Anda di halaman 1dari 10

SN 645

30 Rejab 1445 / 11 Februari 2024

Hanya Khilafah Harapan Kita,


Bukannya ICJ Mahupun PBB

M
ahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 26
Januari 2024 memerintahkan Israel mengambil
tindakan mencegah pembunuhan beramai-ramai
(genosida) di Gaza dan menggesa diadakan gencatan
senjata. Walaubagaimanapun, ICJ tidak membuat
keputusan berkaitan intipati kes yang dikemukakan oleh
Afrika Selatan sama ada genosida berlaku di Gaza atau
tidak. Setelah ICJ mengeluarkan keputusan tersebut
Israel tetap meneruskan operasi menyembelih umat Islam
di Gaza malah beberapa buah negara seperti Amerika
Syarikat dan Britain telah menghentikan sumbangan
kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dengan
alasan beberapa kakitangan agensi itu terbabit dalam
serangan pada 7 Oktober.

01
ICJ hakikatnya hanya mampu mengeluarkan
keputusan tanpa daya untuk menguatkuasakannya. Pada
tahun 2020 ICJ pernah memerintahkan Myanmar untuk
melindungi umat Islam Rohingya namun perintah itu tidak
diendahkan oleh pemerintah Myanmar. Yang pasti,
mengharapkan badan antarabangsa seperti ICJ untuk
menyelesaikan masalah umat Islam adalah sia-sia dan
hanyalah suatu fantasi.
Di media sosial ramai yang meluahkan perasaan
marah terutama di kalangan mereka yang mengharapkan
ICJ mengeluarkan keputusan yang tegas. Tidak dinafikan
ada antara umat Islam di Palestin yang berharap ICJ
dapat memberikan keadilan, mengiktiraf nasib mereka
dan memberi mereka sedikit kelegaan. Namun, sekali lagi
mereka melihat badan antarabangsa seperti ICJ
mengecewakan mereka.
Mereka yang memahami kerosakan yang wujud
dalam peraturan antarabangsa tidak terkejut dengan
keputusan ini malah ianya dijangkakan. Tambahan pula,
ICJ adalah badan PBB dan mereka tidak mempunyai
daya untuk melakukan sebarang tindakan secara
praktikal. Bukan itu sahaja, Amerika Syarikat dan Israel
telah secara terang-terangan menyatakan berkali-kali
bahawa mereka akan menolak sebarang keputusan yang
bertentangan dengan kepentingan mereka dan akan
meneruskan tindakan kejam mereka.
Apa yang memeranjatkan adalah ada pihak yang
memuji keputusan ICJ ini sebagai satu kemenangan.
Mereka mengatakan bahawa keputusan ICJ dicapai

02
hampir sebulat suara; bahawa kes yang dibawa oleh
Afrika Selatan mempunyai merit; dan ICJ mengarahkan
Israel mengambil "semua langkah dalam kuasanya" untuk
menghentikan pembunuhan ke atas penduduk Gaza serta
menuntut Israel untuk melaporkan kembali kepada ICJ
dalam tempoh sebulan. Keputusan ICJ juga disifatkan
sebagai suatu yang "luar biasa" oleh Craig Mokhiber,
mantan pengarah pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi
Manusia PBB. Beliau berpendapat terdapat gesaan
tersirat untuk gencatan senjata dalam keputusan ICJ.
Bagaimanapun, analisis ke atas keputusan ICJ
menunjukkan kepada kita dua perkara:

1) Israel tidak diwajibkan untuk mengikut keputusan


dan ketetapan tersebut, kerana ICJ tidak
mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan
keputusannya. Ia bergantung semata-mata
kepada kesanggupan sesebuah negara untuk
mematuhi ketetapan tersebut. Israel tidak merasa
terdesak untuk mematuhi arahan ICJ kerana ia
mendapat perlindungan Amerika Syarikat dan
sekutunya sejak penubuhannya pada tahun 1948
yang menjadikan Israel angkuh dan biadap.

2) Jika ICJ memutuskan Israel telah melakukan


pembunuhan beramai-ramai sekalipun, ia tidak
akan membawa apa-apa perubahan. Badan
seperti ICJ digunakan apabila negara Barat mahu

03
memberi tekanan kepada pihak lain untuk
mengikut peraturan dan nilai mereka, atau
apabila mereka ingin menunjukkan bahawa
kedaulatan undang-undang boleh kekal utuh –
walaupun kerajaan tertentu memilih untuk tidak
mematuhinya. Ini dilakukan dalam usaha untuk
memastikan dunia terus merujuk kembali kepada
sistem ciptaan mereka untuk penyelesaian,
walaupun hakikatnya sistem itulah yang menjadi
punca permasalahan.

Umat Islam seharusnya sedar, walaupun diberitahu


bahawa mereka mempunyai pemerintah yang
'demokratik', para pemimpin umat Islam hakikatnya tidak
sanggup menunaikan kewajipan mereka untuk melindungi
umat Islam. Krisis yang melanda semenanjung Gaza ini
bukanlah kejadian kali pertama para pemimpin umat Islam
mendedahkan wajah sebenar mereka. Sudah banyak
kejadian di mana kaum Muslimin dizalimi dan bantuan
para pemimpin diharapkan - namun berulang kali umat
Islam kecewa kerana para pemimpin mereka langsung
tidak berusaha untuk melakukan sesuatu yang konkrit
bagi menyelesaikan masalah-masalah ini. Apa yang
mereka dengar hanyalah retorik yang diulang berkali-kali.
Umat Islam memiliki kencintaan yang cukup
mendalam terhadap penduduk Palestin dan mereka benar
-benar memahami kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai
masjid ketiga paling suci dalam Islam serta kedudukan
Palestin sebagai bumi anbiya’ (para nabi). Mereka sangat

04
membenci kekejaman Israel dan kagum dengan
keimanan penduduk Palestin dalam menghadapi
penindasan. Malangnya perasaan umat Islam tidak
dikongsi oleh para penguasa mereka.
Perubahan wajib dilakukan - dan bukan hanya
perubahan pemimpin, lebih penting, perubahan dari
sistem yang rosak hari ini kepada sistem Islam. Kita perlu
mengakui bahawa sistem yang wujud sekarang
merupakan punca utama permasalahan yang melanda
umat Islam. Sistem ini wajib diubah kepada sistem
pemerintahan Islam bagi menyelamatkan umat Islam di
Palestin dan di tempat-tempat lain. Usaha untuk
menegakkan semula Khilafah Islam sebagai sistem
pemerintahan yang diwarisi dari Nabi SAW merupakan
satu kewajiban yang dipikul oleh setiap Muslim hari ini.
Pada masa yang sama, muhasabah wajib dijalankan
ke atas para pemimpin sedia ada. Kita wajib terus
menyeru para pemimpin dan tentera di negara-negara
kaum Muslimin bahawa satu-satunya jalan untuk
membebaskan saudara kita di Palestin adalah dengan
mengirimkan tentera yang boleh menghentikan
penjajahan Zionis. Allah SWT berfirman:
“Jika mereka meminta pertolongan kepadamu
dalam [urusan pembelaan] agama, maka kamu
wajib memberikan pertolongan”
[Al-Anfal 8:72].
Seruan ini wajib kita lakukan meskipun hasil yang kita
harapkan tidak berlaku.

05
Allah SWT telah memberitahu kita berulang kali
dalam Al-Quran bahawa kita mempunyai kewajiban untuk
hidup di bawah pemerintahan Islam. Kehidupan di bawah
Islam akan memastikan bahawa umat Islam kita akan
dilindungi. Kehidupan di bawah sistem pemerintahan
bukan Islam akan membawa kepada ketidakadilan dan
kesengsaraan.

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di


antara mereka dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah dan janganlah engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-
jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu
dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh
Allah kepadamu”
[Al Maidah 5:49]

Umat Islam yang masih berfikiran waras dan memiliki


keimanan pastinya memahami bahawa membela Palestin
merupakan satu tanggungjawab yang besar. Hakikatnya,
Palestin hanya boleh dibebaskan secara hakiki di bawah
sistem pemerintahan Islam, Khilafah. Sang Khalifah wajib
melindungi seluruh dunia Islam termasuk bumi Palestin
yang diberkati Allah dan mengusir para penjajah kuffar
dari seluruh penjuru tanah kaum Muslimin. Pada suatu
ketika, Palestin pernah berada di bawah perlindungan
Khilafah semenjak Saidina Umar bin Al-Khaththab ra
menandatangani Perjanjian Umariyyah.

06
Salah satu usaha Khilafah dalam melindungi Palestin
adalah penolakan Khalifah Uthmaniyyah dari tipu daya
pemimpin Zionis Theodor Herzl. Beliau telah merayu
Khalifah Sultan Abdul Hamid II (1842-1918) dan cuba
menyogok Khalifah dengan wang yang sangat banyak
dan berjanji akan melunasi hutang Khilafah Uthmaniyyah.
Namun, harga diri dan ketaqwaan Sultan Abdul Hamid II
amat tinggi – beliau menolak sogokan tersebut sekeras-
kerasnya.
Jelas sekali, kewujudan Khilafah Islamiyyah adalah
penting dan usaha mewujudkannya adalah wajib atas
kaum Muslimin kerana ia merupakan satu-satunya
pelindung umat yang hakiki. Dengan Khilafah, harta,
darah dan jiwa kaum Muslimin dan ahlu dhimmah akan
dilindungi. Kesejahteraan dan keamanan akan dikecapi,
pembelaan dan perlindungan akan diperolehi – di sinilah
seharusnya diletakkan usaha dan pengharapan kita,
bukannya sandaran kepada institusi kufur seperti ICJ.
Nabi Muhammad SAW bersabda:

‫ َويُتَّقَى ِب ِه‬،‫ يُقَات َ ُل ِم إن َو َرائِ ِه‬،ٌ‫اْل َما ُم ُجنَّة‬


ِ ‫ِإنَّ َما إ‬
”Sungguh imam (khalifah) itu laksana perisai,
orang-orang akan berperang di belakangnya dan
menjadikannya sebagai pelindung (mereka)”
[HR Muslim]

07
PEDULI PALESTIN

Bulan Rejab
Bulan Pembebasan Palestin

Kebelakangan ini kita melihat beberapa inisiatif telah


diambil oleh beberapa individu pempengaruh dan pihak
pengurusan masjid tertentu yang telah mengusahakan
kempen untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah SWT.
Antara usaha yang dijalankan adalah mengajak umat
Islam agar solat Subuh berjemaah di masjid seperti solat
Jumaat. Usaha ini Alhamdulillah telah mendapat
sambutan yang cukup baik dengan kehadiran ramai kaum
Muslimin menyahut seruan kempen ini.
Alhamdulillah, sekarang kita telahpun memasuki
bulan Rejab dan dalam beberapa minggu lagi, insya Allah,
Ramadhan pula akan disambut umat Islam. Di samping
usaha murni umat Islam mengimarahkan masjid dengan
inisiatif tersebut, bulan Rejab kali ini pastinya akan
dipenuhi dengan pengisian bagi merenung kembali
peristiwa Israk Mikraj yang telah dilalui oleh Rasulullah

08
SAW.
Selain peristiwa bermakna ini, bulan Rejab juga
merekodkan beberapa peristiwa lain yang penting dalam
sejarah umat Islam. Antaranya adalah peperangan Tabuk
ketika mana Rasullullah SAW telah berangkat bersama 30
ribu tentera kaum Muslimin pada musim panas dan
mengalami berbagai kesukaran dalam perjalanan.
Pasukan ini digelar sebagai Jaisyul Usrah kerana
kesulitan ini namun Allah SWT telah mengurniakan
kemenangan kepada mereka dalam peperangan ini.
Satu lagi peristiwa yang juga berlaku dalam bulan
yang mulia ini adalah pembebasan Baitul Maqdis oleh
Salahudin al-Ayubi pada 28 Rejab 583 H. Namun hari ini,
di bumi Palestin yang diberkati Allah SWT, umat Islam
bergelut dengan kaum kuffar untuk meraih pembebasan
namun hanya diperhatikan sahaja oleh para penguasa
kaum Muslimin tanpa menghulurkan sebarang bantuan
yang bermakna. Sejak keruntuhan Daulah Khilafah,
berbagai krisis telah menimpa umat Islam, termasuklah
krisis di Palestin yang kita saksikan hari ini. Lebih
menyayat hati, kejatuhan Daulah Khilafah itu sendiri
berlaku pada bulan Rejab, lebih tepat, pada 27 Rejab
1342 H.
Sejak kejatuhan ini, umat Islam bagaikan ayam
kehilangan ibu. Kaum Muslimin hari ini ibarat buih-buih di
lautan – jumlahnya begitu banyak namun kita berada
dalam situasi yang sangat lemah. Meskipun Allah SWT

09
mewajibkan umat Islam membantu kaum Muslimin yang
dizalimi, hanya segelintir kecil yang menghulurkan
bantuan yang bermakna untuk saudara kita di Gaza.
Tidak ada satu pun negara kaum Muslimin yang selama
ini bangga dengan kekuatan ketenteraan masing-masing
melancarkan jihad ke atas entiti haram Yahudi dan
membela darah kaum Muslimin yang ditumpahkan. Kaum
Muslimin terpecah-pecah oleh sempadan negara bangsa
ciptaan Barat dan hilang kemampuan untuk
menyelamatkan saudara mereka di Palestin yang
disembelih setiap hari. Apa yang kita lihat hanyalah
pengkhianatan demi pengkhianatan para pemerintah
umat Islam hari ini.
Berbagai peristiwa dalam bulan Rejab di sepanjang
sejarah umat Islam boleh kita jadikan motivasi – terutama
dalam perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam
serta memperkukuh tekad kita untuk membela kaum
Muslimin di Palestin. Marilah kita tegakkan semua Daulah
Khilafah, kita bebaskan Baitul Maqdis dan tanah Palestin
dari cengkaman Yahudi laknatullah – sesungguhnya bulan
Rejab merupakan bulan pembebasan Baitul Maqdis. Ayuh
kita kukuhkan tekad dan mantapkan upaya untuk
mengembalikan permata yang telah hilang 100 tahun
yang lalu - sebagai jalan untuk membebaskan bumi yang
diberkati Allah SWT!

10

Anda mungkin juga menyukai