Anda di halaman 1dari 7

IBRAH PERANG TABUK

Soalan 1

Banyak ayar al-Quran dari surah At-Taubah menyentuh mangenai Perang Tabuk.
Sebahagian ayat turun sebelum pasukan memulakan perjalanan ke medan perang,
sebahagiannya turun semasa dalam perjalanan dan ada sebahagian lagi setelah
pasukan kembali ke Madinah.

Para ahli tafsir (mufassir) dan ahli kih (fuqaha’) meyakini bahawa penyebutan
sesuatu pertempuran secara terperinci menunjukkan pentingnya peperangan
tersebut dalam perjalanan penyebaran Islam selama era kenabian dan
mengandungi pelajaran penting yang perlu difahami dengan baik.

Sebelum kita kupas lebih mendalam, boleh ceritakan secara ringkas mengenai
perang Tabuk ini.

Jawapan 1

Perang Tabuk bermula pada bulan Rejab dan berterusan sehingga Ramadhan
pada Tahun ke-9 Hijrah. Lebih kurang 50 hari. Rasulullah bertahan di Tabuk selama
20 hari dan selebihnya adalah tempoh perjalanan pergi dan pulang.

Merupakan Ghazwah terakhir yang disertai oleh Rasulullah saw sebelum


kewafatan Baginda pada tahun ke 10H.

Perang Tabuk adalah diantara pasukan Islam berhadapan dengan pasukan Rom.
Setelah penaklukan Makkah, tidak ada lagi ruang untuk meragui kenabian dań
kerasulan Muhammad saw di kalangan kaum Arab. Bangsa Arab yang sebelum ini
banyak menenentang Islam mulai menerima Islam sehingga mereka masuk Islam
berbondong-bondong dan utusan-utusan datang kepada Rasulullah saw
menyatakan keislaman mereka atau ketundukan mereka kepada Islam.

Namun, masih ada satu kekuatan yang menghalang dakwah Islam, iaitu kekuatan
Rom. Sebelumnya pernah terjadi pertempuran yang sengit antara kaum muslimin
dengan pasukan Rom di Mu’tah yang mana ia tidak membawa hasil yang berarti
bagi kerajaan zalim tersebut. Namun sebaliknya di pihak kaum muslim, banyak
kabilah Arab mulai melepaskan diri dari kekuasaan Rom untuk bergabung dengan
Negara Madinah. Mereka mulai menyedari pengaruh Rom semakin lemah.

(Tentara Rom yang berjumlah 200,000 kalah oleh 3000 pasukan muslim)

Kerajaan Rom melihat tidak ada pilihan lain kecuali menghancurkan kekuatan
Negara Madinah dan kaum muslimin. Jika dibiarkan, kekuatan Islam akan
berkembang dan menggugat kekuasaan Rom.

Dengan melihat kepentingan ini, kerajaan Rom mula meningkatkan kekuatan


ketenteraannya meskipun belum setahun perang Mu’tah berlalu. Kekuatan tentera
Rom bukan hanya dari kalangan warganya malah turut menggabungkan bangsa-
fi
bangsa Arab di bawah naungannya seperti dari kalangan Arab Ghassan. Pasukan
Rom bergerak ke wilayah utara Jazirah Arab dan menakluk Irak, Mesir, dan
Damsyik. Mereka kemudian membuat kubu pertahanan di Semenanjung Palestin.

Berita pergerakan tentera Rom tersebar ke Madinah dan menimbulkan


kebimbangan di kalangan kaum Muslimin dan menyebabkan kaum muslim
senantiasa dalam keadaan tertekan. (Bila ada bunyi pelik sikit mereka akan
menyangka tentera Rom datang menggempur)

Suasana genting dikalangan kaum muslim ini bertambah buruk dengan tindakan
komplot dari orang-orang muna k untuk memecahbelahkan kaum Muslim. Apabila
tersebar berita persiapan ketenteraan Rom di Madinah, mereka merasakan
harapan mereka untuk menghancurkan kekuatan Islam dapat dicapai. (Meskipun
kaum muna k sedar Rasulullah SAW tidak akan pernah gentar menghadapi
sesiapa pun, namun mereka sering menimbulkan provokasi dan tnah yang
meremehkan kekuatan umat Islam)

Sungguh perang Tabuk ini adalah peperangan di antara tentera Islam menghadapi
tentera Rom, namun dalam masa yang sama ia menyingkap pengkhianatan dari
golongan muna k yang senantiasa membenci dan memusuhi Islam.

Melihat kepada perkembangan-perkembangan ini, Rasulullah melihat kemaraan


tentera Rom mesti segera dihalang, jika ditunda tentera Rom mungkin sahaja
sampai ke rantau yang dikuasai Islam seterusnya masuk menyerbu Madinah.
Keadaan ini pasti dapat menghancurkan Madinah dan seterusnya menyebabkan
dakwah Islam terhenti. Orang-orang muna k pasti bersorak riang dan mengambil
kesempatan untuk bergabung dengan tentera Rom seterusnya menyerang
Madinah dari dalam.

Setelah membuat pertimbangan yang teliti, Rasulullah SAW mengambil keputusan


untuk memerangi Rom di perbatasan negara mereka sendiri.

==========================================================

Soalan 2

Apabila kita meneliti siri-siri peperangan yang disertai Rasulullah SAW, pasti kita
tidak akan dapat mena kan bahawa Rasulullah SAW adalah panglima tentera
paling hebat di dunia, paling tepat dan mendalam rasat dan kesiapsiagannya.
Berikutan keputusan untuk memerangi Rom di perbatasan negara mereka sendiri
bukanlah suatu yang mudah, bagaimana penerimaan kaum muslim dan persiapan
mereka untuk melaksanakan perintah ini.

Jawapan 2

Menyiapkan tentera untuk menyerang Rom tentunya bukan sesuatu yang mudah
dilaksanakan. Perang Tabuk juga berbeza berbanding perang-perang sebelumnya
dimana baginda mengisytiharkan perang secara terbuka dan mengutus utusan
fi
fi
fi
fi
fi
fi
fi
untuk mengajak kabilah-kabilah Arab dan penduduk Mekah untuk menyertai
peperangan itu. Bagi peperangan-peperangan sebelum itu, Rasulullah SAW akan
menutupi hasrat berperang itu dengan tindakan yang lain.

Keadaan Madinah pada ketika itu sudah sedia gawat kerana Umat Islam sedang
menghadapi musim kemarau yang ekstrem. Masyarakat hidup dałam keadaan
serba kekurangan kerana menghadapi bencana kemarau yang berpanjangan.
Sementara itu, ladang-ladang kurma mereka sudah mulai masak dan sedia untuk
dikutip hasilnya. (Bayangkan, bekalan makanan kita tinggal sedikit, sementara
tanaman yang ditanam tinggal dituai sahaja hasilnya. Tanaman itu pula hanya
dapat dituai sekali setahun, maksudnya jika tidak dituai, buahnya akan rosak dan
kena tunggu setahun lagi untuk memperolehi hasil lagi)

Jarak perjalanan yang harus ditempuh oleh pasukan muslimin untuk menghadapi
tentera Rom juga sangat jauh dan sukar (lebih kurang 778km - jarak dari Perlis ke
Singapura 704km)

Perang Tabuk membuktikan keimanan umat Islam. Sebaik sahaja mendengar


seruan untuk memerangi Rom, Umat Islam segera menyahut dan membuat
persiapan yang sewajarnya dalam tempoh masa yang sangat singkat. Para kabilah
dan masyarakat Arab dari segenap penjuru datang ke Madinah. Orang-orang fair
dan mission turut datang bertemu Rasulullah untuk turut menyertai peperangan
dan memento Rasulullah SAW menyediakan kelengkapan agar mereka dapat turut
serta. Namun keadaan yang serba sulit ketika itu menyebabkan permintaan
mereka tidak dapat ditunaikan. Allah merakamkan peristiwa ini di dalam Al-Quran,

“dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang
kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata:
"Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu". lalu mereka kembali,
sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran
mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan.
TMQ At-Taubah 92

Manakala kaum muna k, mereka mencari-cari alasan untuk tidak mahu mengikuti
perang.

Orang-orang muna k berkata kepada sebahagian yang lain, Janganlah kalian


berperang di musim panas.” Sementara itu, sebahagian yang lain datang kepada
Rasulullah SAW menyatakan, Berilah izin kepadaku dan janganlah kamu
menjerumuskan aku ke dalam tnah. Demi Allah, kaumku tidak mengenal orang
yang lebih mengagumi wanita selain daripada aku. Aku khawatir tidak dapat
bersabar melihat wanita yang berambut perang.” (Logik tak alasan tersebut?)

Rasulullah SAW berpaling darinya dan memberikan izin kepadanya. Dalam pada
itu, Abdullah bin Ubay bin Salul telah berkemah di sebuah tempat di Madinah
bersama kelompok pendukung dan sekutunya. Ketika Rasulullah SAW bergerak
fi
fi
fi

menuju Tabuk, dia (Abdullah bin Ubay) bersama para muna k lainnya tidak
bersedia menyertai bersama Nabi SAW.

Allah menceritakan sikap kaum muna k di dalam Al-Quran:

Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut berperang) itu merasa gembira dengan
tinggalnya mereka di belakang Rasulullah SAW, dan mereka tidak suka berjihad
dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah dan mereka berkata, Janganlah kamu
berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini.” Katakanlah, Api neraka
jahanam itu lebih panas, jika mereka mengetahui.” (QS At-Taubah [9]: 81).

Di antara mereka ada orang yang berkata, Berikanlah saya izin (tidak pergi
berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam tnah.”
Ketahuilah bahwa mereka telah terjerumus ke dalam tnah. Dan sesungguhnya
Jahanam itu benar-benar meliputi orang-orang yang ka r.” (QS At-Taubah 49).

Umat Islam juga berlumba-lumba untuk mengeluarkan harta mereka bagi tujuan
persiapan perang.

Abu Bakar membawa seluruh hartanya tanpa meninggalkan sedikit untuk


keluarganya.

Umar menyumbangkan separuh dari hartanya.

Uthman bin ‘A ah menyediakan kelengkapan unta sebanyak 200 ekor lengkap


dengan kain lapik dan pelana disamping mata wang. Kemudian ditambah lagi
sehingga jumlah sedekahnya mencapai 900 ekor unta dan 100 ekor kuda dan
wang ringgit. Rasulullah SAW menerima sadaqahnya sambil berkata

“Selepas hari ini, apa sahaja yang dilakukan oleh Uthman tidak
memudharatkannya”

Ada juga yang menyumbangkan sekadar secupak mengikut kemampuan yang


ada. Malah kaum wanita tidak ketinggalan untuk bersedekah dengan
menyumbangkan dari perhiasan-perhiasan mereka seperti gelang, rantai dan
cincin.

Hanya sahaja kaum muna k yang bakhil untuk mengeluarkan harta.

(Orang muna k) iaitu mereka yang mencela orang-orang beriman yang


memberikan sedekah dengan sukarela dan yang (mencela) orang-orang yang
hanya memperoleh (untuk disedekahkan) sekedar kesanggupannya, maka orang-
orang muna k itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka,
dan mereka akan mendapat azab yang pedih. (At-Taubah:79)

============================================================

fi
fi
ff
fi
fi
fi
fi
fi
fi
Soalan 3

Bagaimana sikap tentera Rom terhadap pasukan kaum Muslim dan kesan
peperangan ini terhadap Daulah Islam.

Jawapan 3

Ketika tiba di Tabuk, pasukan Muslimin berkubu di sana. Mereka siap melawan


musuh dan Rasulullah berdiri di hadapan pasukan dan menyampaikan ucapan
yang penuh semangat. Mental prajurit benar-benar siap dan dengan semangat
yang membara.

Apabila mendengar kemaraan tentera kaum Muslimin, hati mereka mulai ditimpa
ketakutan, sehingga mereka tidak berani maju menentang tentera muslim dan
berpecah-pecah di dalam kawasan sempadan wilayah mereka. Mereka teringat
kepada Perang Mu’tah yang menjatuhkan semangat dan mencemaskan mereka.
Keterampilan dan Izzah pasukan Muslimin terus meningkat dan tersebar ke
seluruh Jazirah Arab dan sekitarnya. Ketakutan tentera Rom memberikan
keuntungan politik yang sangat besar buat tentera Muslim.

Selama di Tabuk, Baginda melakukan berbagai aktiviti politik, seperti mengirimkan


surat kepada penguasa-penguasa bawahan Rom dan melakukan berbagai
perjanjian dengan mereka. Sehingga ramai di antara mereka dengan rela hati
memilih untuk bergabung dengan negara Islam dan bersedia membayar jizyah
sebagai syarat mendapatkan perlindungan dari negara Islam.

Semua manuver politik ini semakin mengukuhkan kedudukan Islam dan negaranya
di seluruh jazirah bahkan sehingga wilayah-wilayah yang sebelumnya dikuasai oleh
kerajaan Rom.

Setelah Baginda kembali ke Madinah, berbondong-bondong para penguasa Ka r


mendatangi Madinah. Sebahagian menyatakan keislaman mereka dan sebahagian
lagi menyatakan ketundukan.

Melalui perang Tabuk ini juga, Allah SWT membezakan orang Mukmin daripada
yang lain.

“ Allah tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman sebagaimana dalam


keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia membedakan yang buruk dari yang
baik…”
(TMQ Ali Imran 179)

Dalam peperangan ini, mereka yang beriman telah ikut menyertai dan jika ada
yang tidak turut serta tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak maka ia
menjadi tanda kemuna kannya. Orang-orang muna k seramai lebih dari 80 orang
yang tidak ikut berperang datang bertemu Rasulullah SAW memberikan berbagai
alasan mengapa mereka tidak ikut berperang sehingga sanggup bersumpah
bohong. Rasulullah SAW mengetahui perbuatan mereka. Baginda menerima
fi
fi
fi
alasan zahir mereka dan memohon keampunan untuk mereka, sementara masalah
hati mereka baginda serahkan kepada Allah untuk menentukannya.

Namun terdapat 3 orang sahabat yang benar keimanannya tidak menyertai


peperangan ini kerana kelalaian mereka iaitu Ka’ab bin Malik, Murarah bin al-Rabi’
dan Hilal bin Umayyah. Mereka bersikap jujur dan mengaku kesalahan mereka
dengan penuh penyesalan dan sanggup menerima konsekuensi atas kesalahan
yang telah mereka perbuat itu.

Rasulullah SAW menjatuhkan hukuman pemboikotan terhadap ketiga-tiganya.


Tidak seorang pun dibenarkan untuk berbicara dengan mereka sepanjang tempoh
pemboikotan tersebut sehingga ucapan salam dari mereka pun tidak dijawab.
Keadaan ini menjadikan dunia terasa sempit bagi mereka. Ditambah lagi pada hari
yang ke 40, Rasulullah SAW melarang mereka mendekati isteri-isteri mereka.
Pemboikotan ini berterusan selama 50 hari sehingga Allah menerima taubat
mereka dengan turunnya ayat At-Taubah 118.

“ dan terhadap tiga orang yang ditinggalkan. Hingga ketika bumi terasa sempit bagi
mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah (pula terasa) sempit bagi
mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksaan)
Allah, melainkan kepada-Nya saja, kemudian Allah menerima tobat mereka agar
mereka tetap dalam tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat, Maha
Penyayang. “

Berita pengampuan Allah buat mereka disambut gembira oleh semua umat Islam.
Itulah hari yang paling bahagia bagi ketiga-tiga sahabat yang diboikot tersebut.

Meskipun tentera Islam tidak menghadapi pertempuran pada perang tabuk,


peperangan ini memberikan impact besar dalam meluaskan pengaruh dan
meningkatkan kekuatan Daulah Islam di Jazirah Arab. Telah ternyata, tidak ada
sebarang kekuatan lain bagi orang Arab melainkan kekuatan Islam.

Saki baki harapan dan cita-cita untuk melihat Islam jatuh dari kalangan orang-
orang Jahiliyyah dan muna k telah terpadam. Mereka sebelum ini meletakkan
harapan kepada tentera-tentera Rom kerana Rom pada ketika itu merupakan
kekuatan yang sangat besar dan baru sahaja mengalahkan tentera Parsi. Justeru
setelah kekalahan perang Tabuk, orang-orang ka r dan muna k semakin meniskus
dan terpaksa tunduk dengan kekuatan Islam.

Umat Islam tidak perlu lagi melayan golongan muna k ini dengan layanan yang
lembut. Allah memerintahkan agar bersikap keras terhadap golongan muna k
sehinggakan umat Islam dilarang menerima sedekah dan pemberian mereka. Allah
juga melarang Umat Islam untuk mensolat jenazah ke atas orang muna k ada
memohon pengampunan bagi mereka. Allah juga memerintahkan agar umat Islam
membinasakan sarang komplot mereka meskipun mereka membangunkan atas
nama masjid.

fi
fi
fi
fi
fi
fi
Banyak ayat turun menjelaskan penipuan golongan muna k ini sehinggakan
golongan ini sangat mudah untuk dikenalpasti.

Masyarakat Islam dan Daulah Islam akan selalu menghadapi penentangan baik di
dalam mahupun luar negara. Keimanan yang ada pada individu masyarakat dan
pemimpinnya serta ideologi yang tertancap sebagai landasan negara menjadi
kekuatan utama yang menentukan kebolehan sesebuah negara menghadapi
rintangan. Bahkan, kedua-duanya menjadi rahsia kebangkitan umat dan
kemenangan.

Sayang, kini Tabuk hanya dikenali sebagai tempat pelancongan. Namun, kisah di
sebaliknya menyimpan pengajaran yang luar biasa bagi generasi umat yang
sedang meniti kembali jalan kebangkitannya.

Wallahu a’lam.

fi

Anda mungkin juga menyukai