Anda di halaman 1dari 4

Dalam sebuah riwayat dikisahkan, saat hendak berbuka puasa di bulan Ramadhan, Imam Malik

menangis hingga bercucuran air matanya membasahi janggutnya. Lalu salah satu muridnya bertanya:
''Wahai guruku yang mulia, kenapa engkau menangis sedemikian sedih serta menyayat hati kami?"
Apakah ada di antara kami yang membuat hatimu sedih, atau hidangan ini kurang berkenan?" Baca
Juga: Penghormatan Imam Malik kepada Rasulullah SAW Imam Malik berkata: "Tidak, tidak wahai
murid-muridku. Sungguh kalian adalah murid-murid terbaikku dan sangat hidmah padaku. Bahkan
hidangan ini teramat nikmat buatku.'' Sang Murid bertanya: ''Lalu kenapakah wahai guru kami yang
tercinta! Imam Malik berkata: ''Sungguh aku pernah berbuka dengan guruku (Imam Ja'far As-Shodiq)
cucu baginda Rasulullah SAW dalam makanan yang nikmat seperti saat ini, dan Beliau (Sayyidina
Ja'far) berkata sambil terisak: ''Wahai ibnu Anas (Imam Malik) tahukah engkau, Rasulullah SAW
terkadang berbuka dengan 3 buah kurma dan air, tapi Beliau merasa sangat nikmat penuh syukur.
Bahkan seringkali Rasulullah hanya berbuka sebutir kurma dibagi dengan Ummul Mukminin Aisyah
radhiyallahu 'anha. Tapi sungguh Beliau merasa sangatlah nikmat." Beliau sedikit sahur dan buka tapi
sangatlah banyak ibadah dan syukur. Beliau selalu mendoakan kita umatnya yang selalu lalai kepada
baginda Nabi. Sedang hari ini kita dipenuhi makanan nikmat dalam berbuka tapi kita sangatlah jauh
dari ibadah dan rasa syukur. Lanjut Imam Malik dan tahukah kalian setelah berkata itu, guruku
Sayyidina Ja'far As-Shodiq pingsan karena tidak mampu terkenang akan Rasulullah SAW. Setelah
Imam Malik menceritakan itu sambil terisak pada murid-muridnya, maka tiba-tiba seisi ruangan itu
menjadi haru dengan isak pilu kerinduan pada baginda Rasulullah SAW. Demikian kisah Imam Malik
bin Anas ketika berbuka puasa. Mudah-mudahan Allah menerima amal ibadah kita dan menjadikan
waktu berbuka kita berkah dan diridhai Allah

Ada 8 peristiwa yang penting dalam sejarah Islam yang berlaku di bulan Ramadhan. D
iantara peristiwa tersebut adalah:

1.BULAN DITURUNKAN AL-QURAN

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, bahawasanya Allah SWT menurunkan kitab-
kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada para
rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185:

Maksudnya: “Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al


Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu
dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). ( QS. Al-Baqarah : 185 )

2. PERISTIWA PERANG BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam
yang dikenali Perang Badar. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai
sumber air yang terdapat di daerah itu.

Tentera Islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Makkah yang
lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera
musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini luar biasa. Tentera Islam kurang jumlahnya, lemah daripada sudut
kelengkapan persenjataan dan dalam keadaan berpuasa, akan tetapi dapat memenangi
peperangan Badar.
Hal ini membuktikan puasa bukan faktor penyebab umat Islam bersikap lemah dan
malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran, ayat 123:

Maksudnya: “Sungguh Allah SWT telah menolong kamu dalam peperangan Badar,


padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Karena itu bertakwalah
kepada Allah, agar kamu mensyukuri- Nya”. (QS. Ali-Imran : 123 )

3. PEMBUKAAN KOTA MAKKAH (FATHU MAKKAH)

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini
berlaku apabila musyrikin Makkah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang telah
termeterai dengan orang Islam.

Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada
menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh
berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah
iaitu Bani Bakar dan Khuza’ah. Bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Makkah manakala
Bani Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad SAW.

Pada suatu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Makkah menyerang
perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke
pengetahuan Nabi Muhammad SAW, baginda mengerahkan ratusan ribu umat Islam
menuju ke Makkah, tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Makkah.

Baginda menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat
Islam hanya diketahui mereka apabila hampir memasuki Kota Makkah.

Akhirnya umat Islam dapat memasuki kota Makkah tanpa sebarang partumpahan darah.
Peristiwa ini telah menggambarkan pertolongan Allah SWT kepada hamba-hamba yang
ikhlas kepada-Nya.

Allah SWT menyebut dalam al-Quran, dalam Surah An-Nasr, ayat 1:

Maksudnya: “Apabila telah datang pertolongan Allah SWT dan kemenangan.” (QS. An-


Nasr : 1 )

4. PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia


memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu.
Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh
umat Islam dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, baginda mengarahkan
umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu, tanah
Arab dilanda panas dan kesusahan.

Mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad SAW. Baginda sendiri memimpin
tentera seramai 30,000 anggota menuju ke utara kota Madinah. Apabila tentera Islam
tiba di Tabuk, tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara
Islam dan Rom.

Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Rasulullah SAW
dan dikenakan cukai sebanyak 3000 dinar setiap tahun.

5. ISLAM SAMPAI DI YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad SAW


mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat baginda untuk penduduk Yaman
khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama
Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke 10
Hijrah.

6.KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Makkah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya
dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya
Ramadhan tahun ke 9 Hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan
patung besar al ‘Uzza di Nakhla.

Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu
menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

7. PENYERAHAN KOTA THAIF

Kota Taif pernah mencatatkan sejarah hitam apabila penduduknya menghalau Nabi
Muhammad SAW semasa baginda berdakwah di sana.

Selepas baginda dan umat Islam Berjaya membebaskan Makkah, golongan bani Thaqif
berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan
tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama.

Akhirnya rombongan mereka datang ke Makkah pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah
dengan menyerahkan Bandar Thaif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang
dipuja sebelum ini pun dimusnahkan.

8.PEMBUKAAN KOTA ANDALUSIA (SEPANYOL)

Andalusia adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian


Semenanjung Liberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula
tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke 92 Hijrah, panglima Islam
bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam
supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya, Andalusia ditawan dan
menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalusia selama lapan abad
dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia Barat.

Anda mungkin juga menyukai