Anda di halaman 1dari 20

PEPERANGAN HUNAIN &

TAIF
23BS047

HAJI MOHD RUDZAINI BIN


HAJI MOHAMAD
Peperangan Hunain dan
Taif

FASA PERTAMA: PERJUANGAN DAN PEPERANGAN FASA KE DUA


: BANGSA YANG BERBAGAI DAN QABILAH QABILAH ARAB
BERLUMBA LUMBA MENGANUT ISLAM. PEPERANGAN HUNAIN
Kehancuran Pihak
Malik bin Auf menghasut Musyrik
: Kabilah-Kabilah
berkubu di Lembah Harga sebuah Tawanan Hawazin
Kemenangan Dikembalikan
Ketabahan Hati
Muhammad Taif dikepung Ansar dan Mereka
yang dilunakkan
Abbas Memanggil- Diserang dengan Hatinya
Manggil Manjuniq

Kembali Bertempur Kebun Anggur akan


ditebang dan dibakar
Kemenenangan
Muslimin Utusan Hawazin
meminta Kembali
Tawanan Perangnya
3-5 Kilometer
Pembukaan kota Makkah berlaku dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas satu
pukulan mengejut, membingungkan seluruh bangsa Arab dan menjadikan seluruh
qabilah yang berhampiran dengannya terkejut, mereka tidak berdaya untuk
menghalanginya, oleh yang demikian mereka tidak ada jalan selairi dari menerima
sahaja hakikat yang berlaku, terkecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan
bongkak, terutamanya seperti suku Hawazin dan Thaqif, kemudian turut membuat
sikap yang sama ialah qabilah Nasr, Jasyam, Saad bin Bakar dan beberapa individu
dari Banu Hilal. Kesemua mereka ini dari kelompok Qais Ailan, qabilah-qabilah ini
terasa berat untuk menerima kemenangan Islam. Oleh yang demikian maka seluruh
mereka telah bersekutu dengan Malik bin Auf al-Nasri dan membuat keputusan untuk
bergerak mara memerangi kaum muslimin.
Sebab terjadi?
PERGERAKAN MUSUH DAN PERSINGGAHAN DI AUTAS Sebaik sahaja Malik bin Auf selaku turus
agung pemimpin pergerakan musuh membuat keputusan untuk bergerak memerangi kaum
muslimin, maka di antara keputusannya ialah membawa bersama mereka harta harta, kaum
wanita dan anak-anak mereka. Dengan itu mereka pun bergerak hingga sampai di Autas, lembah
yang terletak di daerah perkampungan Hawazin berhampiran "Hunain". Namun demikian lembah
Autas bukanlah lembah Hunain, lembah Hunain terletak berhampiran Zi al-Majaz. Dari lembah
Autas ke Makkah adalah sepuluh batu lebih ke arah Arafah.
Sebab terjadi?
YANG BERPENGALAMAN DI DALAM PEPERANGAN (MEMATAHKAN) PENDAPAT
PEMIMPIN
Semasa beliau turun bersama orang ramai di Autas, di antara mereka ialah Duraid bin al-Sammah, ianya
seorang yang lanjut usia dan buta, berpengetahuan mengenai peperangan, berani dan berpengalaman.
Tanya Duraid: "Di lembah mana kamu sekarang?" Jawab yang hadir: "Kita sekarang di Autas," maka kata
beliau: "Ianya adalah sebaik tempat untuk kuda-kuda di sini", ku menelah bahawa tiada peristiwa yang
mendukakan dan tanah lapang yang tidak diceroboh, tetapi apa itu? ku dengar suara-suara unta dan
teriakan keldai, malah kedengaran tangisan anak-anak dan bebekan kambing" Jawab mereka: "Sebenarnya
Malik bin Auf telah mengerah habis-habisan, bersama-sama askar ialah kaum wanita, harta-harta dan anak-
anak mereka, kemudian beliau menjemput Malik dan bertanyakan kenapa dibawa kesemuanya ini. Jawab
beliau: "Aku hendak letak semuanya ini di belakang setiap tentera supaya setiap mereka bersemangat untuk
mempertahankan haknya". Jawab Duraid: "Demi Allah, ini adalah tindakan seorang gembala kambing,
bukannya seorang pemimpin bangsa. Apakah orang kalah dapat membawa balik sesuatu?
Sebenarnya walaupun kesemuanya itu milik kau tetapi ianya tidak memberi sebarang faedah
pun kepada seorang pahlawan selain dari pedang dan tombaknya. Seandai kau kalah bererti
kau telah menempah padah buruk ke atas keluarga kau dan harta kau". Kemudian beliau
bertanya kepada qabilah- qabilah lain dan pemimpin-pemimpinnya. Dan katanya lagi: "Wahai
Malik, sebenarnya kau belum lagi menyediakan perisai "Huwazin" ke leher-leher kuda-kuda
mereka, Ayuh letakkan mereka di dalam benteng-benteng negara mereka, dan status
ketinggian bangsa mereka, kemudian berhadapanlah dengan pengikut Muhammad itu
dengan kuda kamu, sekiranya kemenangan berpihak kepada kamu maka orang-orang kau
akan menurut dari belakang, tapi sekiranya kau kalah maka keluarga kau dan harta kau masih
selamat"
Pasukan Tentera Islam

12 000
Namun Malik ketua agung itu enggan mematuh permintaan itu
dengan menegaskan: "Demi Allah tidak akan ku lakukan,
sebenarnya kau sudah lanjut usia, pemikiran kau pun sudah
nyanyuk. Demi Allah, Hawazin mesti mengikut cakapku, atau
pun aku boleh tusukkan pedang ku ini ke perut ku hingga
terkeluar dari belakang ku". Sebenarnya beliau tidak suka
Duraid memain sebarang peranan yang kelak akan disebut-
sebut namanya. Maka jawab seluruh Hawazin: "Ya kami semua
mengikut arahan mu". Sekali lagi Duraid berkata: "Inilah hari
yang belum pernah lagi aku saksikan sepertinya, aku tidak
mahu melepas peluang untuk melihat kesudahannya". Lantas
beliau bermadah: Kiranya ku masih belia Di medan perang ku
mara Kancahnya ku nyala Tentera ku terajui Air mata ku usapi
Kini peperangan bagaikan bin-bin Ke ruang persembelihan
dituntuni
Perkembangan akhir ini telah pun Allah (s.w.t) menyebut di
dalam firmanNya: " Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu
kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu.maka
jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit
pun dan bumi yang luas terasa sempit olehmu kemudian kamu
lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah
menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orangorang
yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kdmu
tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada
orang-orang kafir dan demikian penbalasan kepada orang-
orang kafir ". (al-Taubah: 25 - 26
UNIT INTIPAN MUSUH Beberapa orang risikan yang dihantar oleh Malik kini kembali
kepadanya memberi laporan dalam keadaan mengeletar. Kata Malik: "Apa ceritanya?" Jawab
mereka; "Kami dapati tentera serba putih di atas belakang kuda-kuda merah dan putih, kami
ketakutan dan inilah hal kami".
UNIT INTIPAN RASULULLAH (S.A.W) Rasulullah telah
mendapat maklumat tentang pergerakan musuh, sebagai
tindakan maka Rasulullah mengutus Abi Hadad al-Aslami
menyuruh beliau menyusup masuk ke tengah-tengah musuh
dan tinggal di sana untuk memperolehi maklumat lengkap
mengenai mereka. Abu Hadad pun bergerak ke sana.
RASULULLAH BERGERAK MENINGGALKAN MAKKAH MENUJUKE HUNAIN Tanggal enam (6) haribulan Syawal tahun kelapan (8)Hijrah bersamaan pada hari Sabtu,
Rasulullah pun bergerak keluar dari Makkah. Hari itu genap sembilan belas hari Rasulullah memasuki Makkah, Baginda bergerak dengan kekuatan seramai dua belas ribu
tentera Islam, sepuluh ribu adalah mereka yang keluar bersama-sama Baginda semasa pembukaan Makkah, selebihnya adalah penduduk Makkah, di mana kebanyakan mereka
masih baru lagi menganut Islam. Rasulullah telah meminjamkan seratus pasang baju besi dengan kelengkapannya sekali, buat memikul tanggungjawab Makkah, Baginda telah
meletak Utab bin Usaiyed sebagai amirnya
Di sebelah petang seorang askar berkuda telah datang
menemui Rasulullah dengan berkata: Ku telah naik ke bukit itu
dan bukit ini, dan ku telah dapati qabilah Hawazin telah keluar
seisi rumah mereka, wanita-wanitanya, unta-unta dan harta-
hartanya. Rasulullah (s.a.w) senyu.m mendengar laporan
berkenaannya sambil berkata: "Itu adalah harta rampasan
kaum muslimin besok". Insya Allah, di malam itu secara
sukarela Anas bin Abi Mirthad al-Ghanuwi telah menawar
dirinya untuk mengawal Rasulullah (s.a.w).
Semasa di dalam perjalanan mereka ke "Hunain" tentera Islam
telah melihat sepohon kayu besar menghijau dikenali sebagai
"Zat Anwat". Sudah menjadi adat orang Arab untuk
menyangkut peralatan senjata mereka di situ. Maka kata
sesetengah tentera kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah,
buatkan untuk kita Zat Anwat juga seperti mereka mempunyai
Zat Anwat mereka. Jawab Rasulullah (s.a.w): "Allahu Akbar,
Maha Besar Allah, kamu sanggup berkata demikian. Demi
Tuhan yang nyawa Muhammad di tanganNya, kata-kata kamu
ini serupri dengan kata-kata kaum Musa kepadanya. Jadikanlah
untuk kami Tuhan, seperti mana mereka itu mempunyai Tuhan
mereka dan kata Musa: Sesungguhnya kamu ini satu kaum yang
jahil, dan sebenarnya inilah ikutan, dan sebenarnya kamu akan
mengikuti jalanjalan orang yang terdahulu dari kamu ".
Terdapat juga di antara mereka
yang berkata setelah melihat bilangan tentera yang ramai: Di hari ini kita tidak boleh dikalahkan
lagi. Kata-kata ini dianggap dan dipandang berat oleh Rasulullah. TENTERA ISLAM
DISERANG HENDAP DAN PENDIRIAN KAUM MUHAJIRIN Tentera Islam telah sampai ke
Hunain pada malam Selasa sepuluh hari terakhir bulan Syawal. Malik bin Auf telah sampai ke
situ terlebih dahulu, beliau telah menyusun tenteranya di lembah Hunain, dengan meletakkan
kelompok penyerang di sepanjang jalan dan pintu masuk malah di seluruh lereng-lereng bukit
Hunain dan lorong-lorongnya, beliau memberi arahan supaya mereka memanah tentera Islam
apabila mereka muncul di situ, kemudian menyerang serentak ke atas tentera Islam.
Taif
• GERAKAN MEMBURU Sebaik sahaja musuh merasai kekalahan mereka, maka
sebahagian mereka segera melarikan diri ke Taif, sekumpulan yang lain lari ke
Nakhlah, yang satu lagi ke Autas. Rasulullah segera menghantar satu unit
pemburu dipimpin oleh Abu Amir al-Asya'ari, di sana berlaku satu pertempuran
kecil di antara kem Islam dan kem musyrikin, berakhir dengan kekalahan puak
musyrikin. dalam pertempuran ini Abu Amir al-Asya'ari jatuh syahid. Sekumpulan
yang lain memburu kelompok musyrikin yaiig lari ke Nakhlah dan sempat mereka
menghancurkan kelompok berkenaan. Bersama mereka Duraid bin al- Sammah,
juga dibunuh oleh Rabiah bin Rafi'e. Manakala kelompok yang lari ke Taif,
Rasulullah sendiri yang bertindak memburunya dan darinya
terkumpul rampasan-rampasan perang yang banyak.
Panji-panji Rasulullah

Anda mungkin juga menyukai