Anda di halaman 1dari 8

*AMARAN!!!

Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan


ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.
(16 Syawal 1434H / 23 Ogos 2013M)
TIPU DAYA YAHUDI DAN NASRANI

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang


diucapkan secara terang-terangan (untuk mendedahkan
kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan
(ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian,


Dunia hari ini sedang menyaksikan situasi yang amat sukar bagi
kebanyakan umat Islam di seluruh dunia. Manusia semakin keliru dalam
membezakan antara baik dan jahat, antara berperang dan mengganas,
antara jihad dan jahat . Dunia hari ini bukan lagi dunia yang dikuasai oleh
kepimpinan dan ketuanan Islam, tetapi dicernakan dan diaturkan oleh
dunia barat yang penuh kepalsuan. Sekian lama dunia Islam menghadapi
penganiayaan dan penindasan, namun Islam juga yang masih menjadi

1
musuh utama alam sejagat . Umat Islam masih dilihat sebagai umat yang
sukakan keganasan walaupun di mana-mana kita melihat Umat Islamlah
yang sering menjadi mangsa keganasan. Ketika bumi Palestin dirampas
oleh Yahudi Israel laknat, dunia masih sibuk menuding jari menyalahkan
dan mempertikaikan tindakan kumpulan Islam yang berjihad
mempertahankan negara mereka. Ketika umat Islam disembelih di Bosnia
dunia hanya menganggapnya sebagai suatu malapetaka biasa. Sekian
lama Umat Islam menjadi mangsa Syiah di Syria, dunia hanya
menganggapnya sebagai perang saudara. Dan kini tatkala Umat Islam
diganyang oleh Thoghut perampas kuasa di Mesir, Ikhwanul Muslimin
pula yang disalahkan dan terus-terusan dicerca.
Berbeza sangat keadaannya apabila keadaan yang sama menimpa
Yahudi dan Nasrani. Sejarah pembunuhan entah berapa orang Yahudi
oleh Hitler, menjadikan mereka bangsa yang dianggap sebagai mangsa
selama-lamanya, sehingga mereka bebas membalas dendam kepada
sesiapa tanpa boleh dilarang oleh sesiapa. Sedikit kecelakaan yang
dirancang dalam peristiwa 11 September, menjadi alasan untuk dunia
menerima kekejaman Amerika yang mengganas di seluruh dunia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Ini semua berpunca daripada kelemahan Umat Islam yang terlalu
bergantung kepada orang lain dan semakin jauh daripada ajaran Allah.
Umat Islam hari ini tidak mempunyai sebab dan musabab bagi
melayakkan mereka menerima bantuan dan pertolongan Allah. Terlalu
jauh bezanya zaman ketuanan Islam suatu masa lalu dengan zaman
kelesuan dan kedayusan umatnya pada masa ini. Khalifah Umar al-
Khattab bersama tenteranya memasuki negara barat dengan hanya
memberikan penduduk negeri tersebut tiga pilihan iaitu menerima Islam
sebagai pegangan, bernaung di bawah pemerintahan Islam dan memberi
2
jizyah atau bersedia menghadapi peperangan. Oleh kerana Islam
mempunyai ketuanan serta dihormati oleh musuh dan kawan, maka
tindakan tersebut tidak pernah dipersalahkan. Malah sebahagian besar
penduduk menyambut kemasukan tentera Islam sebagai bulan jatuh ke
riba kerana sekian lama mereka tersiksa dengan kekejaman pemerintah
yang ada. Masyarakat dunia terlalu dahagakan keadilan dan kebebasan
Islam. Dunia memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan
Islam walaupun Umar Al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang
zuhud yang tinggal di rumah yang buruk dan memakai pakaian yang
bertampal, namun keberanian, ketegasan dan keyakinannya
melaksanakan Islam dihormati oleh penduduk dunia dan masyarakat
antarabangsa. Ini berbeza dengan umat Islam hari ini yang lebih banyak
menyembah mengharapkan keredhaan Yahudi dan Nasrani berbanding
keyakinan terhadap pertolongan Allah. Walaupun pemimpin Islam hari
ini mempunyai sumber kekayaan yang mampu menguasai dunia serta
mempunyai mahligai dan kemewahan yang menakjubkan dunia namun
segala tindakan kita seolah-olah masih mengharapkan pertolongan orang
bukan Islam. Umat Islam hari ini lebih banyak menjaga imej agar tidak
disalah anggap oleh orang lain daripada memperlihatkan amalan dan
perlaksanaan Islam walaupun imej yang dikehendaki tidak pernah
diperolehi. Kita lebih banyak bertolak ansur sehingga dunia langsung
tidak mendapat gambaran apakah Islam sebenarnya. Rasulullah SAW
bersabda:

3
-

Hampir tiba zamannya manusia mengerumuni kamu


sepertimana lahapnya mereka yang mengerumuni makanan.
Ada sahabat bertanya: apakah karena sedikitnya jumlah kita
pada masa itu? Baginda bersabda: Bahkan jumlah kalian
pada masa itu banyak. Tetapi kalian pada saat itu bagaikan
buih yang hanyut. Dan Allah akan mencabut dari dada-dada
musuh kalian (rasa) ketakutan kepada kamu, dan Dia akan
memasukkan ke dalam hati-hati kamu al-wahan. Lalu
sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah al-wahan itu?
Beliau bersabda: cinta dunia dan takut mati

Sidang Jumaat Sekelian,


Dunia masih terus diperbodohkan oleh Yahudi dan Nasrani jika
Islam tidak kembali memerintah dunia. Teknologi nuklear hanya menjadi
hak negara yang tidak mengancam mereka. Hak asasi manusia perlu
diamalkan di negara dunia ketiga tetapi tidak menjadi agenda besar di
negara mereka. Demokrasi digunakan untuk menjajah negara yang tidak
tunduk kepada mereka sedangkan rampasan kuasa digunakan bagi
membolehkan boneka mereka memerintah sesebuah negara.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,


Sukar nak digambarkan bagaimana Umat Islam mampu berdiam
diri melihat pembunuhan demi pembunuhan ke atas saudara kita tanpa
berbuat sesuatu yang bermakna bagi menghentikannya. Nyawa umat
Islam seolah-olah tidak mempunyai sebarang harga dan pembunuhan
umat Islam seolah-olahnya suatu perkara kecil. Sedangkan Rasulullah
saw menafikan keislaman bagi pembunuh seorang muslim tanpa hak
apatah lagi pembunuhan ribuan Umat Islam walaupun oleh pemimpin
mereka sendiri. Sabda Rasulullah saw :
4
Daripada Abdullah berkata, sabda Rasulullah saw bersabda ;
mencela seorang muslim adalah fasiq dan membunuhnya
adalah kafir.

5
28

Maka kamu akan mendapati bahawa mereka yang paling


keras permusuhannya terhadap orang yang beriman adalah
Yahudi dan mereka yang syirik kepada Allah.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Segala kekalutan seperti ini tidak akan berlaku jika Islam
menguasai dunia. Dunia hari ini akan aman jika Islam diberi peranan
yang secukupnya. Umat Islam mestilah mengembalikan jati diri dan
berusaha mendapatkan kembali atau ketuanan Islam bagi
memimpin dunia. Oleh yang demikian kita tidak ada pilihan lain kecuali
tidak tunduk apatah lagi menyokong segala tipu daya Yahudi dan
Nasrani. Kita wajib menyokong segala usaha ke arah mengembalikan
Islam sebagai kuasa memerintah kerana hanya Hukum Allah yang berhak
dilaksanakan di bumi Allah ini. Firman Allah SWT :

6
Janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim,
maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan
membakar kamu, sedang kamu tiada penolong yang lain dari
Allah, kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu)
kamu tidak akan mendapat pertolongan. - Hud ayat 113

Ya Allah,
Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat
Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada
seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama

7
mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam
yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka.

Ya Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada
mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan
yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka
yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada
Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.

Disediakan oleh :

Kamal Izat Bin Ahmed


(Abu Izzah At-Tualanji)
Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Perak

Anda mungkin juga menyukai