama bagi agama kita itu sendiri iaitu ‘Islam’,

sebab salah satu di antara makna Islam ialah damai.

Itulah sebabnya sesuai dengan nama Islam yang demikian ini yang disebut orang Islam

(muslim) ialah orang yang dapat hidup secara rukun damai dengan sesama manusia, lebih-lebih

5
Yusof Al-Qardhawi, Sabar Dalam Islam, (Malaysia: Penerbitan al-Masyhur Sdn.Bhd, Januari 1992) hlm, 26-29.

8
lagi dengan sesama kaum muslimin. Rasulullah SAW merumuskan pengertian demikian ini

dengan sabdanya yang bermaksud

Orang Islam itu ialah orang, yang orang-orang Islam lainnya selamat dari gangguan

tangan dan lisannya.

(Riwayat Bukhari).

Maksudnya, bahawa yang disebut orang Islam itu ialah orang yang segala tingkah

lakunya baik yang berupa perbuatan mahupun perkataan tidak mengganggu orang Islam lainnya,

sehingga orang Islam yang lain itu merasa aman dari segala tingkah lakunya itu.

Dalam Ukhuwah Islamiah diajarkan bahawa orang Islam itu satu sama lain adalah

saudara. Rasulullah SAW dalam berbagai-bagai kesempatan bersabda bahawa “Al-Muslim akhul

muslim” yang ertinya orang Islam itu saudara orang Islam.

Al-Quran juga menerangkan :

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu sampaikanlah kedua

saudaramu…”

(Surah Al-Hujurat: 10).

Kemudian dalam Hadis riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah SAW bersabda pula:

“Orang mukmin yang satu bagi orang mukmin yang lain, bagaikan bangunan yang antara

bahagian-bahagiannya satu sama lain saling menguatkan.”

Dalam hadis yang lain juga riwayat Bukhari dan Muslim beliau terangkan:

9
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling menyayangi, mencintai, dan menolong

antara mereka, seperti halnya satu badan, yang apabila satu bahagian dari badan itu

menderita sakit, akan merasa pula sakit seluruh badan kerana tidak dapat tidur dan

panas.”

Jadi orang Islam itu adalah bersaudara antara satu sama lain, yang ikatan persaudaraanya

kukuh kuat sebagai kukuh kuatnya suatu bangunan, katakanlah misalnya tembok batu yang

unsur-unsurnya seperti batu, pasir, simen, kapur dan sebagainya saling menguatkan.6

Oleh hal yang demikian, persaudaraan Islam yang kukuh kuat dan bersatu padu dapat

melawan pihak musuh yang menindas negara Islam. Umat Islam yang bersatu padu disukai Allah

dan secara automatiknya Allah akan menghantar bantuan kepada umat Islam itu sendiri.

3.2 Bertaubat Kepada Allah dan Kembali kepada Ajaran Islam Sebenar

Makna taubat menurut pengertian bahasanya ialah kembali, iaitu kembali taat kepada

Allah setelah sebelumnya derhaka kepadaNya (Al-Maidah 74). Imam Al-Ghazali berkata

bahawa taubat ialah kembali mengikut jalan yang benar dari jalan sesat yang telah ditempuhnya.

Dengan rumusan yang agak berbeza, Ulama lain berkata, bahawa yang disebut taubat ialah

berpindah dari keadaan yang dibenci dan dikutuk oleh Allah kepada keadaan yang diredhai dan

dicintai oleh-Nya.7

Dalam hal ini, umat Islam diseru agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan

bertaubat kepada Allah. Umat Islam haruslah meninggalkan maksiat, menjadikan al-Quran dan

al-Sunnah sebagai pegangan hidup serta bersepakatlah sesama umat Islam. Allah telah menyeru

6
Humaidi Tatapanggarsa, Akhlak yang Mulia, (Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD, 1983) , hlm. 123-125.

7
Ibid., hlm. 43

10
hamba-Nya agar bertaubat kepada-Nya melalui firman Allah dalam An-Nur ayat 31 yang

membawa maksud :

“Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu

beruntung.”

Dengan itu Allah pasti akan memberi pertolongan kepada hamba-Nya yang semakin

dekat kepada-Nya.

Bersesuian dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Jika seorang hamba mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta.

Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Dan jika ia

datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku datang kepadanya dengan berlari.” (Riwayat

Bukhari)8

Sesungguhnya Allah dekat dengan hamba-Nya yang dekat kepada-Nya. Dengan itu,

bantuan Allah pasti akan sampai kepada hamba yang beriman kepada-Nya.

Sebagai hamba Allah yang mengharapkan pertolongan Allah, kita seharusnya membantu

agama Allah dengan cara menghidupkan agama Islam dan kembali kepada ajaran Islam yang

sebenar.

Allah SWT tidak mengubah keadaan suatu kaum yang berada dalam kenikmatan dan

kesejahteraan, sehingga mereka mengubahnya sendiri. Dan Allah juga tidak mengubah sesuatu

kaum yang hina dan rendah, kecuali mereka mengubah keadaan mereka sendiri iaitu dengan

8
Ibid., hlm. 54

11
menjalankan sebab-sebab yang dapat menghantarnya kepada kemuliaan dan kejayaan. Inilah

yang dijelaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah

diri mereka sendiri”9

(Surah Ar-Ra’d :11)

Setiap perkara yang terjadi di alam ini merupakan qada’ dan qadar Allah Ta’ala. Namun

kita sebagai hamba-Nya yang akan mengubah setiap perkara yang ditakdirkan untuk kita. Jika

kita ingin meraih pertolongan daripada Allah maka kita sebagai hamba perlulah berusaha

mendapatkannya. Oleh itu, kita haruslah membantu agama Allah dengan cara sentiasa

melakukan amar makruf nahi mungkar, berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta

kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

3.3 Sabar dan Tawakal Kunci Kemenangan

Sesungguhnya dengan sabar dan tawakkal, maka kemenangan itu akan semakin dekat.

Sabar atas ujian atau qadha, membuat orang menjadi kuat, bukan menjadi lemah, serta membuat

orang berpegang teguh kepada al-Qur’an, bukan menjauhinya. Dan sabar itulah yang menjadikan

seseorang dekat kepada Allah, bukan menjauh. Salah satu dalil tentang “Sabar” yang sangat

terkenal yang terdapat dalam surah al-Baqarah 2: 153 seperti berikut:

َّ ‫صلَو ِة إِ َّن هللاَ َم َع ال‬


َ‫صبِ ِر ْين‬ َّ ‫يَأَيُّهَا الَّ ِذ ْينَ َءا َمنُوْ ا ا ْست َِع ْينُوْ ا بِال‬
َّ ‫صب ِْر َو ال‬

9
Kholid Syamhudi Lc, “Pelajaran dari Umat Terdahulu” diakses dari https://almanhaj.or.id/3889-pelajaran-dari-
umat-terdahulu-1.html pada 14 april 2018

12
Ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu[99],

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Semoga dengan ujian dan cubaan yang kita hadapi akan membuat kita kembali kepada

Allah dengan selalu bersabar dan tawakal menerima apa yang telah ditakdirkan, menyedari

kesalahan dan berusaha memperbaharui segala perbuatannya agar sentiasa mendapat reda Allah

SWT.10 

10
Hazimah Ummu Khansa, “Ujian Jalan Menuju Kemenangan” diakses dari https://muslimahactivity.wordpress.
com/2014/12/01/ujian-jalan-menuju-kemenangan-2/ pada 14 April 2018.

13
4.0 Kesimpulan

Sesungguhnya, prinsip yang kuat lahir dari pegangan yang kuat pada akidah. Hal ini

demikian kerana, manusia memiliki pelbagai kecenderungan dan keinginan ke arah yang baik

dan juga ke arah yang buruk. Oleh itu, jika seseorang muslim dapat mengawal keinginan

buruknya, menunjukkan hatinya mulia dan mantap. Di dalam hidup sentiasa mempunyai ujian

dan dugaan yang diberikan oleh Allah SWT. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Allah menguji

seseorang umatnya atas kemampuannya dan tidak akan membebankan umatnya jika umantya

tidak mampu. Sesungguhnya setiap masalah mempunyai jalan penyelesaianya kerana Allah

bersifat mengetahui.

Sebenarnya, Allah bukan tidak membantu umat Islam yang ditindas di Negara Islam

namun Allah ingin menguji hambaNya agar sentiasa rasa bersyukur atas apa yang diberikan

olehNya sama ada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Setiap hambaNya yang

diuji merupakan tanda bahawa Allah masih menyayangi umatNya. Allah juga ada berfirman

dalam surah Ali Imran ayat ke 103 yang bermaksud :

“ Berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah sepenuhnya, dan janganlah kamu

bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu saling musuh-memusuhi,

lalu Dia lembutkan hati kamu hingga menjai bersaudara kerana nikmat-Nya.”

(Ali Imran : 103)

Antara faktor yang menyebabkan masih ada negara Islam yang ditindas yang telah

dibincangkan, ialah, umat Islam masih lagi bercakaran sehingga ada yang hendak memutuskan

tali silaturrahim. Selain itu, masih ada umat Islam yang meninggalkan ajaran al-Quran dan al-

Sunnah serta melakukan maksiat secara terangan mahupun tersembunyi. Faktor seterusnya pula

14
ialah ujian yang diberikan oleh Allah merupakan tanda Allah masih menyayangi kita. Namun,

jalan penyelesaiannya juga disebutkan dalam makalah ini ialah yang pertama dengan

mengukuhkan ukhuwah islamiah, bertaubat kepada Allah dan kembali kepada ajaran Islam yang

sebenar dan seterusnya setiap umat Islam digalakkan sentiasa bersabar dan bertawakal dan ia

juga merupakan kunci kemengan dalam diri seseorang muslim.

Seterusnya, akidah Islamiyah mewajibkan agar mendidik anak-anak setiap muslim

menjadi orang yang kuat, kerana Islam adalah agama yang kuat. Maka, untuk memelihara

prinsip, nilai, akhlak dan kebaikan manusia yang beragama Islam, maka mestilah ia mempunyai

kekuatan yang boleh melindunginya dari kezaliman dan kedengkian pihak musuh. 11 Seseorang

yang mempunyai akidah pasti menyedari bahawa hidup di dunia hanyalah sementara. Oleh itu,

dia akan menggunakan kehidupannya kea rah kemuliaan berjihad ke jalan Allah bagi

memperoleh kemuliaan jiwa. Secara kesimpulannya, marilah kita sama-sama sentiasa berdoa

kepada Allah semoga kita semua sebagai umat Islam di seluruh dunia sentiasa berada dalam

rahmat dan kasih sayangNya. inshaALLAH.

11
Abdul’al Salim Makram, Aqidah Membina Peribadi Mukmin Sebenar, (Selangor: Hikmah Enterprise 1995) , hlm.
169

15

Anda mungkin juga menyukai