Anda di halaman 1dari 7

PERANG BADAR

Muqaddimah:

Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan
diterima baik oleh orang-orang anshar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh
banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh. Orang-
orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini.

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia
merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.
Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut serta tetapi
terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka
pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir
menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya
pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi
larangannya.

Sejarah :

Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan perdagangan kaum
Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka sebagai
tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami
seharusnya dibela dan memusnahkan semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu.
Rasulullah sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah
membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari
Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria
(Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk
menyerang Madinah.

Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah
itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr Al-Ghifari
meminta bantuan dari Makkah.

Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul Muthalib telah
bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang musafir
datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki tersebut
berteriak dengan suara yang amat kuat.

“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian kalian
dalam masa 3 hari.”

Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid
diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan dilaungkan lagi perkataan
yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi ucapannya buat kali
ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan melemparkannya. Batu itu jatuh
bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah
pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki pecahan batu besar tersebut.

Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah
hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan sombongnya
tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan olehnya.

Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah
mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya lalu
keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, yaitu
utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan meminta
bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesar-pembesar
Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu mengumpulkan orang untuk
keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki pun yang ingin ketinggalan dalam
peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan
mereka untuk ikut serta.

Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan Talhah Bin
Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka
mengumpulkan maklumat ynag perlu dan kembali ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul.
Baginda bergerak bersama-sama para pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih
dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas
bersama beberapa orang lain ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy
serta musuh mereka. Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah
mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanya berapa
ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9
atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau dapat mengagak jumlah tentera musuh
ada 900 hingga 1000 orang tentera.

Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khawatir kalau-kalau
nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya ada yang
mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat bahwa asal mulanya berangkat dari
madinah adalah hendak mengejar seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum
Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah.
Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera
Quraisy dan ada yang berperasaan

Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat
ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.

Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad S.A.W
mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat
mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan Quraisy
dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah
wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:

“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar r.a.
Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :

“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan! Maka kita
serta Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil
kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah
engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada
Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan
Tuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah,
jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama
Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan
Tuan dan belakang Tuan.

Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu, Sa’ad Bin
Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada Rasulullah sama
seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang lain.
Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh meyakinkan,
bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga Allah menurunkan
wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :

“Sebagai Tuhanmu(Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan
bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka membantah
kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang, seolah-olah mereka
digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia
bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah
berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan
orang-orang yang tidak percaya”

(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)

Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:

“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku
salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah, sungguh aku
seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”

Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin
memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat yang
dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi dengan melupakan segala
sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.

Dipihak Quraisy pula ada beberapa kocar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang
berjalan berpatah balik ke Makkah.

Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon pertolongan. Untuk
menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan
mukanya kepada sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya :

“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika
Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.”
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu
Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi sambil
berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.

Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara pahlawan-
pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh.
Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin Rabi’ah, 2. Syaibah Bin
Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1. ‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz
bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi
kerana kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima
kaum Anshar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy
sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan 1. Hamzah Bin Abdul Muthalib, 2. Ali Bin Abi Thalib
dan 3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera
Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini
adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.

Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-
matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati gerak-geri tentera
Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin menghembuskan nafasnya,
melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah.
Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.

Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon kemenangan tentera
Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah telah jatuh dengan mendadak
sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi
tidak berapa minit, Beliau bangun dengan tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang
senantiasa berada disisinya, yang ertinya :

“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini
Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya berdebu.”

Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa maksud dan
jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk syurga. Mendengar
ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy
yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy
terbunuh dan 70 yang lain tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari
Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan
ketabahan hati mereka. Bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam
sebuah perigi/sumur di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan,
yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas mengawal
Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.

Di Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas orang
tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap baik dan belas
kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang memberikan satu-satunya roti
yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan merasa segan dengan kebaikan yang
ditunjukkan. Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar.
Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir
kaum Muhajirin dari Makkah. Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja
dengan harapan mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lam
berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan
mengenakan tebusan sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi
empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan
membaca dan menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka
semua dibebaskan apabila tebusan telha dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.

Hikmah didalam peperangan Badar

Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam kalah dalam
peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah agama Islam itu sendiri.
Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan menambahkan
keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telh mula disegani dan ditakuti oleh
kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya
pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang yang ditawan oleh tenters
Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah dilepaskan telah menceritakan kepada
sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam. Cerita ini dengan tidak secar
langsung telah member pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.
Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam telha berhijrah
ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam bertambah dar masa ke masa.
Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada nabi Muhammad
S.A.W. dan ajaran Islam. Mereka sanggup berkorban jiwa untuk kepentingan Baginda dan
agama Islam

Kesimpulan

Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini
terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini
sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.
Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang
sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam
kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin
silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang berkaliber
dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai pegangan iaitu berjaya
didunia atau mati syahid.

Anda mungkin juga menyukai